Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sejujur nya sebelum ini saya tidak pernah hantar confession di mana-mana. Tika terbaca confession tentang wanita yang pandai menunggu dan lelaki yang menunggu, terdetik untuk confess. Andai disiarkan confession saya ini, harapnya ada kebaikan yang dapat diperoleh. In shaa Allah.
Setiap orang ada cerita masing-masing tentang cinta atau perasaan kasih. Dapat atau tidak itu lakaran takdir. Tentang hati? Ia dipegang olehNya. Ramai orang tahu ini namun tak ramai yang yakin. Jadi apa perlu kita buat?
Firstly, kenapa kita suka pada seseorang? Betul ke kerana dia? Atau kerana fizikalnya sahaja? Atau kerana perwatakannya? Atau kerana rasa yang pernah dia hadirkan? Kita kena tahu kenapa kita suka dia.
Jawapan ala-ala islamik sikit. Aku suka dia kerana Allah. Kalau betul kerana Allah, kau perlu yakin takdir Allah tu terbaik. Even kau tunggu 20 tahun sekali pun, tiada rasa sesal andai pertemuan kau dan dia rupanya hanya sebahagian dari lakaran sejarah hidup di pertengahan jalan. Rasa itu Allah yang hadirkan. Cari hikmah atau pengajaran dari rasa itu.
Secondly, apa patut kita buat jika suka pada seseorang? Jika kau yakin dengan meluahkan perasaan kepada dia itu adalah takdir. Then just do it. Tapi jangan kau lupa jawapan dari dia itu juga takdir. Jika kau yakin dengan memendam rasa dan tetap berdoa itu adalah cara terbaik untuk meluah. Then pasakkan keyakinan bahawa rencanaNya sememangnya yang terbaik. Jadi persiapkan mental.
Sedikit tentang saya. Pernah menunggu dia yang kenal dari tadika. Lost contact 7 tahun sebab berpindah. Lastly dapat info tanpa sengaja rupanya dia bersekolah bersebelahan sekolah saya! Pernah menegur di alam maya selepas stalk session, namun dia tidak mengenali. Noktah kan di situ. And now dah habis sekolah lama dah pun. Almost 17years menunggu. Maaf kepada mereka yang pernah di reject hahaha sebab tunggu dia ni la huh. Tapi apa yang saya pelajari?
Menunggu itu tidak sakit andai benar-benar kita sandarkan pada yang Berhak. Dengan rasa ini Allah lindungi saya dari couple. Dengan rasa ini Allah ajarkan saya tentang apa itu sayang kerana Allah. Dengan rasa ini Allah ajarkan saya tentang mereka yang berani luah rasa pada saya. Dengan rasa ini juga Allah ajarkan saya menolak mereka tanpa pengharapan terus. Pengharapan itu sebenarnya yang sakit. Andai kita letak harapan dia pasti suka aku juga suatu hari nanti. Sedarlah ketika itu kita telah kalah. Kalah dengan cinta. Cinta itu tidak buta, mereka yang mencintai itu yang berkemungkinan buta.
Sedikit pesanan buat wanita. Wanita itu perlu mahal. Bukan mahal hantarannya ya. Mahal harga dirinya. Jangan sebab cinta kau wanita rela korban segalanya. Menyesal di kemudian hari itu tidak boleh undurkan masa lalu. Pesanan buat lelaki. Lelaki itu khalifah. Jangan kau tunjuk kau tunduk dengan nafsu. Tunjukkan yang kau perantara terbaik dari Allah untuk menjaga agama ini. Jangan dianiaya kaum yang lemah.
Cinta harus hadir dengan ketulusan.
Moga kita semua dalam rahmatNya sentiasa. Setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersembunyi. Hati itu Allah pemiliknya, jika Allah yang kau letak pertama dalam hati, mana mungkin Dia membalas dengan keji. Jika husnudzon yang kau letak pada Allah, mana mungkin buruk yang kau dapat dari Allah. Jika kita mahu seseorang yang baik, maka kita perlu menjadi baik dahulu. Jika kita mahu yang terbaik, maka kita perlu menjadi yang terbaik dahulu.
Lastly, hidup ini indah jika kita menikmatinya dengan hati terbuka. Moga ada sinar! Wahai Zat yang membolak-balikkan hati kami. Tetapkan lah hati kami di atas agamaMu. Aamiin.
Letak Allah di hadapan fikiranmu, moga kejayaan milik kamu!
– Melihat dari jauh
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit