Mentuaku

Hai semua.. Aku nak cerita pasal mak mertua aku.. Kami duduk berdekatan.. Senang cerita kalau aku bersin, dia boleh dengar.. Dia bersin, aku pon boleh dengar..

Oh ye, biras aku pon tinggal berdekatan dengan kami jugak..

Sebenarnya dari sebelum kahwin lagi, aku dah tahu macam mana perangai mak mertua aku ni.. Suka cari pasal dengan anak-anak..

Lepas aku kahwin dengan laki aku, makin aku faham perangai dia macam mana..

Mak mertua aku tak bekerja.. Jadi harapkan anak-anak untuk bagi dia duit belanja bulanan..

Laki aku dengan adik beradik semua dah tegur, ada duit jangan beli yang bukan-bukan.. Kalau setakat makanan, masih boleh diterima..

Dia suka beli benda yang bagi aku bukan keperluan lepastu dibagi kat orang lain.. Dia mudah terpengaruh kalau ada kawan-kawan dia datang promote barang..

Bila kitaorang tak bagi, dia ata anak-anak ni jahat sebab tak bagi dia duit.. Padahal ada je duit setiap bulan bagi kat dia.. Tapi habis macam tu je.. Tak nampak pon bayang apa yang dia beli..

Bila habis, dia minta macam anak-anak dia ni cetak duit.. Dah la tengah bulan, kitaorang pon ikat perut nak makan.. Banyak kali dah dia buat perangai macam tu..

Lagi satu perangai dia, suka buat musuh dengan anak-anak.. Bila anak yang sorang ni ajak jalan, dikatanya anak ni baik.. Disayang-sayang..

Tapi bila anak sorang ni tegur sikit je, terus dicop anak paling jahat.. Patut ke macam tu? Tapi yang aku tahu dia ada sorang anak kesayangan.. Tak pernah sekali pon cakap buruk pasal anak sorang tu..

Sebagai contoh.. Dia selalu gaduh dengan kakak ipar (bujang) aku yang tinggal dengan dia..

Dia cakap kat cucu dia (anak biras aku yang duduk berdekatan jugak), kakak ipar tu jahat.. Sebab tak masakkan untuk dia, tak layan dia, tak pelawa dia kalau beli makan kat luar..

Tapi bila kakak ipar tu ajak jalan, terus disayang-sayang.. Aku dengan laki aku yang selalu bawak dia jalan, sekali pon tak pernah dengar kena puji..

Aku tak minta pujian.. Tapi apa yang buat aku terasa, dia terus kata benci hanya sebab tegur dia janga boros.. Itupon cucu dia yang cerita kat aku..

Biras aku yang duduk berdekatan pon dah tak boleh nak ngam dengan dia.. Sebab biras aku pernah gaduh dengan laki dia gara-gara mulut mak mertua aku ni..

Kadang aku penat.. Nak je aku cakap dengan laki aku jangan bawak dia jalan.. Suruhlah anak kesayangan dia bawak.. Sebab tu yang selalu dipuji baik..

Tapi aku tak tergamak nak kata macam tu.. Laki aku kata, biarlah dia.. Kita buat tak tahu je..

Kalau minta tolong nak ke mana-mana, takde cakap baik-baik.. Dengan muka bengisnya datang rumah terus cakap ‘aku nak pergi sini.. Aku nak pergi sana’.. Takde pon sikit pon cakap tolong.. Tak pernah..

Kadang nak je aku cakap malas.. Ajaklah anak kesayangan tu.. Tapi tak terkeluar..

Banyak sebenarnya perangai mak mertua aku yang aku rasa tak masuk akal.. Cuma apa yang aku cerita ni memang sentiasa berulang ceritanya..

Semoga aku bertahan dengan mak mertua aku ni.. Lama aku pendam.. Nasib baik laki aku tadah je telinga dia bila aku bebel pasal mak dia tu..

Terima kasih sudi baca luahan hati aku.

– Azira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *