Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca. Aku perkenalkan diriku secara ringkas ya. Nama ku Melati, seorang isteri dan ibu anak kecik kecik lagi.
Tajuk karangan pun tak berapa menarik tapi aku harap pembaca semua dapat fahami apa yang akan aku sampaikan. Sebelom tu, maafkan aku. Andai bahasa penulisan agak mengelirukan dan sebagainya.
Kisah ini berkaitan menu pemakanan bayi atau anak kecik bawah dua tahun yang perlu kita sebagai ibu bapa ambil berat dan amalkan sejak dari pemakanan pertama anak kita (6 bulan).
Sebelum enam bulan usia bayi, sememangnya hanya diberikan susu badan atau susu formula (fm) sahaja. Menginjak ke usia enam bulan, baru la diberikan makanan pejal seperti bubur kosong atau makanan yang tidak dicampur dengan garam, gula dan perasa tambahan.
Hal ini kerana, bayi mempunyai deria rasa yang sangat tajam. Campuran sayuran dan protien dalam makanan ruji nya sudah ckup memberikan rasa enak pada makanan yang kita suap pada nya.
Aku rasa info ini semua orang tahu malah lebih arif daripada aku yang masih belajar bab pemakanan bayi. Beberapa hari lepas aku ada terbaca dalam facebook yang ibu saudara bagi anak kakaknya makan pulut di usia bayi tu sebulan lebih kot. Lepas tu baby tu tercekik.
Benda ni jugak ada terjadi pada baby aku. Baby aku ni berusia lapan bulan, yakni sudah boleh makan makanan yang lebih pelbagai tapi masih pantang garam, gula dan MSG.
Sekali tu aku balik ke kampung untuk kali pertama selepas baby boleh makan. Mak mak saudara ni dah mula pelik sebab aku dah ajar anak makan nasi lembik campur sayuran dan protien tambahan seperti ayam, ikan dan telur.
Mereka mula bising dengan cara pemakanan yang aku sediakan, malahan turut mengarahkan aku untuk sekadar bagi anak makan nasi dengan kicap sahaja.
Ya aku faham, itu cara orang tua tua membesarkan kita, malah aku sendiri pon elok saja membesar bak juara sampai harini.
Cuma bila kita dah ada anak sendiri, mestila kita akan banyak membaca. Baca, cari gali ilmu utk besarkan anak cara kita. Cuma bila orang tegur tu macam cara aku buat salah besar aku macam kurang hormat sikit.
Kebetulan baby aku jenis makan semua yang disua kan, ada pula yang suapkan nasi goreng lada hitam yang banyak ajinomoto, garam gula, belum lagi perasa lain dalam nasi tu tanpa pemantauan aku.
Bila aku ambil dari orang tersebut, dengan bahagianya beliau bagi tahu yang baby da kenyang dia suap nasi (padahal aku sudah bagi nasi pada baby dalam 5-10 minit sebelom tu).
Salah aku juga pada masa tu sebab leka berborak dengan saudara mara lain. Sebaik saja ak ambil baby aku tu, terus aku cakap baby aku ni akan sakit perot atas alasan pesanan doktor. Terus air muka orang tu berubah.
Tak lama selepas kejadian tu, aku pulang ke kampung suami pula dan macam biasa masih kena kondem cara menu makanan yang aku berikan kepada anak.
Untuk makluman, menu anak yang aku diberikan berdasarkan usia perkembangan dia contoh usia enam bulan bagi bubur kosong empat hri atau puri dari ‘real food’.
Injak ke usia 7, 8 bulan anak dah boleh makan makanan tumisan, santan, susu segar yang dididihkan dan sebagainya. Semua itu berdasarkan nasihat dari nurse klinik kesihatan, doktor dan bacaan dari pakar pemakanan bayi.
Rasanya tak salah untuk amalkan pemakanan sihat bukan? Asalkan tidak memudaratkan usus, organ bayi yang masih ‘baru’.
Berbalik kepada cerita pulang ke kampung suami pula, ada keramaian di rumah orang tua nya dan macam biasa untuk nak mengelakkan anakku kalut dengan orang ramai nak makan, aku akan suap makan dia supaya dia kenyang.
Tapi lumrah anakku kot, kenyang ke tak ke, kalau orang suap masih di nganga nya. Waktu ni usia dia 9 bulan dah. Dalam keramaian tu diorang buat ‘barbeque’ cicah sos thai yang hijau letak daun ketumbar tu.
Masa tu aku dok kawal la anakku tu, pegang dia supaya tak kacau orang lain makan. Sekali kena tepuk dengan mertua suruh aku lepas je anak.
Biar kan dia nak makan apa, kesian terliur dan tanpa banyak cakap, terus suap skali pencicah tu. Katanya biar dia rasa skali nanti dia tak nak dah la makan makanan tu.
Tak tunggu walau seminit, anakku terus nangis air mata laju turun kot. Pedas sangat rasanya. Aku terasa jantung aku laju sangat macam nak marah, aku cakap dengan nada yang lembut ‘dia kan budak kecik lagi, mana boleh makan makanan dewasa. Usus tak kuat’ diam semua masa tu.
Muka aku da merah suami aku pun diam. Aku ambil anakku masuk bilik bagi susu (pakej korek mulut keluarkan makanan). Tidur dia dengan tangisan sedu pedas tu.
Aku akui, aku masih baru sangat dalam bab besarkan anak ni bila dibandingkan dengan orang lain yang beranak ramai. Besarkan anak dengan makan nasik letak kicap bagai.
Aku faham bukan semua orang mampu nak bagi makanan berkhasiat kat anak. Tapi bagi aku, makanan takperlu mahal asalkan realfood dan puasa garam gula MSG. Telur bayi boleh makan kot asalkan tak alahan. Jangan risau bab cacing ke apa sebab ada ubatnya.
Mungkin cara aku yang kunun nya tak nak bagi anak makan makanan dewasa buat orang lain tak selesa aku minta maaf. Aku pun nak juga cuba jaga dan buat yang terbaik untuk anak aku.
Aku baca dan cari ilmu bukan semborono bagi anak makan. Cuma satu ja aku minta, pesanan untuk aku sendiri juga ni. Kalau nak tunjuk prihatin dengan nak bagi bayi orang makan tu, eloklah tnya makpak dia dulu.
Jangan main bagi ja. Horm4ti cara asuhan dan didikan makpak budak tu. Jangan nak tunjuk kita tu hebat memandangkan kita tu dah beranak lapan belas orang. Tu contohhhhh.
Dan sematkan dalam kepala yang walaupon kita beranak banyak, dah jadi ‘super senior’ kita tetap taktahu penerimaan makanan baby tu macam mana kecuali mak dia sendiri.
Jangan dok cakap, protien sekian sekian baby tak boleh makan sebab dia kecik lagi. Jangan bagi sayuran nanti dia tercekik. Bukan bagi baby makan sayuran tu buat ulam. Tahu la mak dia buat bagi baby dia makan.
Akhir kata, aku minta maaf atas kata kata kerana aku tidak berfikiran terbuka bab bab menu budak budak kecik. Apa pun terima kasih atas teguran jangan bagi anak makan ikan salmon sebab ikan tu pelik.
Sekian. Terima kasih.
Yang benar,
SayaMakTakRetiAjarAnak
– Melati sejati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit