Saya dah berkahwin selama 20 tahun, ada 3 orang cahaya mata dan yang pertama baru saja melangkah ke alam universiti.
Kami punya kerjaya yang stabil dan boleh dikatakan kehidupan kami bukanlah terlalu mewah tapi sederhana sahaja. Suami saya anak ketiga daripada 6 adik beradik tetapi anak lelaki pertama.
Bapa mertua saya baru meninggal 2 tahun yang lalu. Bermulalah episod pertelingkahan dan perbalahan pasal harta pusaka di kalangan keluarga suami saya. Suami saya anak peneroka.
Kehidupan keluarga mereka boleh dikatakan bukan senang. Bapa mertua saya amat rajin dan kuat bekerja dan juga sangat berjimat cermat tentang hal-hal kewangan. Arwah abah ni mempunyai anak kesayangannya iaitu anak sulung perempuannya (kak yong).
Arwah sanggup berkorban duit dan apa sahaja demi kak yong. Orang lain tak cukup duit atau apa keperluan lain pun tak apa asalkan kak yong cukup segala hal.
Nak dijadikan cerita, selepas abah meninggal dunia, keluarga suami saya berkonflik berkenaan tanah sawit dan hasilnya yang ditinggal abah.
Dan yang paling drama, pergaduhan itu melibatkan mak mertua saya dan anak2nya (adik beradik suami saya).
Mak mertua saya berkeras semua hasil sawit itu adalah kepunyaannya kerana itu telah “diwasiatkan” oleh abah. Anak2 semua berkecil hati dengan sikap mak mereka.
Adik beradik suami saya bukanlah semuanya berkerja tetap/senang. Mereka memerlukan duit hasil sawit sawit yang tak seberapa itu keperluan mereka.
Tetapi suami saya malas nak bergaduh dengan maknya, dia dengan rela hati memberikan bahagiannya kepada mak selagi mak/dia masih hidup.
Begitu juga dengan seorang lagi kakak ipar saya. Namun begitu, mak mertua yang tak biasa hidup senang dan baru merasa nak pegang duit sendiri ini tetap tamak dan nak semua hasil sawit tersebut hanya dia yang dapat. Suami saya pernah menegur mak nya dalam kumpulan WA keluarga mereka.
Aduhai, sentap dan meroyan orang tua tu sampai kami sekeluarga balik ke rumah pun tak dibukanya pintu untuk kami masuk!
Suami saya malas nak ambik peduli pasal hal2 harta yang direbutkan ni, begitu juga dengan adik beradiknya yang lain. Masing2 mula mendiamkan diri dan tak berkomunikasi macam biasa dalam WA family.
Mak mertua saya terasa hati dengan anak2nya, drama bermula lagi.
Dia kata dia mengalami kemurungan disebabkan hal tersebut; tak boleh tidur malam, takde selera makan, berfikir yang bukan2. Semuanya menyebabkan anak2 jadi kelam kabut (kecuali suami saya yang buat tak tahu je).
Sangup mak mertua datang jauh2 ke rumah kami dihantar oleh anaknya yang lain, semata2 untuk berjumpa suami saya dan menyelesaikan masalah antara mereka. Memang drama mak mertua toksik ni! Padahal saya tengok takde pun takde2 kemurungan seperti yang dikatakan.
Selepas peristiwa face to face dengan suami saya, katanya mak mertua saya dah kembali OK. Suami saya tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak lelaki sulung. Setiap bulan selepas dapat gaji, dia tetap akan bagi duit kepada mak nya.
Pernah di dalam kumpulan WA family mereka mak mertua saya bersuara selepas suami saya memasukkan duit kepadanya:
Terima kasih lah bagi duit kat mak, ingat kat mak dari mula2 kerja sampai sekarang, bagilah selagi mak masih hidup ni, sihat. Bila mak dah takde nanti, mak takdelah terkilan sebab dah puas makan duit anak2…
Bayangkan mak mertua saya cakap macam tu, nampak sangat dia terlalu hadap sangat dengan duit anak2nya. Kecik hati anak2 lain yang tak mampu nak bagi duit kepadanya.
Adik beradik suami saya pun hairan, apa dia nak buat dengan duit yang dia ada tu, makan pun untuk sorang je, tapi dia memang perempuan boros.
Dulu masa arwah abah ada, dia memang tak merasa nak pegang duit sendiri sebab abah memang kedekut dan sangat berjimat cermat. Saya bukan lah dengki dengan mertua saya, kerana rezeki yang saya ada InsyaAllah lebih dari cukup untuk kami sekeluarga.
Pembaca nilailah sendiri perangai mata duitan mertua saya ni. Tapi memang selepas ni hubungan saya dan mertua takkan kembali seperti dulu lagi sebab saya tak boleh lupakan apa yang mertua buat kepada kami sekeluarga.
Semoga Allah memberikan kesabaran kepada saya umtuk hadap perangai dia yang teruk ni!
– Menantu Terpaling Tersakiti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit