Menumpang Di Rumah Mertua

Terima kasih kepada admin jika tersiar. Jika tidak, mungkin bukan rezeki kali ini.

Salam, aku tergerak hati nak confess di sini sebab terbaca tentang pengalaman pasangan muda yang tinggal bersama mertua selepas berkahwin kat satu website ni. Lepas tu, aku skrol ke bawah baca komen. Ada yang komen anak-anak jenis pentingkan diri sendiri bila tumpang rumah mertua sebab tunggu rumah baru mereka siap, bila rumah dah siap and ready to move in then mereka tinggalkan mertua macam tu je. Ada yang komen anak-anak pentingkan diri sebab ambil kesempatan sebab boleh tinggalkan anak-anak dengan mertua bila diaorg pergi berkerja. Ada yang kata untung lah sebab bila balik makanan dah terhidang, baju dah lipat, anak-anak dah mandi so laki bini balik goyang kaki je. Aku pun sebenarnya memenuhi ciri-ciri komen di atas…but with a bit of twist.

Aku dan suami baru je berkahwin 2 tahun lebih sikit. (Ini perkahwinan kedua aku, yang pertama jodoh tak panjang, tapi rezeki aku dikurniakan seorang anak masa perkahwinan pertama). So ceritanya, masa awal perkahwinan kami tinggal di rumah aku, flat kos rendah di area bandar. Aku beli flat tu pada mulanya sebab harga memang affordable time tu, dan aku belum memiliki sebarang hartanah lagi. Selepas beberapa bulan berkahwin, kami mendapat berita gembira, aku mengandung sebulan.

Kemudian bila kandungan aku dah halfway through, kami berpindah duduk sekali dengan keluarga mertua, famili sebelah laki aku. Rumah mertua pula tak jauh pun dalam 20 minit perjalanan. Famili laki aku walaupun duduk di bandar dah lama tapi menyewa berpuluh tahun dah. Dulu ada beli flat tapi dah jual. Ada rumah di kampung, tapi disewakan. Sebab pak mertua masih bekerja di bandar dan berhasrat untuk pulang ke kampung bersama mak mertua setelah dia pencen..yang mana beberapa tahun lagi, bukan dalam masa terdekat ni.

Waktu kandungan aku dah halfway through tu pula, sebenarnya aku dgn suami sedang sibuk cari rumah sewa yang berdekatan dengan rumah mertua, sebab senang nanti boleh mak mertua tolong jagakan anak-anak aku. Boleh pula waktu itu juga, mertua aku pun nak cari rumah sewa sebab tuan rumah sewa mereka nak jual rumah itu. Aku tak rasa pun diaorang nak jual sebenarnya, tapi nak naikkan sewa. Sebab kadar sewa yang mertua aku bayar agak murah untuk teres tengah bandar ini.

Pastu mertua pula nak cari yang teres juga. Mana la nak dapat teres dengan kadar sewa macam tu lagi. Dah tentu kadar sewa sekarang untuk teres dah berkali ganda. Jadinya, aku cadangkan lah kat suami, jom kita duduk sekali dengan famili awak, kongsi sewa. Sebab aku pikir, lagi mudah tinggal sekali, lagi senang serumah. Maka kami pun berkongsi sewa dengan famili mertua sebab gaji aku walaupun besar cukup-cukup je sebab gaji laki aku kecik dari aku, jadi komitmen besar seperti rumah, kereta & sewa rumah aku yang tanggung. Lain-lain suami tanggung.

Tadi kan aku cerita nanti aku nak mertua jaga anak sulung dan yang bakal lahir itu, sebab mak mertua surirumah dan pengasuh sepenuh masa. Mak mertua memang mengasuh dari muda sebelum kahwin lagi sampai lah sekarang. Memang bising la rumah aku ni dengan suara budak-budak. Bila dia tahu aku mengandung, dia pun offer nak jaga cucu dia ni, cucu sulung pula tu. Suami aku anak sulung, adiknya pula sekolah menengah lagi. Dua beradik je. Senangkan.

Memang aku taknak susahkan mak mertua aku, tapi suami aku cakap, nanti kecik hati mak mertua kalau kita hantar kat pengasuh lain jaga. Aku pun malas banyak cakap ikut je. Kami bayar ya, bukan jaga free. Ikut standard rate. Pastu bil air api, barang basah macam ayam ikan kebanyakan suami yang beli. Walaupun kami jarang makan dirumah, tapi aku tetap suruh suami beli barang basah sebab anak-anak pun nak makan juga, lepas tu kadang-kadang weekend aku nak masak dan harap dapat lah kurangkan perbelanjaan bulanan mertua. Mertua pun ada beli barang basah tapi aku segan betul nak guna barang mereka. Selalunya mak mertua aku offer suruh masak sayur je la. Aku pun masak sebab aku memang suka sayur. Haha.

Kadang-kadang kami balik kerja memang mertua dah siap masak, tapi aku tambah la menu apa-apa yang simple, contoh macam pekasam goreng, telur dadar, telur masin rebus, maggi goreng, mee goreng ke..sebab aku ni jenis dididik oleh mak aku supaya segan nak makan tanpa buat sebarang kerja dulu. Kadang-kadang aku beli dominos ke kfc ke mcd ke yong tau fu ke tapau bawak balik makan sama-sama. Memang aku kerja, tapi kalau aku balik rumah terus makan, mak aihh macam aku buat mak mertua aku macam orang gaji pula. Aku tak boleh la. Sebab walaupun kami kongsi sewa, aku tetap kena hormati cara mertua sebab mereka lagi tua dan parents kepada suami.

Masa awal pindah mertua dah bagitau nak bilik di aras bawah sebab sakit lutut nak panjat tangga. Aku pun ok ja. Bilik kami pula di tingkat atas, memang luas sebab sekali dengan tandas, boleh muat katil, sofa, peti ais dan tv. Beranda pun ada, kami letak ampaian dan mesin basuh. Ceritanya memang baju kami anak beranak kami basuh di bilik kami.

Aku tak pernah kasi mak mertua basuh baju kami. Dah kering kami angkat letak atas sofa dulu..sebab nak kasi bertimbun baru lipat. Malas sungguh aku nak lipat kain. Suami aku memang tak la nak melipat. Dia rajin bab basuh dan sidai. Jadi kadang-kadang bila aku balik kerja aku mesti perasan ada sesuatu yang berbeza. Kain baju yang aku longgokkan itu, dah dilipat dan tersusun cantik atas sofa dan dah diasingkan baju aku, suami dan anak-anak.

Ya, mak mertua aku yang naik dan tolong lipat. Rajinkan dia. Aku dah pesan kat suami, bagitahu mak tak payah buat. Tapi mak mertua degil juga. Aku pun tak tau nak cakap apa. Aku pula bukan jenis suka kunci bilik. Sebab aku respect famili mertua aku ni..diaorang bukan jenis suka-suka masuk selongkar bilik kami. Jadi kami selesa tak kunci. Jadi kadang-kadang mak mertua tolong kemas kan bilik. Aku dah pesan jugak dengan suami, bagitahu tak payah buat, tapi mak mertua degil juga.

Duduk serumah dengan mertua, memang kami banyak kena beralah, sebab kadang-kadang ada habit yang tak boleh diubah. Contohnya, pak mertua suka merokok dalam rumah. Aku pun tak faham kenapa dan suami pun dah tegur tapi macam itu juga. Aku pula penghidap asma, anak sulung pun sama. Anak yang bongsu pula kerap batuk berkahak, pernah admit ward sebab paru-paru ada jangkitan kuman masa baby lagi. Kadang-kadang aku nak melepak kat bawah nak tengok tv, tapi bila pak mertua aku merokok dalam rumah, aku dah rasa sesak nafas jadi aku lari naik ke bilik.

Aku penghidap asma kronik sebab dah berapa kali aku admit ward dari kecil sampai la ke besar ni sebab bad asma attack. Aku belum sampai tahap lagi nak tegur sendiri. Sebab itu tanggungjawab suami aku untuk tegur pak mertua. Tapi sampai sekarang tetap sama. Jadi apa yang aku buat, bila pak mertua merokok, aku lari naik atas bawak anak-anak. Takde lah berlari betul, berjalan naik tangga macam biasa je la. Apa boleh buat, aku pun nak hidup jugak.

Dan dalam masa yang sama, aku bersyukur sebab ada mertua yang baik dan mertua dah lahirkan seorang anak yang baik iaitu suami aku. Sejak anak aku lahir, aku tak pernah bangun buat susu anak

tengah-tengah malam. Suami yang buat. Yang aku tahu, anak merengek, aku pas botol kat suami dan suami mamai-mamai bangun buat susu anak. Baju sekolah anak sulung pun suami yang gosok. Anak dah siap mandi, dia cakap baju belum gosok, aku suruh dia gerak bapak bangun gosok baju. Suami pun bangun mamai-mamai gosok baju anak. Anak aku dah siap-siap, dia turun breakfast kat bawah dan nanti mak mertua teman anak dan 2 orang lagi anak asuhan tunggu van sekolah sampai.

Aku sambung berdengkur dengan yang bongsu. Nampak macam aku malas kan..aku kadang-kadang balik lambat jadi memang tak boleh commit nak uruskan anak aku waktu pagi. Mak mertua pula sangat memahami sebab maybe dia dah biasa uruskan anak-anak asuhan jadi dia tak pernah komplen. Mak mertua muda lagi, baru separuh abad..sebab suami memang muda hampir sedekad beza dengan aku. Muda tapi matang, dan seorang suami yang baik.

Aku pernah hadap perkahwinan yang tak membahagiakan, jadi aku hargai apa yang aku ada sekarang. Sekarang ni pula aku dalam dilema, sebab aku baru beli rumah teres kat selangor awal tahun hari tu, aku pikirkan lambat lagi siap sebab ejen hartanah tu cakap lagi 2 tahun siap, tapi sekarang dah lebih kurang 70% dah siap. Aku dan suami pikir..lajunya. Kalau dah siap nanti, takkan kami kena pindah sana sebab macam mana mertua nak tanggung sewa rumah. Jadi tengah pening pikir strategi apa nak buat ni. Flat aku tu pula aku dalam proses nak jual, sebab dah beli rumah teres, jadi aku dah malas nak tanggung liabiliti. Itulah realiti kehidupan aku.

Orang luar nampak apa yang diaorang nak nampak, tapi jangan terlalu cepat mengadili dari luaran. Ada cerita di sebalik cerita. Apa pun, famili mertua aku baik dan aku selesa dengan mereka. Setiap perkara ada kekurangan dan kelebihan, yang buruk itu dari kita, yang baik itu dari Allah. Sorry la kalau panjang aku menulis, atau ada yang rasa panjang dan bosan..ye la kan macam dah kat KRT haha. Tapi aku bukan confess pasal gaduh ke atau nak tanya pendapat ok. Aku cuma memberi sedikit gambaran serpihan kehidupan tinggal serumah bersama mertua kepada yang belum berkahwin, mahu pun yang sudah berkahwin. Bye.

– Mrs. B

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *