Mentuaku Membenciku

Aku dan suamiku hidup bahagia. Kami saling menyayangi. Suami melayaniku dengan penuh kasih sayang. Dugaan berkahwin 5 tahun pertama ni memang benar. Aku sedang merasakan sekarang.

Suamiku bergaji agak mahal. Dia baru bertukar ke company lain daripada bekerja sendiri. Biasalah baru berkahwin. Banyak commitment yang perlu dilaksanakan oleh suami.

Jadi aku sangat mengerti keadaannya. Tidak pernah sekali pun aku meminta minta untuk dia membelikan aku apa apa.

Aku dan keluarga suami sangat rapat kerana kami duduk senegeri dengan keluarganya. Selalu berjumpa dan berkumpul apabila ada sahaja peluang.

Selama ini aku merasakan mertuaku sangat baik terhadapku. Layanannya seperti aku ini anaknya sendiri. Jauh di sudut hatinya, rupa rupa dia tak menyukaiku.

Sudah beberapa kali dia memberikan ‘hints’ bahawa dia kurang senang dengan aku. Tapi aku anggap mungkin bagaimana seorang ibu marah kepada anaknya. Marah manja macam tu.

Satu malam, terdetik hatiku untuk membaca mesej suamiku. Terlihat mesej ibunya seperti baru memarahi dan berlaku salah faham antara mereka berdua.

Aku terdetik untuk membacanya. Selalunya aku memang jenis tidak membuka telepon suamiku. Cuma malam tu, tiba tiba terdetik di hati.

Aku membaca suamiku menceritakan mengenai commitment nya pada bulan itu kepada ibunya. Sekadar bercerita katanya.

Sekali ibunya marah kerana merasakan suamiku seperti mengeluh. Dia berkata bahawa kalau aku ni ada mengajak suamiku pulang ke kampung, lagi banyak duit yang akan dibelanjakan. Padahal aku sudah lama tidak bertemu keluargaku kerana kami duduk jauh.

Suamiku berkata bukan aku yang mengajaknya pulang ke kampung, cuma dia kesian kepadaku kerana sudah lama tidak berjumpa keluarga ku. Sesungguhnya memang betul aku tidak mengajaknya pulang ke kampung. Suamiku sendiri mengajak aku.

Mertuaku terus berkata bahawa aku ni hanya bergantung kepada suamiku dari segi kewangan. Aku bekerja sendiri. Mempunyai gaji yang mencukup untuk diriku. Tidak pernah pun aku meminta kepada suamiku.

Tetapi suamiku selalu memberikan nafkah kepada kepadaku setiap bulan kerana dia tahu tanggungjawabnya.

Mertuaku berkata mengenai keluargaku yang tidak senang, tidak dapat membantu memudahkan suamiku. Mungkin dalam hatinya, dia merasakan aku dan keluargaku menambah beban anak kesayangannya.

Kata mertuaku, aku menjadi sombong kepadanya selepas aku berkahwin dengan anaknya. Sebelum berkahwin, dia kata aku selalu pergi ke rumahnya, memasak untuk keluarganya, dan hanya mengambil hatinya sebelum berkahwin.

Sesudah berkahwin, aku berubah katanya. Sudah jarang pergi ke rumahnya. Aku juga sudah jarang memang memasak selepas berkahwin kerana suamiku kata tak perlu masak.

Kita hanya duduk berdua, jadi lagi senang kalau makan diluar. Tidak penat dan senang untuk ku. Suamiku sangat memahami. Kalau aku terlalu sibuk dengan kerja, kadang kadang kerja rumah tidak sempat aku uruskan.

Tidak pernah dia marah ataupun mengeluh walaupun keadaan rumah tidak terlalu terurus. Apabila aku sudah lapang sedikit, baru aku laksananya kerja rumah yang ada. Dia juga sering menolongku melaksanakan kerja rumah yang dia mampu buat.

Sebenarnya aku semakin sibuk dengan pekerjaanku kerana kerja yang dulu dilaksanakan berdua, sudah perlu aku uruskan seorang diri. Kerana itu sahaja punca rezekiku.

Kalau aku tidak bersungguh, maka aku tidak akan dapat gaji. Aku dan suami juga sudah berpindah agak jauh daripada rumah mertua.

Jadi agak susah untuk aku bergerak ke sana kerana aku selalu sibuk dengan pekerjaanku. Tapi aku dan suami akan cuba pergi ke rumah mertuaku apabila kami boleh.

Dia juga berkata bahawa kalau aku tidak duduk disini dan bekerja jauh dari anaknya, pasti perkahwinan ni takkan terjadi. Seolah olah dia merasakan aku ni tidak layak untuk anaknya.

Keluarga mertuaku memang senang. Suamiku juga orang senang, jadi aku faham kalau mertuaku merasakan aku ni menyusahkan anaknya.

Aku juga merasakan bahawa mertuaku cemburu dengan aku kerana kalau dulu anaknya hanya menyayanginya, sekarang ini perlu bahagi dua. Dia merasakan aku telah merampas kasih sayang anak kesayangannya.

Aku juga terbaca suamiku berkata bahawa dia tidak menyangkakan bahawa berumahtangga ini bukan lah mudah. Dia merasakan dia belum bersedia sebenarnya untuk berumahtangga dan rindu untuk duduk bersama keluarganya.

Padahal sebenarnya keluarga suamiku menyuruh kami berkahwin walaupun kami berdua bersetuju untuk berkahwin lewat daripada sekarang. Aku faham suamiku ada impian dan cita cita yang dia mahu kecapi. Begitu juga denganku.

Tapi setelah berkahwin, kami berdua masih menyokong satu sama lain untuk mengejar impian masing masing. Aku merasakan suami aku berkata bahawa dia tidak bersedia kerana dia tak mampu memberikan kemewahan kepada ku.

Baginya financial dirinya belum cukup kukuh untuk berkeluarga. Bagi aku pula wang dan harta bukan segalanya. Namun begitu dia sayang menyayangiku dan menjagaku dengan baik.

Cuma belum pernah aku mendengar luahan hatinya yang sebenarnya mengenai perkahwinan ini. Itu kali pertama aku mendengar.

Mertuaku berkata bahawa anaknya selalu menyebelahi aku dalam hal apa apa. Sikit sikit isteri, sikit sikit isteri. Ibunya ni sudah tak penting.

Kata katanya selalu membuatkan suamiku tersepit antara dua pihak. Banyak kali juga mertuaku mengajukan kata kata yang menguris hatiku, tapi aku buat tidak tahu sahaja.

Aku pendam sendiri semuanya. Tidak mahu bercerita kepada keluargaku kerana tidak mahu meraka risau tentangku. Kawan kawan juga tidak tahu. Selepas membaca semua mesej antara mereka berdua, aku hanya mampu berdiam.

Aku melayan suamiku seperti biasa. Sampai masa aku bangun solat subuh, tiba tiba aku sebak dan mengalir air mataku. Dalam sujud aku menangis teresak. Namun aku sembunyikan dari suamiku kerana tahu dia gelisah.

Dia tak bersalah apa apa. Selalu mempertahankan ku didepan ibunya. Cuma mungkin dia penat dengan ibunya yang selalu mendesaknya.

Selama ini aku menganggap mertuaku seperti mak sendiri. Tidak aku sangka macam macam perkara buruk yang dia katakan kepada ku.

Suamiku seakan tahu aku sedang bersedih, dia bertanya banyak kali, ‘are you okay baby?’ ‘Is everything okay?’. Aku cuma menjawab ya semua okay saja.

Dia usap tanganku, memelukku dan membelai lembut diriku. Tanpa memaksa aku untuk bercerita apa sebenarnya yang berlaku yang membuatkan aku bersedih.

Aku bukan mahu menagih simpati. Tidak juga aku mahu membuka aib sesiapa. Sekadar meluahkan semua yang terbuku di hati.

Aku berharap kailan mendoakan rumah tanggaku agar berkekalan. Doakan juga agar mertuaku lembut hati dan tidak membenciku lagi.

Terima kasih semua yang membaca dan mendengar.

– Anonymously (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *