Mentuaku, Syurga Su4miku

Assalamualaikum, aku Maya. Aku dah berkahwin lebih 10 tahun.

Selama perkahwinan aku dan suami, hubungan dengan keluarga mentua aku boleh dikatakan agak biasa sahaja, kadang ok kadang-kadang berperang juga antara adik beradik.

Suami aku anak ke 3 daripada 5 adik beradik 4 lelaki dan 1 perempuan.

Sejujurnya ape yang aku perhatikan hubungan adik beradik suami aku memang tegang tak rapat dan sesekali berjumpa pun mereka bersembang tetapi sangat janggal.

Tahun berganti tahun, semua adik beradik suami dah berkahwin.

Aku sebagai menantu ketiga. Aku memang tak banyak borak dengan mentua dan ipar-ipar kalau berborak pun lebih kepada menjadi pendengar yang setia.

Mak mentua aku ni seorang yang suka cari pasal dengan anak-anak. Setiap kali berborak dengan mak mertua aku topik perbualan lebih kearah yang negatif.

Dengan aku die suka bercerita tentang keburukkan menantu-menantu lain terutama menantu perempuan dan aku sejenis yang masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Apa sahaja yang mentua aku cerita mengenai orang lain aku diam kan sahaja.

Biras-biras aku pulak sejenis yang suka menyampai ape sahaja cerita buruk yang mak mentua aku cerita tentang aku dan biras-biras lain.

Sampaikan berp3rang adik beradik disebabkan cerita-cerita buruk dan sampai menyampai satu sama yang lain.

Bukan itu sahaja, mak mentua aku sejenis yang depan aku cakap lain, depan suami aku cakap lain, dengan adik beradik suami aku pun dia cakap lain sampaikan aku pun tak tau cerita yang mana satu betul.

Bayangkanlah ade 5 menantu 4 daripadanya pernah berperang dengan mak mentua aku (kecuali aku) sehingga adik beradik suami aku tak bertegur hanya kerana mulut mak mentua aku.

Bukan itu sahaja, hubungan mak mentua aku dengan besan yang lain pun dingin.

Aku tak pasti kenapa tetapi semua tak kena dimata mak mentua aku. Semua besan-besan dia dimata aku baik sahaja tetapi untuk mak mentua aku semua cerita buruk sahaja tentang besan dia.

Hubungan mak mentua aku dengan keluarga aku pun biasa sahaja kerana antara 5 besan keluarga aku sahaja yang jauh di pantai timur manakala mak mentua aku dan besan yang lain di selatan.

Suami aku, Alhamdulillah dia sangat kenal mak dia, dia sendiri tahu yang mak dia berperangai sebegitu tetapi dia tak tahu nak tegur macam mana sebab diakhirnya nanti pergaduhan yang tercetus.

Ibaratnya mak mentua aku ni memang tak boleh ditegur atau dibawa berbincang cakap dia sahaja yang betul.

Awal tahun ini, mak mentua aku menyampaikan hasrat nak duduk sekali dengan aku dan suami. Rumah dia di selatan tanah air akan disewakan.

Dalam 5 adik beradik kami yang menjadi pilihan mak mentua kerana mak mentua aku cakap, aku sahaja menantu yang tidak pernah sakitkan hati dia dan tidak pernah buat hal bergaduh dengan dia.

Sedangkan ape yang berlaku semua aku diamkan dan aku pendam, aku tak melawan sebab masih ade hormat dekat mak mentua aku dan aku nak jaga hubugan suami dengan mak mertua dan adik beradik lain.

Dekat bau t4hi, jauh bau wangi. Itu yang aku takutkan. Duduk jauh pun macam-macam kejadian berlaku. Tak duduk sebumbung dengan anak menantu pun pelbagai masalah yang jadi lagikan duduk sekali.

Mak mentua aku cakap dia nak duduk dengan kami sampai ajal dia sampai. Kami di kuala lumpur dan adik beradik yang lain di selatan.

Aku tak tau ape yang akan terjadi, nak fikir yang baik-baik tapi 10 tahun yang aku tempuhi tu banyak benda buruk terjadi.

Pergaduhan antara adik beradik dan biras-biras setiap tahun mesti ada hanya kerana kata-kata dan tingkah laku.

Suami aku tak menolak , sebab dia tak tahu caranya dia takut mak mentua aku makan hati. Adik beradik yang lain pun setuju sahaja tiada bantahan.

Aku terpaksa setuju disebabkan suami aku tetapi tiap hari aku doa agar semua ini tidak menjadi kenyataan.

Biarlah mak mentua duduk sendiri dan anak-anak balik sekali sekala sebab masing-masing dekat 4 beradik semua 1 daerah sahaja. Mak mentua aku pun sihat sahaja.

Aku setuju kalau dia nak duduk rumah anak-anak secara bergilir tetapi dia hanya nak duduk rumah aku dan suami. Dapatkah aku bertahan?

Dapatkah aku menjaga hubugan ini agar terus kekal tanpa ada peperangan. Doakan aku.

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *