Mentuaku Tamak Haloba dan Tak Pernah Bersyukur

Assalamualaikum…Tak tahu macam mana nak mula sebab tak pandai nak karang skrip.. Tapi apa-apa pun Mentuaku Tamak Haloba dan Tak Pernah Bersyukur

Aku seorang janda mempunyai seorang anak perempuan. Agak bekerjaya jugak la. Aisey masuk bakul angkat sendiri pulak… hahahaha…

Pendapatan aku kadang-kadang mencecah 5 angka kerana aku terlibat dengan Sales & Marketing. Mempunyai rumah dan kereta sendiri dan juga sedikit simpanan.

Dipendekkan cerita aku boleh berdiri di atas kaki sendiri hasil titik peluh aku bekerja.

Aku bertemu jodoh baru dengan seorang anak teruna iaitu kawan sekolah aku dahulu. Dia sangat baik dan sangat bertanggungjawab.

Kami mulakankan perniagaan dan keluarkan modal bersama-sama dari sebelum kami berkahwin lagi. Semasa bekerjasama itu lah cinta berputik…. Chewahhhh.

Apabila kami berumahtangga, suami minta untuk aku berhenti kerja kerana Alhamdulillah business kami makin bertambah maju dan bertambah cawangan.

Suami kasihankan aku kerana masa aku jadi tak cukup. Pagi siapkan kerja hakiki dan malam selesaikan akaun perniagaan kami.

Berat hatiku nak berhenti kerja kerana gaji dan commission aku yang sangat lumayan tapi oleh kerana aku nekad nak jadi isteri yang baik jadinya aku berhenti juga,

Lagipun aku masih ada pendapatan bulanan hasil perniagaan kami berdua. Aku yakin Allah SWT akan gantikan rezeki aku melalui cara yang lain.

Ketika perkahwinan kami baru mencecah 6 bulan, ibu dan bapa mentuaku sudah menunjukkan belangnya. Mereka sangat takut suamiku menghabiskan duitnya untuk aku dan sentiasa membuat macam-macam tuduhan tak berasas.

Mereka selalu susah hati dan amat takut jika suami tolong bayarkan segala commitment bulanan aku kepada bank yang bernilai lebih kurang RM6000 sebulan padahal semua hutang bank aku, aku bayar sendiri. Suami dah sediakan secukupnya nafkah buatku dan anak.

Suami tidak pernah gagal memberi duit setiap bulan kepada ibu bapanya. Kami berdua berjanji masing-masing nak bahagiakan ibu bapa masing-masing selagi mereka masih bernyawa.

Suami akan jalankan tanggungjawab dia kepada ibu bapanya dan aku pun sama akan jalankan tanggungjawab kepada ibu bapaku.

Selain itu suami ada hadiahkan sebuah Honda Civic Ketam buat mereka, ada belikan gelang emas buat ibunya.

Pernah satu hari ibunya telefon menangis-nangis macam budak tadika nakkan basikal elektrik, suami terus transfer lebih kurang RM1700 kepada ibunya kerana sayang dan nak mereka bahagia.

Bermacam-macam lagi suami buat untuk mereka dan aku sentiasa sokong dan seronok melihat kebaikan suami terhadap orang tuanya kerana jika dia bertanggungjawab terhadap mereka, sudah tentu dia juga akan menjaga aku sebaik-baiknya.

Jika nak tengok orang itu baik atau tidak, tengoklah dia baik atau tidak dengan keluarganya…

Jika kami kerumah mentua, suami sentiasa hulurkan duit tangan kepada mereka berdua walaupun setiap bulan dah transfer duit ke akaun mereka. Kami juga sentiasa bawak keluar makan dan semua kos makan kami yang bayarkan.

Tak pernah terdetik sikit pun untuk berfikiran negative pada mereka kerana mereka amat kedekut dan tak pernah belanja kami walaupun sekali.

Tetapi mertua sentiasa merasa sakit hati dan dengki dengan saya apabila melihat saya mempunyai barang kemas yang tak berapa banyak ni sedangkan itu adalah pelaburan saya untuk masa hadapan jikalau perniagaan kami mempunyai masalah.

Sakit hati apabila saya beli beg tangan LV, dia pun nak jugak. Semua itu saya beli pakai duit saya sendiri. Suami ada hadiahkan juga tapi 80% adalah hasil duit gaji perniagaan aku dan suami.

Suami ada buat surprise hantarkan set sofa chesterfield kepada ibu bapanya dan bulan berikutnya aku pula buat surprise hadiahkan set sofa chesterfield yang sama pada ibu bapa aku.

Mentua terus sakit hati dan kata kenapa perlu beli sama, sibuk ja nak sama. Mesti anak dia keluarkan duit tu semua sedangkan itu adalah duit aku.

Kami berdua mempunyai sahabat yang ramai dan kami sangat suka buat makan-makan di rumah kami kerana mahu berkongsi rezeki bersama mereka kerana mereka sentiasa ada di saat susah senang kami.

Boleh dikatakan setiap minggu semua akan berkumpul dan masak makan dirumah kami.

Semua duit beli barang mentah saya dan suami berlumba-lumba kelurkan kerana masing-masing nak kan pahala bersedekah.

Kami tidak pernah membelakangkan keluarga. Setiap kali ada jamuan makan ibu bapa aku, ibu bapa kawan-kawan dan ibu bapa mentua akan turut serta. Kami bagaikan satu kelurga yang sangat besar.

Rupa-rupanya di dalam diam mentua sangat sakit hati apabila kami mengajak kawan-kawan makan bersama kerana takut duit suami habis untuk kawan-kawan.

Mereka kata ‘kenapa nak kena ajak kwan-kawan semua?’ Layan kami sudah la… Saya dan suami terkejut dan terdiam.

Salah seorang pekerja kami adalah anak yatim piatu, dia terlibat dalam kemalangan dan keretanya total lost. Dia tidak mempunyai kenderaan untuk datang kerja jadinya suami tawarkan pekerja itu untuk tinggal di kedai bersama adik ipar aku.

Itu pun menjadi masalah buat mentua, mereka sangat marah dan kata kenapa perlu tolong pekerja itu, tolong la ibu bapa dulu. Kami berdua betul2 tak faham dengan tindakan mentua sedangkan suami dah buat dan beri yang terbaik buat mereka berdua.

Setelah terjadi perbalahan di antara suami dan ibu bapanya, kami dah tak bercakap lagi dengan mereka.

Ibu suami jadi tidak waras dan terjerit-jerit mamaki suami mengatakan suami anak haram, b4bi, aku tak halalkan susu aku.. Kata suami si tanggang yang dapat isteri cantik dan kaya terus lupakan keluarga.

Lillahitaala aku, kawan-kawan dan kakak suami adalah saksi di atas segala kebaikan suami kerana dia sangat pemurah dan sentiasa bantu orang di dalam kesusahan.

Suami saya seorang yang sangat positive dan sentiasa cakap yang baik-baik tapi malangnya mentua tak menyenangi sifat baik suami dan mahu suami habiskan duitnya hanya untuk mereka dan tak boleh belanja orang lain.

Suami ada beli kereta besar kerana niatnya senang nak bawa keluarga dan kawan-kawan berjalan.

Patutkah ibu mentua doakan kami berdua tak selamat setiap kali naik kereta itu sebab dia tak puas lagi naik kereta itu dan tak suka kawan-kawan lain naik kereta dengan kami.

Kakak ipar puas nasihatkan ibu mentua agar tidak mendoakan yang bukan-bukan dan tak baik doakan keburukan untuk kami tapi ibu mentua kata biar la. Baru padan muka, baru puas hatinya.

Ibu bapa aku dan ibu bapa kawan-kawan aku turut sedih dan terkejut dengan tindakan mentua.

Kawan-kawan kami pun habis di maki mereka. Ibu bapa kawan-kawan kami pun sedih melihat kami diperlakukan sebegini rupa.

Aku dituduh penghasut suami sedangkan tidak pernah langsung berlaku semua tu. Aku betul2 kasihankan suami kerana itu adalah syurganya.

Kalua ikutkan hati kering aku ni, sikit pun aku tak herankan mereka (Rasa nak boh penendang muka depa ada la.. oopsss)

Malah boleh ja aku tambah bara api lagi pada suami agar membenci ibu bapanya tapi sehingga kehari ini aku tidak pernah membalas atau melawan mereka kerana fikirkan suami.

Walaupun aku mampu untuk melawan semua perbuatan mereka tapi aku benar2 fikirkan suami. Tak mahu tambah masalah dia.

Semasa baru kahwin, aku bercadang untuk bercuti ke Langkawi dan sudahpun menempah pakej percutian kami. Dalam masa yang sama sahabat kami turut membeli pakej yang sama kerana mereka pun baru berkahwin dan ingin berbulan madu di sana.

Apabila kami memberitahu mentua tentang plan kami, ibu mentua dengar serta merta berubah air mukanya dan terus menjeling tak puas hati.

Perkara ini berlaku di rumah ibu bapa aku dan disaksikan sendiri oleh sahabat aku. Mereka tidak menyenangi jika kami mahu bercuti atau berbulan madu. Aku memang tak boleh nak hadam, takkan la nak berhoneymoon pun nak bawak emak.

Apa yang patut kami lakukan kerana kami berdua tidak pernah berniat buruk pada mereka tapi mereka sangat tamakkan harta. Sangat takut suami gunakan duit untuk belanja kawan-kawan makan.

Ibu mentua bagi tahu kakak ipar yang dia mahu dilayan seperti ibu Kak KM iaitu seperti Normah Damahuri.

Part ni memamg paling lawak sebab kami berdua bukan lah jutawan tapi kami diberi rezeki yang lebih sedikit dari orang lain dan kami berdua suka kongsi rezeki dengan keluarga dan kawan-kawan. Tak perlu jadi kaya untuk bersedekah.

Mereka bukanlah orang susah, bapa mentua mempunyai pencen yang banyak malah setiap bulan suami pasti mengirimkan duit tanpa pernah gagal tapi oleh kerana kerakusan dan tamak menguasai diri semua tak dihargai dan tak pernah cukup.

Tolong doakan kami supaya ibu dan bapa mentua sedar akan apa yang mereka lakukan ini dan berubah menjadi manusia yang bersyukur.

Aku benar-benar kasihankan suami aku yang sudah sedaya upaya berbuat baik kepada orang tuanya.

– Baiduri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *