Menumpang Rezeki Anak II

Untuk part I, (https://iiumc.com/menumpang-rezeki-anak/).

Assalammualaikum. Terima kasih atas semua komen. Ada yang aku seronok baca, ada yang aku senyum saja.

Aku buat lagi confession kedua ni bukan semata sebab nak jawab komen komen pada confession lepas tapi ada yang bertanya berkenaan amalan. Jadi, sambil menjawab balik sesetengah persoalan, aku selitkan beberapa tips yang aku amal, insyaAllah.

Bila aku baca balik confession aku, risau pulak aku takut ada yang salah faham. Memang anak itu rezeki tapi itu bukan tiket untuk kita lebihkan kuantiti dari kualiti. Walaupun aku yakin anak pembawa rezeki, aku sendiri pun sebolehnya taknak anak ramai.

Mental aku tak mampu nak jaga ramai anak. Cukuplah bagi yang terbaik kepada yang ada sekarang. Sekarang anak aku ada 2 orang pun aku rasa dah cukup.

Gaji RM3k tu tak susah tapi tak senang. Ada yang cakap senang dari awal. Ni kiraan sebelum aku berhenti kerja ye. Sebab lepas aku resign, RM3k tu agak cukup untuk kami. Lepas tolak kwsp jadi RM2670. Komitmen setiap orang berbeza.

Rumah sewa 600(aku tinggal di bandar dekat dengan ibu negara, jadi sangat murah dah tu), kereta 300, parents 400, ptptn 400, internet dan topup fon 200 (kat rumah kena pakai internet yang ok sebab tuntutan kerja suami.

Sekarang dalam proses nak terminate internet rumah sebab kerja baru suami nanti tidak memerlukan suami kerja kat rumah) dan kos balik kampung tiap bulan RM100. Baki lagi 670 itu la untuk belanja dapur, simpanan, duit minyak motor/kereta dll.

Kami selalu bawak bekal pergi tempat kerja. Bila balik kampung, adalah kadang belanja untuk mak ayah lebih sikit. Jadi hujung bulan makan la nasi dengan kicap asal kenyang. Hahhaha.

Bagaimana aku lebihkan anak dari kemahuan sendiri? Contoh, anak aku suka makan cereal untuk breakfast dan aku suka minum kopi yang lebih kurang harga dengan cereal. Untuk belanja pada minggu itu agak terhad. Jadi, aku akan beli cereal dan aku abaikan kopi kegemaran aku.

Bukan masalah pun kan tak dapat minum kopi. Aku layan saja anak aku nak makan apa sebab masa aku kecil banyak benda aku teringin nak makan tapi tak dapat. Sedih weyy..

Tapi aku tak layan kalau anak nak jajan ke, gula gula ke. Yang anak aku minta nak beli selalunya buah, susu kotak, cereal dan biskut.

Dulu anak sulung aku suka kinderjoy tu sebab terpengaruh dengan sepupu dia. Aku keluar beli barang dapur seminggu sekali, jadi masa tu lah dia pau aku beli kinderjoy. Korang mesti cakap tu mahal kan.

Memang aku fikir macam tu jugak tapi apalah sangat jika gaji kau mampu untuk spend beli kinderjoy RM20 sebulan untuk buat anak happy. Tu pun sebab kinderjoy tu selalu ada kat kaunter. Susah nak elak. Tapi sekarang anak aku tak minat dah kinderjoy. Dia lagi suka makan.

Suami aku tak rapat dengan mak dia. Tak biasa minta mak doakan. Aku pula terbalik. Dari dulu, masa exam ke, interview kerja ke, aku minta mak doakan. Memanglah mak selalu doakan untuk anak tapi aku nak doa yang specific.

Jadi, setiap kali suami ada interview kerja baru ke, selain aku yang doakan, aku suruh dia bagitahu mak dia untuk doakan dia. Mula mula dia segan sebab tak biasa.

Aku bagitahu la doa mak lah yang tak ada hijab kalau dia nak kerja baru tu. Aku juga selalu paksa suami untuk call mak dia at least seminggu sekali.

Masa suami dalam tempoh cari kerja, aku buat solat hajat untuk suami. Masa suami interview pun aku buat. Cuba ambil peluang waktu waktu mustajab doa seperti doa semasa hari hujan, pada sujud akhir, selepas tahiyat, doa sepertiga malam. Nak minta dengan Allah kan, kenalah bersungguh.

Memang aku bangga anak aku sekolah kat sekolah tu tapi bangga aku setakat bangga seorang ibu bila tengok kemajuan anaknya, tengok anaknya masuk sekolah pakai uniform. Bangga aku bukan dengan tayang di media sosial di mana anak aku bersekolah.

Memang aku ambil gambar hari pertama dia ke sekolah dengan uniform itu tetapi aku tak masukkan pada mana mana media sosial sekalipun. Tak ada seorang pun kawan aku atau kenalan aku tahu akan sekolah anak aku melainkan cuma atok neneknya dan pakcik makciknya sahaja.

Bila orang tanya kat mana sekolah anak, aku cuma cakap tadika dekat rumah saja. Itu cerita untuk tadika impian aku sebelum kawen dan itu tadika pertama anak aku. Benda tu 2 tahun lepas kalau nak cakap membazir pun. Untuk lepas pindah lain pulak.

PASTI juga antara tadika yang sangat baik yang aku tahu. Tapi cepat penuh. Selepas aku pindah rumah baru, 1st tadika yang aku survey memang PASTI tapi agak jauh dari rumah. 2nd LC pun jauh jugak.

Aku nak hantar dia tadika yang fokus pada agama dan yang ada di kawasan rumah aku yang mahal tu la. Kenapa tidak untuk aku berbelanja sedikit supaya anak aku dapat masuk sekolah agama sebab itu yang dekat dengan rumah aku? Aku nak ajar dia agama, aku pun tak pandai sangat.

Ada masa yang aku tak daftar anak ke sekolah tu sebab pkp ye. Semua sekolah tutup. Bila sekolah buka, aku contact banyak tadika berhampiran rumah aku tapi semua tak terima anak aku sebab hanya terima anak yang ibubapa bekerja sahaja. Aku suri rumah.

Btw, aku tahu aku boleh jimat bila hantar anak ke tadika yang lebih murah. Tapi bila tadika itu lebih mahal, adalah yang lebihnya dari tadika biasa. Macam tadika anak aku, yang menarik aku untuk pilih tadika itu sebab ada ajar hafazan alquran secara individu.

Selalu memang ada hafazan kat mana mana tadika tetapi bacaan ramai ramai dalam kelas atau masa perhimpunan sahaja. Berdoalah. Minta direct dari Allah. Minta petunjuk Dia. Kau ibu kepada anak kau. Doa kau kepada anak kau tak ada hijab. Jadi, mintalah.

Doakan anak kau apa saja yang kau nak. Kau nak hantar dia ke sekolah mana, kenapa tidak kau tanya Allah, kalau sekolah tu baik untuk anakku, rezekikan dia untuk bersekolah di situ.

Yuran dia sebulan bagi aku agak mahal lah walaupun sebenarnya tak la mahal sangat bagi orang yang memang berduit.

Awal awal tak mampu tapi aku book saja bayar RM100. Pada masa sama aku tetap survey tadika lain. Kalau tak mampu, aku redha duit aku burn. Bukannya aku confirm nak hantar situ. Tapi Allah bagi rezeki pertambahan gaji pada suami 3 kali ganda dari yuran anak.

Contoh kalau yuran anak 600, gaji suami bertambah 1.8k. Alhamdulillah. So, bila pada awalnya aku minta petunjuk Allah untuk pilih tadika tu, jadi, bagi aku, Allah bagi jawapan dengan bagi kemampuan untuk aku hantar ke tadika tu.

Takkan bila dapat rezeki lebih, tiba tiba aku nak cancel sedangkan itu doa aku padaNya dan Dia makbulkan? Aku bukan tambah komitmen bila gaji bertambah. Tapi plan aku semua sebelum kenaikan gaji. Bila aku dah plan, baru gaji bertambah.

Sebenarnya apa yang anda doa untuk anak akan berbalik pada anda juga akhirnya.

Contoh kalau kita doa dia berjaya dalam hidup, nanti akan senangkan kita juga sebab insyaAllah dia tak susahkan kita untuk tanggung dia bila dah besar nanti. Tak nak la nanti dia menganggur mak bapak tanggung.

Kau doa dia murah rezeki, contoh mungkin macam macam keperluan untuk dia, orang lain akan bagi sebagai hadiah.Jadi, mungkin kita tak perlu beli untuk anak. Anak sulung aku, dari aku mengandung aku selalu cakap dia murah rezeki.

Rezeki dia, dari pakaian, tilam, katil baby, sabun syampu, semua orang kasi hadiah. Sekarang ni rezeki dia lah yang aku tumpang ni.

Dalam tempoh dia membesar pun rezekinya murah. Barang dia banyak yang berjenama contoh kalau beg dengan botol air smi**** yang aku dan suami tak akan beli kot. Hahaha.

Suami tak tahu jenama tu. Masa pergi mall aku tunjuk harga beg sekolah dia, terkejut suami. Hahahahha. Ni aku cerita kang ada pulak yang cakap aku menunjuk anak pakai barang berjenama.

Takkkk… tak ada maknanya sebab kalian bukan kenal aku pun. Aku cuma nak cakap, doalah selalu untuk anak sejak dari dia dalam kandungan lagi.

Aku nak wean off anak pun aku minta doa supaya senang proses tu. Anak kedua aku sehari saja masa untuk wean off. Bukan doa kat anak saja.

Aku pernah dengar ceramah, ustaz tu cakap jika kita doakan yang baik baik untuk orang lain, malaikat akan doakan kita. Rajin rajin doakan orang.

Aku suka doakan khusus untuk sesiapa yang aku nak. Aku sebut nama orang tu dalam doa. Barulah betul ayat “kenang daku dalam doamu”. Haaa.. gitewww…

Sebagai isteri, rajin rajin doakan suami. Sebagai anak, selalulah doakan ibubapa. Doakan adik beradik kau. Adik nak exam, selit jelah sikit nama dia dalam doa lepas solat.

Bukan susah pun. Tak keluar duit pun doakan orang. Kalau ada orang buat jahat kat kau, doa supaya dia dapat kesedaran dan jadi baik.

Kalau orang hutang kau, doakan dia murah rezeki dan ingat nak bayar hutang. Hati dia pun Allah pegang. Kalau dah minta tapi tak jadi, doa saja lah biar tergerak hati dia nak bayar.

Hati hati bila berkata lagi lagi berkaitan anak. Kata kata kan doa. Kadang kadang kita tak sedar bila kita bercerita dengan orang lain pasal anak kita, kita cakap anak kita malas ke, atau masa marah kita cakap contohnya, “along ni selalu buat mama sedih, tak dengar cakap mama.”

Hati hati ye sebab takut diangkat jadi doa. Memang susah sebab aku pun terlepas jugak kadang kadang bila membebel kat anak. Hahahaha.

Aku juga selalu minta maaf kat anak aku kalau aku terlebih marah dia. Selalu sebelum tidur, aku peluk dia, minta maaf dan bagitahu kesalahan dia yang buat aku marah. Bila aku minta maaf, mestilah aku nak anak aku pun minta maaf bila dia buat salah.

Jangan berkira dengan keluarga terutama suami/ isteri. Sejujurnya walaupun aku tak kerja tapi aku mampu beli hadiah birthday kat suami hasil dari duit yang dia kasi aku tiap bulan. Dia tak pernah beli hadiah birthday kat aku sebab dia beli apa apa bila perlu.

Bila beg ke handfon ke rosak, dia beli saja tak tunggu birthday. So, aku tak kisah pun tak pernah dapat hadiah birthday atau anniversary dari dia asalkan dia beli kek dah sebab aku suka kek.

Aku pernah baca confession pasal isteri mengadu suami tak ingat tarikh tarikh istimewa. Kalau aku, seminggu sebelum tarikh tu, aku akan ingatkan dia tiap hari. Hahahaha.

Bukan nak mintak hadiah. Cukup peluk aku, wish dengan beli kek saja. Untuk birthday aku tahun lepas, sehari dia ulang nyanyi lagu birthday kat aku. Ada aku gurau mintak hadiah. Dia cakap dia dah beli peti sejuk kat aku 3 bulan sebelum kira hadiah birthday la tu.

Hahaha.

Ada yang pertikai berkenaan pilihan rumah aku. Ada sebab peribadi kenapa aku pilih rumah begini. Jika tidak, baik aku pilih rumah teres yang pasti lagi selesa dan besar dengan harga sama dengan rumah aku sekarang. Sebenarnya aku takut duduk rumah landed atau flat biasa sebab aku trauma.

Aku terbayang ada orang nak masuk serang aku. Kesan dia, aku jadi takut dan selalu tak boleh tidur malam. Suami pulak kerja shift. Ada masa dia kerja malam.

Jadi, kondo/SA buat aku rasa selamat sebab orang tak boleh sukahati masuk. Rumah parents rumah kampung. Masa aku sekolah rendah rumah pernah kena pecah masuk.

Masa tu aku kat rumah. Jadi, mula dari form1, aku bersekolah asrama sampai form5, sambung matriks dan kemudian degree.

Lepas degree, aku terus kerja yang jauh dari rumah sebab aku taknak duduk rumah. Aku takut. Aku sewa bilik di apartment yang guarded. Lepas kawen, aku pindah tinggal dengan suami juga di apartment.

Tu pun aku pernah kena panic attack juga sebab apartment tu sesiapa saja boleh masuk. Tapi aku cakap kat diri sendiri, dalam ribu rumah kat sini, takkanlah dia aim rumah aku.

Rumah aku tingkat 3. Baik dia masuk rumah bawah, senang sikit. Masa belajar, setiap kali cuti sem, memang aku kena macam panic attack.

Tak selalu tapi adalah 2 minggu sekali ke. Aku jadi takut, sesak nafas, badan menggigil rasa ada orang nak masuk rumah. Last aku jadi macam tu masa aku berpantang kat kampung sebab lama sangat kan kat kampung. Tak ada orang tahu kecuali suami aku.

Dan inilah sebab kenapa suami aku beli rumah sekarang ni walaupun agak mahal untuk kami. Aku pernah mengadu kat parents aku pasal trauma aku tapi dorang tak faham. Mungkin orang yang tak faham cakap aku mengada. Trauma weh.

Kalau kau ada trauma, kau fahamlah macam mana. Btw, aku tahu agak berisikokan sebab hutang rumah bukannya sekejap. Tapi, insyaAllah laa… Doa yang baik baik.

Aku dengan suami bukan jenis bermewah. Kereta kami satu sahaja iaitu kereta tempatan 1000cc yang lagi 2 tahun lebih nak habis bayar.

Pakaian kami biasa biasa tak pakai yang jenama mahal dan cuma beli 2 kali setahun tu pun sebab nafkah kan 2 persalinan setahun jangan lupa ye para suami. Nak murah rezeki, jangan abai nafkah.

Untuk isteri pulak, kalau suami tak mampu, cuba redha. Aku pernah saja suami tak mampu beli pakaian, tak bagi duit(duit tak masuk list nafkah), redha saja lah. Asalkan makan minum cukup dan dia tak bermasalah.

Aku ikut yang UAI cakap, nafkah ada 3 iaitu tempat tinggal, pakaian dan makanan. Duit tu ihsan suami sebab isteri tolong uruskan rumah.

Bila suami tak mampu bagi duit, redha lah. Suami pulak, bila mampu, bagilah. Bila gaji naik, naikkanlah jugak duit belanja isteri. Bagi aku, kalau isteri kerja, pastikan 3 perkara tu suami lunaskan.

Isteri bantulah benda lain macam bayar kereta ke, bil fon ke, taska anak ke, jangan isteri bayar rumah, beli baju sendiri kalau suami tak cukup kasi 2 persalinan setahun dan beli sendiri barang dapur yang asas.

Aku jenis tak minat shopping sebab aku tak suka banyak barang kat rumah aku dan aku tak pakai makeup.

Aku bukan kondem orang pakai makeup ye. Aku cuma bagitahu aku saja sebab aku tak minat jadi dah jimat kat situ. Kalau kau kerja mestilah kena pakai makeup sikit sikit kan kalau tak pucatlah muka.

Aku pilih rumah ni bukan untuk nampak kaya/mewah sebab orang tak tahu pun aku pindah sini. Kalau nak nampak kaya, aku akan upgrade kereta dulu.

Berkenaan deco guna icitra ilestari tu, aku silap cakap kot. Bukan deco sangat pun. Aku beli yang wajib saja macam langsir, lampu kipas, kabinet dapur, almari, kabinet tv dgn grill tingkap pintu dan kapet murah RM100 satu yang aku letak depan tv sebab rumah aku dulu tak ada kapet lagi.

Almari pun aku tak beli masa menyewa dulu. Aku pakai wardrobe yang zip tu saja. Langsung tak ada beli hiasan rumah sampai sekarang.

Satu pokok hiasan mahupun frame gambar tak ada pun. Rumah aku tak ada sofa sebab aku seronok anak aku bebas berlari. Tunggu anak aku besar sikit nanti mungkin aku beli sofa.

Duit lebih lagi yang dah dikeluarkan tu suami aku buat pelaburan. Orang yang nasihat aku pasal rumah aku boleh terima sebab aku tahu risiko dia. Komitmen 30tahun kot kan.

Tapi yang persoal pasal hantar anak tadika mahal ni, dok bangga pasal founder produk hantar anak masuk PASTI tu, tak pernah ke beli benda yang hanya kehendak kau?

Kau cakap pasal founder tu, kau tengoklah kereta dia saja dah beratus ribu lagi kau nak bising aku hantar anak aku tadika yang tak sampai 1k pun sebulan.

Kalau pasal kehendak ni, kau beli ayam kfc tu pun kehendak sebab lagi jimat kalau beli ayam masak sendiri kat rumah. Lagi yang tak setuju pasal tadika, kalau lah kau perokok, habis duit kat rokok boleh, takkan kat anak tak boleh? Ohya. Suami aku tak merokok.

Aku tak cakap tadika murah tak elok tapi yang dekat dengan rumah aku, aku dah survey banyak, pergi tengok sendiri tadika tu. Yang kondem aku ni, rajin tak pergi tengok keadaan sekolah anak?

Ada yang kotor, ada yang tak jaga sop, cikgu pun tak pakai mask, ada yang gelap, suram berkuap (pencahayaan dan pengudaraan tak ok), ada aku dah hantar anak aku trial. Bila balik sekolah, aku tengok anak aku selekeh sangat dengan mask kat dagu nye, tudung senget rambut terkeluar .

Mungkin setengah orang tak kisah tapi aku kisah. Tak boleh ke sebelum parents ambil anak, kau sebagai penjaga anak masa tu betulkan tudung budak tu, cuci apa yang comot.

Bila tanya makan tak kat tadika, dia cakap tak makan sebab apa ntah aku lupa. Tapi sebab yang anak aku bagitahu tu aku tak boleh terima.

Aku pernah jadi cikgu tadika. Jadi senang untuk aku judge tadika walaupun dengan 1st impression.

Aku dan cikgu kat situ tak pernah biar student aku balik rumah dengan keadaan selekeh dengan rambut kusut, tudung senget muka comot dan kat tadika aku kerja dulu, atleast ada biskut meri ke roti ke, cereal ke untuk budak in case budak tak makan makanan yang disediakan hari tu.

Aku jaga anak orang macam tu, jadi memang aku expect anak aku dijaga macam tu. Kalau kau nak cakap, kalau cerewet jaga la sendiri. Iye sebab aku cerewet lah aku hantar kat tempat yang aku yakin boleh jaga anak aku macam tu. Kalau tadika tu dekat rumah, aku dah hantar situ.

Tu bukan tadika mahal pun. Bulanan dia separuh dari tadika yang aku nak hantar anak aku nanti. Tapi cikgu situ jaga budak ikhlas betul. Memang tadika mahal tu kehendak aku bukan kehendak anak sebab kehendak aku nak yang terbaik untuk anak aku.

Berkenaan simpanan kami, itu kami masukkan dalam komitmen bulanan.

Maksudnya memang ada simpanan bulanan. Bila aku cakap tak mampu nak beli rumah atau bayar tadika, tak mampu tu selepas kami dah tolak simpanan.

Pasal yang kerja gaji naik 1.5k tu, sebab suami kerja swasta. Alhamdulillah rezeki. Kalau kau ada kelulusan dan kemahiran, insyaAllah kau boleh demand gaji. Kau tak payah susah cari kerja, kadang kadang kerja cari kau. Ada tips dia. Kalau ada yang nak tahu nanti aku share kat confession lain.

Lagi satu, suami aku tegas berkenaan pemilihan makanan. Dia susah marah tapi kalau aku beli makanan yang tak ada cop halal yang sah, memang teruk lah aku kena marah. Contoh kalau aku beli beras pulut ke, tiba tiba lepas beli dia cek tak ada cop halal, teruk weh aku kena. Huhu.

Kalau nak makan kat restoran pun, kami akan search kat website halal jakim tu dulu ada ke tak kedai tu. Kalau tak ada, cari la kedai lain. Dia tak main yakin saja. Konfem ada halal baru makan. Kalau gerai tepi jalan islam punya tu takde la nak cek. Dah memang owner islam.

Kalau kau perasan, makanan kat FM pun ada yang ada cop halal ada yang tak. Aku kalau yakin tengok dari company yang biasanya ada halal, aku makan saja. Tapi suami aku tak. Dia cek detail betul.

So, kalau nak order grab ke, foodpanda ke, memang aku cek betul betul siapa owner kedai tu. Aku stalk la fb ke ig ke. Kalau tak ada maklumat, aku tak beli. Serik weh laki marah. Aku takut. Hahahhaha.

Berkenaan kata kata aku “Rasa macam tak guna aku berhenti kerja kalau tak boleh usahakan untuk menyusu anak.” Sumpah aku tak tuju kat ibu lain.

Dalam family aku pun ada suri rumah tetapi bagi susu formula sebab dia tak ada rezeki untuk menyusukan anak. Ayat tu aku tuju pada diri aku sahaja.

Masa aku nak hantar confession pertama tu, aku boleh agak mesti ada yang kecam padahal aku nak bagitau pasal rezeki anak tu saja. Kat Malaysia mana ada benda 100% positif.

Aku pembaca setia page ni tapi aku tak pernah komen untuk kondem mana mana confession sebab bukannya confessor sempat nak cerita detail setiap benda.

Confessor cuma nak fokus pada tajuk saja tapi yang kondem biasanya tak berkait dengan tajuk pun dan cuma cari salah confessor sahaja. Cubalah bersangka baik.

Yakinlah dengan Allah. Kalau spend duit untuk anak kau rasa membazir macam mana kau boleh ikhlaskan hati kau untuk bersedekah ye?

Sama saja konsep dia sebab dua dua kena keluarkan duit. Aku macam tertanya juga lah yang tak setuju pasal tadika ni, dia pakai kereta apa, kalau lelaki, merokok ke tak,

Kalau perempuan, ada tak beli hiasan rumah yang sekadar kehendak dia sebab nak rumah cantik sedangkan anak tak kisah pun benda tu ada ke tak, ada tak beli set pinggan mangkuk yang mahal ke, keladi viral ke.

Kalau semua tu kau buat, tak perlu kot persoal aku hantar anak aku tadika mana. Ada sedara tegur aku, yuran anak tiap bulan boleh buat bayar bulanan kereta. Ha ah. Memang. Tapi aku prefer laburkan untuk anak dari beli kereta baru.

Kalau aku tak hantar anak tadika tu, aku mampu upgrade kereta aku pakai H ke, T ke tapi untuk apa? Sama saja aku pakai P 1000cc boleh gerak pergi mana mana juga beza dia tak laju saja lah saja lah. Hahahaha. Maaf aku bukan nak kecam pengguna H dengan T. Duit masing masing.

Ada orang prefer duduk flat tapi pakai M. Ada orang catu makan tapi pakai iphone. Ada saja kat rumah sewa aku dulu macam tu. Biarlah.

Mungkin dia ada rumah kat kampung ke jadi duduk saja rumah biasa biasa kat bandar. Tak perlulah kita nak persoalkan apa yang dia buat dengan duit dia selagi dia tak minta duit kita.

Kalau bersedekah pun, nabi dah cakap utamakan yang terdekat dulu, bukan beria sedekah sana sini tapi ada adik kau hidup merempat.

Aku dengan adik beradik suka hantar makanan. Kami semua tinggal jauh lain negeri. Jadi, kadang kadang, kami order pakai foodpanda untuk hantar ke rumah adik beradik. Masa bulan puasa lagi seronok. Berebut masing masing nak hantar makanan. Mak ayah aku lagi lah seronok.

Kadang kadang meriah makanan dorang buka puasa sebab anak anak yang jauh hantar. Sorang hantar ayam golek, sorang hantar desert, sorang hantar nasi. Biasanya masa bulan puasa kami tanya la masing masing kalau ada hantar apa apa kat mak ayah sebab takut terhantar benda sama.

Banyak sangat membazir pulak. Tak pun aku pakat la dengan diorang hari ni aku hantar makanan, esok kau, lusa dia. Dulu ada adik aku susah sikit dari yang lain pakai hanfon buruk sebab tak mampu. Kami adik beradik share duit beli handfon kat dia.

Masa adik bongsu nak sambung belajar, kami share jugak duit beli laptop kat dia. Bila kat adik beradik itu yang kami buat, kat mak ayah mestilah lebih lagi. Sekarang ni kami tengah kumpul duit untuk hantar mak ayah pergi umrah. Sebenarnya dah cukup untuk bilik 4 orang.

Plan nak pergi bulan puasa ni sebab mak ayah nak rasa puasa kat sana tapi tak dapat lagi kan sebab covid. Jadi kami kumpul saja lagi target bilik atau hotel yang lagi selesa. Doakan cepat duit ni cukup ye untuk bilik berdua, jadi mak ayah boleh stay sama sama.

Dah panjang sangat kot aku tulis dan maaf banyak dah lari dari tajuk. Hahaha. Maaf ye sebab terpanjang. InsyaAllah ni yang terakhir untuk cerita ini. Doakan aku ye dan aku doakan apa yang kalian doakan aku akan berbalik semula pada kalian.

Assalamualaikum.

– Mama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *