Assalamualikum semua.. sekadar menulis untuk berkongsi cerita.. Sedia maklum angka 40 ni memang bukan kaleng-kaleng.. dalam Islam sendiri ada menekankan tentang angka ni.
Dalam perjalanan hidup ni banyak yang dipelajari, dan masih terlalu banyak yang harus terus diteliti dan diperbaiki.
Bak kata Saiyyidina Ali RA, jadilah orang yang lebih baik dari semalam. Dibawah adalah apa yang saya rasakan sambil2 meniti perjalanan hidup.
1. Berkata baik atau diam.
Dahulu saya banyak memberikan komen2 yang keras pada confessions yang pada anggapan saya sangat picisan.. tanpa sedar kata2 melulu itu mungkin boleh melukakan..
Saya bernasib baik kerana datang dari keluarga yang baik2, dan juga dihadirkan kawan2 yang baik2.
Senang cerita setelah berfikir panjang, saya dapati bahawa saya belum pernah diuji seperti sesetengah orang.. dan jika diuji dengan perkara yang sama, mungkin saya juga tewas..
2. People sin differently. Don’t judge.
Dahulu saya banyak memandang serong kepada artis2 yang seksi. Sekarang kebanyakan mereka menutup aurat jauh lebih baik dari saya, sedangkan saya masih ditakuk lama..
Sekarang saya cuba berlapang dada kepada semua orang kerana saya faham mereka mungkin akan menjadi lebih baik dari saya.
3. Jadilah orang yang memudahkan urusan.
Banyak pertelingkahan yang terjadi harini adalah kerana kita tidak mampu merendahkan ego untuk mencari jalan penyelesaian.
Tak semua perkara kita perlu menang, dan tak semua benda kita yang betul. Berdoalah agar dilembutkan hati dia dan kita, supaya wujud win-win situation.
4. Kita cuma nampak hebat sebab Allah tutup aib kita.
Semua orang ada aib masing2. Cuma mungkin dipuji2 kerana sisi buruk itu tak kelihatan.
Bayangkan selama ni kita tak pernah tak bagi signal. Tiba2 hari tu memang terlepas bagi signal nak masuk simpang, ada orang rakam dan viralkan.
Tiba2 mengalir segala bagai kecaman walhal selama ni kita selalu maki orang2 yang tak bagi signal.
Contoh lain mungkin tiba2 haritu memang terlupa zip seluar, ada orang tangkap gambar dan viralkan dengan muka sekali. Nauzubillah..
5. Dunia di genggaman, akhirat di hati.
Bila meningkat dewasa dan hidup semakin stabil, penuhilah rasa kecukupan di dalam hati supaya kita tidak resah mengejar ganjaran dunia.
Carilah keseimbangan antara keduanya agar kita menjadi generasi pintar soleh.
Jika ada lebih, jangan dilupa tanggungjawab kita kepada mereka yang memerlukan. Sentiasa berdoa agar kita dijauhkan dari kekafiran, dan kefakiran.
6. Pick your battle.
Don’t argue with strangers. Never argue with idiots. Tak ada faedahnya. Learn to walk away & respect yourself. Tenang is good.
7. Enjoy life. Appreciate the blessings. Be contented.
Jika ada rezeki lebih, upgrade your life internally first. Tukar jenis beras kepada yang lebih berkhasiat, beli kasut yang lebih berkualiti dan baik untuk postur tubuh,
Upah orang untuk melakukan kerja2 seperti potong rumput etc dengan niat berkongsi rezeki dan gunalah masa luang tersebut untuk keluarga.
Pergi bercuti untuk widen your horizon, bukan untuk menunjuk di socmed.
By ‘upgrading’, tak semestinya kena tukar kereta atau pindah rumah yang lebih besar. Cari sesuatu yang boleh memuaskan hati kita sendiri, dan bukan mencari ‘approval’ dari orang lain.
8. Continuous improvement.
Banyakkan berfikir. Mula buat ibadah sunat. Perbaikkan solat. Perbaiki bacaan Al-Quran. Give advice in private. Accept corrections from others. Respect each other. Read books.
Selamat menempuh usia 40 dengan anggun dan penuh kesyukuran.. Semoga dipermudahkan urusan kita. Aamiin…
– Biskut Oat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit