Assalamualaikum semua… Aku seorang ibu beranak dua. Perkahwinan masih dalam fasa pertama orang cakap, 5 tahun.
Aku tertarik nak kongsi pengalaman aku sendiri lepas baca menuju perkahwinan versi lelaki, (https://iiumc.com/menuju-nikah-versi-lelaki/).
Semua point confessor tu tepat sangat. InsyaAllah jika itulah yang confessor lakukan rumahtangga akan harmoni.
Sebagaimana diri kita, begitu juga pasangan. Allah dah takdirkan kita berjodoh dengan pasangan kita pasti ada sebabnya. Dan jika berlawanan, Allah nak mengangkat darjat kita sebagai hamba yang lebih bertakwa.
Pengalaman yang aku ceritakan ini diharap memberi manfaat bukan untuk aku membangga diri. Sebab tu aku confess di sini, moga menjadi panduan buat adik-adik yang mencari pasangan.
Aku berkahwin agak lewat (dalam keluarga aku). Tambahan anak perempuan sulung, sentiasa ditanya-tanya bila lagi. Bukan aku tidak berkawan, ada.. Tetapi semuanya putus di pertengahan jalan.
Hinggakan aku rasa down mungkin sebab rupa paras aku. Aku rasa aku ni biasa biasa je… Bukan kulit flawless, bersepah bekas jerawat. Hahaha. Jadi aku rasa diri aku tiada tarikan dalam bab kecantikan. Tapi aku ok je, syukur aku sihat. Itu paling pentingkan?
Sebelum menuju alam rumahtangga aku persiapkan diri aku dulu. Aku kenal dengan mamat-mamat sebelum ni pun bukan sebab aku pergi cari atau bercinta bagai nak rak.
Biasanya kakak2 tempat kerja atau saudara-mara yang kenalkan. Sebab dah makin dewasa bilangan nak jumpa lelaki bujang sangat susah. Jadi buka ruang untuk berkenalan sebab nak nikah.
Sebagai perempuan yang pertama sekali kita memang kena jaga diri. Dah tahu lelaki mesej atau sembang benda-benda dalam kain sila angkat kaki. Awal-awal lagi tak hormat kita sebagai perempuan.
Kalau betul dia nak kita, kenal dulu hati budi kita. Bukan kenal body kita. Salah tu!
Setiap perkenalan pastikan ibu bapa kita tahu. Ni penting sebab kita nak restu dan redha ibu bapa.
Percayalah ibu bapa ni dia ada instinct bila tengok, bila sembang dengan calon pasangan kita. Orang tua ni banyak pengalaman, lebih dahulu makan garam. Tengok gaya calon pun kadang dia tahu dah sesuai ke tak dengan sikap dan perangai anak dia.
Sebelum aku proceed ke peringkat lebih tinggi dalam hierarki perkenalan menuju perkahwinan, aku sendiri berjumpa ibu bapanya, kenal adik-beradik dan keluarga. Bukan apa, untuk ambil feel orang cakap. Boleh tak aku survive dalam keluarga dia nanti.
Selain belajar memasak, menjahit, ilmu keibubapa semua… Aku juga siapkan diri aku dengan ilmu kematangan.
Kenapa aku cakap benda ni penting? Sebab dalam rumahtangga ada banyak hal yang kita perlu main dengan emosi dan perasaan. Jadi perlu sangat nak kautim dengan kematangan kita.
Contohnya kalau pasangan kita terlupa nak masuk kain dalam mesin basuh, kita tolong je la basuhkan. Lepas tu kena peringat selalu kat pasangan. Benda kecil tak perlu masam-masam muka.
Komunikasi. Ni memang sangat sangat penting. Aku ni peramah. Dengan orang tua biasanya aku ada topik nak sembang apa. Jadi bila duduk dengan golongan mak nenek aku tak kekok.
Bagi aku komunikasi kita dengan orang tua sangat membantu kita dalam dunia perkahwinan.
Bila sembang dengan orang tua, dapat ilmu dan pengalaman mereka. Kau belajar untuk dengar dari banyak cakap. Kau belajar nak susun ayat bila nak bersembang. Kau belajar hormat dalam percakapan.
Benda ni penting dalam rumahtangga sebab kadang kadang nak menyinge dengan suami tu ada. Aku bukan jenis cakap maki-maki dengan orang, nak komen ayat membodohkan orang pun tak sanggup.
Selagi boleh berlapik, aku alaskan ayat-ayat aku. Mungkin asbab ni Allah jodohkan aku dengan suami yang lembut tutur kata. Tak pernah naik suara dengan aku. Dia pun buka jenis maki-maki orang.
Satu yang aku suka tentang suami aku dia jarang sangat bercerita pasal orang. Hal-hal buruk orang dia jarang jadikan topik perbualan. InsyaAllah bila suami macam tu aku percaya dia bukan jenis menjaja buruk atau aib aku sebagai isteri.
Sebelum kahwin aku memang ada habit menyental dapur dan bilik air. Seronok bila tengok rumah bersih dan ceria.
Bila kotor melekit mula rasa tak selesa dengan rumah sendiri. Nak buat apa-apa pun rasa lapang dan seronok kan? Jadi bila aku berkahwin, aku tak expect more dengan suami aku.
Biasa dah dengar lelaki suka baling seluar tepi bakul baju kotor. Hahaha. Jadi aku kurangkan expectation aku dan tingkatkan productivity aku. Acewah. Barulah nampak perubahan pada diri suami. Dia boleh bantu kerja-kerja rumah, tapi kadang kena minta tolong.
Mungkin juga dia tengok aku rajin, dia jadi malu alah kalau duduk saja. Aku pun rajin juga minta tolong itu ini. Lama-lama dia faham.
Kalau aku masak, dia basuh pinggan. Aku basuh kain, dia sidai. Aku lipat kain, dia menyapu. Gitulah, kita didik diri kita dulu, InsyaAllah pasangan kita nanti juga begitu.
Bab solat dan ilmu agama. Aku letak pada point terakhir bukan apa. Point terpenting ni perlu jadi penutup dan kesimpulan kepada semuanya. Tanpa solat dan ilmu agama rumahtangga akan ada lompongnya.
Jika semua di atas dah ada tapi tetap rasa sesuatu yang kurang. Kita check balik solat kita. Jika kita tak biasa solat, mulakan belajar solat semula. Bila solat Allah jaga rumahtangga. Masalah cepat selesai. Duit kurang tapi hati tenang.
Jika kita sendiri tak solat, kemungkinan untuk dapat pasangan tak solat juga tinggi.
Sebelum aku proceed nikah dengan suami aku, aku tanya direct je solat ke tak. Sebab aku cakap ayah aku nak menantu solat. Tempoh perkenalan pun boleh tengok dia dan keluarga solat ke tidak.
Bila aku berkahwin, baru aku tahu suami aku pun jenis baca al-Quran. Tak setiap hari, dalam minggu tu mesti ada.
Sebab aku dah biasa kena tazkirah dengan mak dan nenek aku bab-bab ngaji ni. Satu hari mesti kena baca al-Quran. Alhamdulillah, rupanya suami aku juga begitu orangnya.
Sebelum berkahwin selalu juga jumpa ayat atau dengar orang bagi nasihat, tak perlu sibuk-sibuk bercinta, baiki diri dan persiapkan diri. Nanti Allah hadirkan jodoh sebagaimana kita.
Tipu lah kan zaman remaja, study tak tergugat dengan keindahan percintaan orang lain…
Tapi bila aku sendiri dah melaluinya, aku akui diri kita inilah yang perlu dididik dan dibaiki kepada lebih baik.
InsyaAllah pasangan kita kelak bagaikan cerminan diri kita. Tak perlu kejar untuk mendapatkan cinta sang lelaki, bila kita dah bersedia Allah sendiri jemput kita menjadi pasangan yang halal. InsyaAllah.
Aku kenal suami tak lama. Tiga bulan terus proceed nikah. Urusan perkenalan sangat mudah, jika sebelum ini selalu berhenti di pertengahan jalan, dah faham itulah hint dia tak sesuai dengan kita.
Allah hadirkan kesedihan sebelum ini sebab nak kuatkan mental dan persiapkan diri kita dengan ilmu mengenali sikap manusia.
Bila dah rasa serasi, perjalanan menuju ke perkahwinan InsyaAllah dipermudahkan. Yang penting didik diri kita sendiri dulu, doa Allah berikan pasangan yang terbaik untuk kita. Wallahuaklam.
Percayalah, bila dah berumahtangga perkara-perkara yang aku sebutkan di atas lagilah perlu dijaga.
Ujian datang silih berganti. Hari esok pun tidak pasti. Hari ini aku tak sanggup nak cakap aku bahagia dengannya di sisi. Sebab aku tahu semua ini hanya pinjaman untuk aku nikmati.
Setiap hari pasakkan dalam hati, aku yang kena berubah, aku yang perlu memberi, moga redha Allah selalu mengikuti. Semoga bermanfaat, doakan kita semua diberi ilham dan rahmat dalam kehidupan kita.
– Mentari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit