Assalamualaikum semua pembaca.
Menumpang di rumah sendiri ni merupakan luahan hati dan perasaan aku yang lama tersimpan.
Aku dah 2 tahun berkahwin dgn lelaki pilihan aku. 6 bulan pertama semuanya seperti biasa. Buat pengetahuan semua, sebelum kahwin lagi suami dah beli rumah dan segala kelengkapan rumah utk aku. Serba lengkap. Masuk goyang kaki je. Itu cerita 6 bulan pertama.
Selepas 6 bulan, ibu mertua aku datang menziarahi kami berdua. Sempatla bermalam di rumah kami. Aku ok je org tua nak dtg melawat dan bermalam. Tapi, lepas kisah bermalam tu, tiba-tiba ibu mertua dtg lagi utk bermalam. Kali ni siap dgn adik-adik ipar aku yang lain. Aku ingatkan bermalam sehari dua je, tapi makin lama macam dah tak nak balik je. Memandangkan rumah aku ni besar, banyak bilik. Adik-adik ipar tidur di setiap bilik yang ada. Tinggal satu bilik kosong je.
Mula-mula tu aku tak kisahla nak bermalam sekejap di rumah kami. Tapi bila dah lama sangat, aku naik gelisah. Bukan apa, aku bekerja. Bila balik rumah dan tengok rumah bersepah tunggang-langgang, angin juga satu badan ni. Pinggan mangkuk, cawan, kuali semua tak berbasuh lepas digunakan. Belum lagi sambal ke lauk bersepah sana sini tak berlap. Masa tu, hanya Allah yg tahu betapa sakitnya mata ni tengok.
Aku ada lah selidik sampai bila ibu mertua dan adik-adik ipar aku nak duduk sini. Rupanya, diorg nak duduk sampai bila-bila. Sebab katanya lagi jimat perbelanjaan duduk satu rumah. Rumah diorang duduk selama ni, diorang dah pun sewakan pada orang lain. Gugur jantung aku masa dapat tahu berita tu.
Aku pula, takkan la nak halau kan dari rumah tu. Aku masih cuba berbaik sangka. Tapi bila tengok keadaan rumah yang semakin teruk, belum lagi segala makan minum kami di tentukan oleh ibu mertua. Walaupun aku yang nak masak, menu ditentukan ibu mertua. Suami pula perlu menanggung lebih perbelanjaan sampaikan tiada wang simpanan.
Tak habis setakat tu, ibu mertua aku ni jenis suka berjalan ke sana sini. Jadi dia suka la guna kereta suami setiap hujung minggu untuk dia berjalan sana sini. Dah kami berdua nak keluar kena guna motor atau Grab je. Duit minyak, suami yg isi. Tapi dia habiskan. Kami langsung tak diberi peluang untuk mengisi masa berdua pada hujung minggu.
Disebabkan tu, kami suami isteri selalu bergaduh. Alhamdulillah suami mengerti dan faham situasi aku. Tapi dia pun tersepit antara isteri dan emak sendiri. Yang aku pelik, ibu mertua aku ni takde pula buat perangai macam ni dekat rumah abang ipar aku. Abang ipar aku pula, sejak-sejak ibu mertua aku dah duduk rumah kami, rajin juga tidur rumah kami setiap hujung minggu. So semua bilik kat rumah ni, dah penuh la dengan keluarga suami.Bukan itu sahaja, abang ipar rajin ajak kawan-kawannya datang melepak di rumah kami. Atas alasan, kami belum mempunyai anak. Kami sebenarnya tidak bersedia mempunyai anak kerana keadaan rumah yang menekan kami. Yela, sejak keluarga mertua tinggal di rumah kami, kami umpama menyewa sebuah bilik. Banyak barang di bilik kami. Kalau ada anak nanti, mana pula nak letak barang-barang anak.
Suami perasan perubahan aku yang mula marah-marah, stress dan banyak diamkan diri serta selalu keletihan. Jadi dia ambil inisiatif untuk sewa rumah lain untuk kami berdua. Tapi disebabkan komitmen suami sudah terlalu tinggi, kami terpaksa menyewa flat kecil sahaja. Alhamdulillah. Walaupun menyewa rumah kecil, kami bahagia. Kadang-kadang hujung minggu, baru kami balik bermalam di rumah sendiri. Yelah, rumah itu masih lagi rumah suamiku. Dan bilik kami masih seperti dulu.
Beberapa bulan berlalu, adik iparku telah pun berkahwin. Aku fikir, lepas berkahwin dia akan keluar mencari rumah sewa untuk keselesaan isterinya. Sangkaan ku meleset sama sekali. Dia bawa isterinya tinggal di rumah itu atas alasan komitmen hidup yang terlalu tinggi. Entah apa yang tinggi sedangkan dia hanya mempunyai motor sahaja. Satu hari, kami pulang ke rumah suami. Alangkah terkejutnya kami kerana tombol pintu bilik kami telah pun bertukar. Dan adik ipar serta isteri telah pun berpindah ke bilik kami. Bila kami bertanya, mereka semua kata kami dah tak layak duduk bilik tu lagi kerana kami telah pun menyewa rumah lain. Sedangkan segala kelengkapan dalam bilik tersebut adalah milik kami yang membeli dengan duit titik peluh kami sendiri. Adik ipar dan isteri senang-senang je halau kami. Sejak dari hari itu, kami tidak lagi pulang ke rumah suami. Lebih banyak menghabiskan masa di rumah sewa kami. Ziarah ibu mertua sekali-sekala dan sekejap sahaja tidak sampai 1 jam.
Saya tahu, ada silap juga kami kerana tidak bersuara. Tapi keluarga mertua tidak sepatutnya memperlakukan kami sebegitu memandangkan suami yang membeli rumah dan menanggung perbelanjaan rumah tersebut. Kini, saya sedang menguruskan pembelian rumah kedua atas nama saya untuk keselesaan keluarga. Saya berharap keluarga mertua sedar akan kesilapan mereka.
– Madam J
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit