Mentua Yang Perlu Bersyukur

Assalamualaikum semua. Saya menulis dengan harapan semua mertua di Malaysia yang perangai seperti ini untuk berubah.

Saya berkahwin dengan orang borneo. Saya pula berasal dari semenanjung. Kami sekarang duduk di borneo dan tinggal berdekatan dengan mertua.

Tahun ini giliran untuk beraya di rumah saya. Alhamdulillah syukur dapat suami yang bergilir. Moga semua suami ada mentaliti begini.

Bila kami ke semenanjung mestilah kami akan pergi selama seminggu memandangkan kami jarang pulang.

Seperti biasa setiap kali kami pulang, mertua saya akan berbunyi. Kenapalah lama balik di sana blablabla.

Saya memang sangat terasa sebab kami selalu pulang ke kampung suami setiap kali suami dapat cuti hujung minggu.

Kawan saya yang berkahwin dengan orang borneo (tempat sama) pun kata mertua dia begitu. Memang mertua borneo benci sangat ke dengan menantu semenanjung?

Apalah salahnya cuti lama di tempat saya pula. Bukannya kami boleh balik tempat saya selalu.

Tolonglah wahai mertua yang duduk di borneo (Saya tuju ke sini sebab jadi dekat borneo, tapi semua tempat memang ada kes begini).

Tolonglah ubah perangai ni. Bila saya pulang DARI semenanjung banyak benda mak ayah saya pesan untuk beri pada mertua.

Setiap kali saya pulang KE semenanjung mesti mertua bising balik lamalah bagai. Nak bagi ole2 dekat mak ayah saya memang saya tak berharap sebab mereka lagi fokus rasa geram sebab kami balik ke sana.

Mestilah kami balik lama sebab keluarga saya besar. Memang kami akan beraya ke sana ke sini. Kalau nak diikutkan memang saya tak sempat nak beraya semua tempat sebab kami cuti hanya seminggu.

Kalau belah suami saya memang suka buat kenduri je sehari lepas itu tak beraya sangat ke rumah saudara sebab saudara tiada dan jika ada pun perjalanannya mesti 8 jam ke atas.

Jadi selalunya dua hari je beraya. Lepastu mereka kembali bekerja atau lepak rumah sahaja.

Saya pun bukanlah menantu pilihan. Setiap kali balik rasa macam di anak tirikan. Selalu berkira bila dengan saya.

Saya bukannya tak nak balik kampung tapi memang setiap kali mesti terasa sebab asyik compare tempat saya dan mereka. Mak ayah saya dengan menantu tak pernah berkira.

Mak ayah saya anggap suami saya macam anak sendiri. Cubalah mertua ni ubah perangai lama tu dan hargai menantu. Mesti lebih riang rasa. Mesti tak rasa berat hati setiap kali balik kampung.

Semasa puasa pun cari gaduh dengan kami apatah lagi semasa bulan syawal kan.

Tolonglah saya mohon sangat sangat. Hargailah menantu dan bila kami datang janganlah merungut kata bila balik semenanjung lama dan tambah pula ayat dia “baik tak balik kalau nak pijak kepala mamak ayah,”

Astaghfirullah, bila kita datang merungut. Tak datang merungut.

Memang tak sedar diri, memang tak bersyukur. BERSYUKURLAH kalian sebab ada anak anak yang nak ada di sisi walaupun mulut selalu cakap benda buruk.

Memang kalau orang lain, anak anak dah lari tapi adik beradik suami saya jenis bertanggungjawab.

Belajar lah bersyukur dan menghargai anak anak dan menantu. Umur pun dah makin meningkat. Dekatilah Allah, berhentilah buat duit sahaja.

Saya dah 3 tahun beraya di borneo sebab suami perlu balik awal (cuti 3 hari sahaja) jadi kami tak boleh pulang ke semenanjung. Ni baru tahun pertama saya balik semenanjung, tak boleh ke baik sikit mulut.

Bulan bermaafan pun tiada guna. Saya minggu ni nak balik ke kampung suami pun sedih dan terasa sangat.

Boleh tak sesiapa kongsikan tips untuk hadap mertua yang memang bitter dengan menantu ni?

Saya tak tahan. Suami saya baik sangat tapi mak ayah dia astaghfirullah memang mulut mereka berbisa.

Doakanlah saya. Saya mohon yang membaca untuk titipkan doa agar saya boleh menghadapi mereka ini. Takkanlah nak doa mereka menghadap ilahi pula. Nak tak nak ni mak ayah suami.

– Menantu semenanjung (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *