Menumpang

Isu duduk menumpang dengan mak ayah, anak tinggal kat atuk nenek.. boleh mengundang sangat. Sama ada mengundang umpat orang sekeliling atau lara hati si penerima.

Padahal, anak yang tinggal dengan mak ayah itulah orang pertama yang akan urus sakit demam mak ayah. Batuk orang tua tu malam², mereka yang lebih tahu.

Anak yang jauh ni, kalau telefon tanya khabar pun.. mak ayah takkan cerita benda betul, tak nak risaukan anak.

Merekalah yang selalu cukupkan bekalan rumah mak ayah. Kita yang jauh ni, balik sekali sekala konon nak merasa air tangan bonda. Balik² tadah pinggan.

Bukan kita tahu pun bonda nak menyiang ikan pun selalu tertusuk tulang, nak menumis pun dah terketar². Belikan barang masak, lagilah tak.

Adik beradik yang duduk dengan mak ayah itulah yang mudahkan urusan mereka. Kadang nak ambil ubat kat farmasi, nak ke bank ambik BSH, merekalah yang ambil cuti teman mak ayah.

Mak tak perlu beriya mengemas rumah, makanan ada yang masakkan, belanja dapur ada yang penuhkan.

Kalau setakat lampu tandas rosak, siling berlubang, anak menantu yang duk menumpang itulab yang ganti dan panjatkan.

Ada yang nampak macam dia tinggal percuma.. tapi bil api air dia yang settlekan. Rumah mak ayah bertahun guna air tapis biasa, dia yang belikan Coway.

Kau orang adik beradik yang lain balik tak pernah nak perasan?

Selama ini kita yang jarang² balik ke kampung, balik pun tak sempat berpeluh lama..

Ada adik beradik yang tinggal dengan mak ayah siang malam, tahu bahangnya rumah macam mana lalu dipasangkan aircond.

Bab atuk nenek jaga cucu. Saya tak nafikan, ada yang ambil kesempatan sebab nak jimat belanja pengasuh.

Tapi, jangan lupa.. ada juga nenek yang beriya nak jaga. Risau budak sekecil itu di tangan orang asing.

Bab orang tua membebel letih, penat dengan kerenah cucu, serabut rumah bersepah.. kalau itu luahan mak ayah dalam telefon, kau tenang² sajelah.

Mereka cuma nak menyembang. Jangan bangga sangat nak cari salah adik beradik yang kau mata menumpang itu.

Biasalah.. yang dekat, biasanya bau tahi. Yang jauh itulah nampak wangi. Kalau kau busuk hati macam tu sekali dengan adik beradik, cubalah ganti tempat mereka.

Tapi aku pasti orang begitu gakkan bertahan lama.

Allah itu maha adil.

Walau kita nampak adik bongsu lebih lemah lembut dan manja, Kak Teh lagi patuh.. tapi Allah tak hantar mereka jaga mak ayah. Allah tak izinkan mereka bersama mak ayah.

Mungkin adik bongsu yang lemah lembut itu, mak ayah pun kesian nak ‘menyusahkan’.. tak sampai hati nak suruh itu ini. Sudahnya, mak ayah buat sendiri.

Kau nampak Kak Teh begitu macam senang la mak ayah nak bergantung harap. Tapi sebab sifat Kak Teh mcm tu, dia terpaksa turut kata suami dia.

Mak ayah mana nak tengok anak² tersepit antara dua? Last², mak ayah tak terkeluar nak minta tolong.

Akhirnya.. adik beradik yang bukan sanjungan koranglah yang Allah hantar jadi peneman mak ayah di kampung. Sebab Allah lebih tahu hati dia.. kenapa kita nak dengki dan busuk hati?

Fitnah adik beradik sendiri itu ini dengan mak ayah sampai mereka pun buta menilai.

Itulah anak yang terpaksa telan kerenah tua mereka di halkum, nak melawan tak sanggup. Nak pertahankan diri, macam tak berbaloi.

– Kak Long (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *