Assalamualaikum nama aku Nad (bukan nama sebenar). Aku berkahwin dengan anak sulung.
Usia perkahwinan baru mencecah 3 tahun. Suamiku mempunyai 4 orang adik beradik(seorang perempuan yang lain lelaki).
Yang sorang adiknya bekerja (bukan kerja tetap), sorang lagi kejap kerja kejap berhenti, yang perempuan terus gone hilang entah kemana (jenis liar).
Sebelum aku berkahwin dengan suami, aku memang tak berapa berkenan dengan family dia.
Family dia jenis biar papa asal bergaya. Masa nak nikah tu pon, mak dia nampak tak berkenan dengan aku, seolah-olah dia taknak lepaskan anak dia untuk berkahwin.
Macam-macam cara ya dia buat dekat aku supaya aku tak teruskan perkahwinan dengan anak dia. Yela nanti hilang la punca pendapatan dia.
Untuk pengetahuan semua, mak mertua aku telah berkahwin lain, jadinya suami aku mempunyai bapa tiri. Bapa tirinya umur jauh lebih muda dan beza umur dengan suami lebih kurang 10 tahun sahaja.
Kalau diikutkan hati, memang aku taknak teruskan pernikahan ni, tapi suami aku pujuk dan mengatakan yang nak kahwin tu kita bukan mereka. Jadinya aku berfikir balik mungkin ada asbab Allah hantar aku untuk jadi isteri dia.
Suami aku seorang yang bekerjaya dan sangat baik. Baik dia tu baik tak bertempat.
Sampai family pijak kepala dia. Walaupun gaji suami aku besar, tetapi komitmen dia tinggi.
Selepas kahwin, memang aku cek setiap komitmen dia. Suami aku ada buat loan, loan tu adalah untuk bantu bapak tiri dia pecah tanah.
Sampai sekarang tak settle lagi hutang tu. Bila tanya kenapa sampai buat loan?
Kalau nak bantu, bantu la sesama adik beradik, kenapa dia sorang je yang nak kena tanggung. Dia jawab takpelah biar lah.
Okay next suami juga ada bayar insurance mak dia setiap bulan sampai rm2++. Actually aku tak kisah dia bayar untuk tu, tapi dah mak dia ada suami baru, suami dia la yang patot bertanggungjawab ke atas dia.
Nak dijadikan cerita memang satu family ni bergantung harap dekat suami aku. Next bil telefon pula, suami cakap bil telefon mak & bapak tiri dia semua atas nama dia.
Alasan sebab mak & bapak tiri dia blacklist telco. Bukan itu sahaja, masing-masing pon jenis tak sedar diri buat pula kontrak beli fon guna bil tu.
Fon bukan yang cikai-cikai ya, nak iphone. Saya tepuk dahi bila dengar.
Bagi saya kalau mak dia sahaja ok la, ni sampai bapak tiri pon ambil kesempatan dah kenapa. Selepas sahaja kami berkahwin, macam-macam perangai mereka yang Allah tunjuk.
Sebenarnya banyak yang ingin saya cerita, tapi saya ringkaskan sahaja disini. Masa awal perkahwinan, mereka selalu minta duit dekat suami, boleh dikatakan tiap-tiap bulan ya.
Kebiasaannya mak bapak tahu kesian kat anak kan, lagi-lagi yang baru berkahwin. Tapi tidak ya bagi mereka.
Kami ni dah la banyak nak pakai duit, yela baru nak mulakan hidup sebagai suami isteri, tapi mereka langsung tak fikir pasal tu. Yang dia tahu minta duit je.
Mereka patut terima kenyataan yang anaknya dah berkahwin, ada isteri yang perlu ditanggung. Masa bujang kau boleh la kikis anak kau.
Bukan mereka sahaja, adik-adik suami pon selalu text nak pinjam duit. Kadang-kadang aku duk fikir, apa function mak dia kahwin lain.
Bapa tiri suami jenis lepas tangan, bukan tak bekerja ya, dia bekerja sebagai pemandu lori, gaji besar tapi selalu duk meminjam duit dekat orang. Bila takde duit, dia suruh la mak suami aku text suami untuk pinjam duit.
Ada satu hari tu sampai nak beli dapur gas pon text suami minta duit. Padahal tiap-tiap bulan suami tak pernah mis dari bagi dia duit belanja.
Kalau dikira campur semua komitmen yang suami bayar untuk mak dia lebih banyak dari nafkah yang saya terima. Belum lagi cerita pasal kereta suami ya.
Sebelum kahwin, suami saya kerja di borneo, jadinya kereta tinggal di rumah mak dia. Apa lagi kena lenjan la.
Lagi show off la bapak tiri & mak dia dekat jiran-jiran. Dah la guna kereta duk langgar sana sini, tak reti betulkan.
Roadtax insurance, service kereta memang tak lah dorang nak bayar. Selepas kami kahwin, suami ambil kereta tu semula.
Tak lama dari tu, bapak tiri dia beli kereta lain. Kami nasihat supaya beli je yang murah sebab kita tahu dia jenis tak mampu.
Tapi tidak yaaaa, dia beli kereta vioss. Mcm aku cakap biar papa asal bergaya.
Sampai satu tahap aku rasa nak bercerai dengan suami sebab satu kes ni. Masa mula-mula kahwin aku selalu pesan jangan sorok apa-apa dari aku, sebab Allah akan tunjuk jugak nanti.
Ya naluri isteri tak pernah salah. Suami kantoi buat loan untuk makcik dia (adik mak dia).
Suami senyap-senyap buat loan tanpa pengetahuan aku kerana asakan dari mak dia. Memang masa tu aku mengamuk sangat-sangat.
Kesabaran aku ada tahapnya. Aku cakap kenapa tak tanya dulu sebelum buat, dia kata nak balas budi makcik dan mak dia yang suruh buat.
Macam saya cakap suami saya ni baik tak bertempat, lagi-lagi dengan asakan mak dia. Setakat nak balas budi, macam-macam cara lain boleh buat.
Bukannya pergi gadai nama kau buat loan untuk orang lain. Lepastu aku tanya, mertua ada tanya tak dah minta izin aku ke belum, suami jawab takde ya.
Maknanya memang mak dia dah ada niat nak suruh buat loan tu tanpa pengetahuan aku. Aku cakap dekat suami, kalau la satu hari nanti makcik dia tak mampu bayar, suami yang kena bayar.
Dahtu aku dengan suami nak makan pasir ke. Kalau jadi apa-apa kan susah.
Suami kata dia tak fikir panjang masa tu & yes suami saya ni jenis yang sentiasa husnuzon. Tu la kan kahwin dengan orang yang terlalu baik pon susah juga.
Yang makcik dia pon satu, dah tahu tak mampu, buat cara tak mampu. Last2 suami saya jugak jadi mangsa dia.
Saya ada tanya suami bila nak tukar nama, suami cakap makcik dia pon blacklist sebabtu tak boleh buat loan. Ya rabbi
Cerita tak habis disitu. Baru-baru ni mak dia ada call suami, dia menyuruh suami buat kontrak lagi untuk beli fon baru untuk laki dia.
Katanya fon lama dah jahanam, dan gunakan duit belanja yang suami bagi tiap-tiap bulan kat mak dia tu untuk bayar kontrak tu. Saya dengar naik bengang la.
Bapak tiri dia ni dah tahu takde duit, pandai-pandai la jga fon tu. Saya cakap dengan suami, suruh bapak tiri dia tu menyimpan, dah cukup duit baru beli.
Nak beli yang baru pon iphone ya. Dah la takde duit, pastu ada hati lagi tu nak pakai fon mahal.
Pastu suami kata bapak tiri dia dah tak banyak trip, jadinya tak boleh menyimpan. Aku cakap la time banyak trip, tengah banyak duit kenapa tak menyimpan.
Sebab apa? Sebab dia tahu kalau dia susah, dia boleh cari suami aku untuk tolong.
Last2, suami bagitahu dekat mak dia tak payah buat kontrak fon tu lagi. Dan mak dia mengiyakan sahaja.
Ingatkan cerita pasal fon dah settle, tetapi tidak ya. Allah bila nak tunjuk sekejap ja.
Tergerak hati aku nak bertanya dekat suami, bapa tiri dia dah beli fon ke? Suami bagitahu sudah tetapi dia pakai nombor lain.
Aku terfikir macam mana dia boleh beli nombor lain sedangkan dia tu blacklist. Saya terus call maxis, dan suruh suami tanya ada tak apa-apa transaksi baru-baru ni.
And yes ada! Mereka beli 2 telefon baru dan satu simkad baru atas nama suami aku.
Mereka buat senyap-senyap tanpa pengetahuan suami aku. Yang peliknya macam mana maxis boleh lepaskan jualan macam tu je tanpa approval dari owner (suami aku).
Maxis bagitahu bapa tiri dia beli iphone 15 pro max ya (jenis tak sedar diri) secara online. Kami tanya maxis kenapa teruk sangat security mereka sampai boleh lepas perkara macam ni.
Maxis kata mereka akan minta ic ori masa penghantaran. Tetapi suami saya menegaskan yang dia takda balik kat rumah mak dia semasa penghantaran berlaku.
Sekarang ni kami sedang menunggu balasan report dari maxis. Silap-silap maxis pon boleh kena saman.
Cukup rasanya sampai disini luahan saya. Saya cuba ringkaskan tetapi agak panjang juga.
Maaf jika penulisan saya caca merba dan semoga kalian semua mendoakan yang baik-baik buat kami suami isteri. Kepada mak dan adik-adik suami, berpijaklah di bumi yang nyata.
Cukup-cukup la korang dah menyusahkan suami time bujang. Disebabkan asakan korang yang selalu minta duit, suami saya sampai terfikir untuk langgan sugar mummy bagi mendapatkan duit dengan cepat.
Saya dapat tahu sebab kantoi saya baca dalam fon dia, bergetar tangan saya bila baca. Sampai tahap macam tu sekali dia fikir.
Jadilah mak yang baik, yang tahu kesiankan anak. Haiwan pon tahu kesiankan anak tahu tak!
Dan ingat lagi mak suami saya pernah pesan supaya jangan berhenti kerja. Yelah takut saya habiskan duit anak dia.
Tetapi maaf lah, tak semua benda cakap kau, aku kena ikot. Kepada bapa tiri suami, ukurlah baju pada badan sendiri.
Kalau tak mampu buat cara tak mampu. Kau kena sedar yang kau tu bapa tiri je.
Anak tiri tu bukan darah daging kau. Sepatotnya kau takda hak nak suruh anak tiri kau tanggung kau!
Jangan disebabkan nak show off dengan kawan-kawan lori kau tu, kau lupa diri. Dan kepada suami, saya tahu nanti awak akan baca confession ni.
Saya nak awak tahu saya ni kesian dekat awak. Kesian sebab family awak sendiri ambil kesempatan dekat awak, pergunakan awak.
Satu je saya minta, jadilah seorang anak yang tegas. Tak salah kalau nak menegur mak ayah jika benda tu salah.
Tolonglah semua, doakan suami saya jadi seorang anak yang tegas agar mak dan bapa tiri dia tak ambil kesempatan lagi dekat dia. Sekian..
– Nad (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
ada part 2 , 3 , 4 takk ???? patutnya sis lawan je mentua tu , dengan husband pun sis marah je sekali sampai sentap sampai husband tu sedar