Menunggu & Terus Menunggu

Bismillah.. Assalamualaikum. Hi semua. First, aku nak ucap terima kasih sebab sudi singgah untuk baca confess aku ni. Sebenarnya dah banyak hari tahan diri untuk meluah. Dan hari ini ternyata terluah juga di sini.

Baru-baru ni aku rasa macam tak boleh nak fokus tentang hari-hari selepas sendirian di rumah.

Di tempat kerja aku boleh okay, boleh cuba ketawa. Tapi bila balik rumah, mulalah hati sesak, perlu menangis semahunya untuk rasa lapang dada dari sempitnya perasaan yang terbeban tu.

Aku sebenarnya di fasa yang mana cuba move on. Ya, putus cinta tapi tak pasti. Baru semalam dia mengatakan sayang, tiba-tiba hari ni ada perempuan membalas ‘kenapa bersayang-sayang dengan boyfriend i’.

Ya Allah, ternyata aku dipermainkan ke? Jujur, dia tak nampak seperti menduakan, tapi scandle? Apakah aku kena rasa diperbodohkan?

Aku kenal dia lama. Since 2011. Pernah putus kerana ceritanya seperti ini. Bertahun cuba move on dan ambil masa sangat lama untuk okay. Dia tahu, bukan dia tak tahu.

Last year dia contact semula dan confess untuk berusaha ambil aku sebagai wife, minta doakan semuanya dipermudahkan.

Dan Alhamdulillah, semuanya nampak smooth. Dan tibalah masanya selepas dia bertukar tempat kerja baru.

Akhir-akhir ni, aku perasan, banyak benda macam tak sama. Banyak benda berubah, dalam tempoh 15-20 hari kerja tempat baru, aku nampak perubahan tu. Tapi aku diamkan je, sebab aku rasa benda ni boleh slow talk then.

Tapi sebelum nak tanya, dah kena sound dengan perempuan. Hati aku ni rasa macam koyak sangat, speechless! Tak terkata, berjurai-jurai air mata pun tak mampu nak luah macam mana sakitnya tu.

Aku cuba cari jalan, cuba call dia selepas kantoi malam tu. Tapi dia tak angkat pun call. Lagi la buat hati ni rasa terbakar sangat.

Dan akhirnya, problem ni tak boleh soft pun. Dan akhirnya aku block semua media sosial dia.

Sebelum tu sempat whatsapp cakap last kata-kata terakhir, yang aku masih tunggu dia. Dan aku cuma nak dia berterus terang dengan aku. Kenapa kena buat macam ni.

Dia tahu dia mungkin bersalah, dan aku tahu, dia sayang dekat aku. Tapi mungkin dia nak enjoy ke apa aku tak tahu.

For awak yang kalau terbaca ini. Aku berterus terang di sini, selagi ada upaya untuk aku terus menunggu, datanglah pada saya.

Saya sudi terima dan dengar semuanya. Sebab saya percaya, dan saya tahu, tak semua yang buruk tu buat saya buang awak, tapi semua kebaikan awak yang buat saya masih menunggu.

Dan begitulah confess aku. Kadang-kadang bila rasa berat menanggung, aku menangis tanpa siapa pun tahu.

Aku hebat dalam menyembunyikan air mata di luar, tapi kalau kat rumah Allah tahu seberapa sabar dan kuat aku untuk terus jadi hamba yang kuat.

Benar, Allah selalu ada bersama. Dan aku selalu pegang janji Allah kepada hamba-hambanya. Kalau dah jodoh tak ke mana.

Sebab seberapa kuat kita menahan dan bersabar, kalau takdirnya tidak, siapa kita untuk menidakkkan. Jadi kita hanya mampu berdoa. Supaya ada jalan keluar yang terbaik.

*Kalau korang terbaca confess aku ni. Aku mintak sangat korang doakan aku ya. Doakan dia juga supaya dia tak berubah hati dengan aku.

– B (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Nasihat saya, lupakan dia. Kalau dia cuba kembali dan awak terima dia balik, dia akan buat benda sama. Sweet talker mmg begitu.

  2. Saya doakan Allah beri petunjuk yang sangat jelas buat cik. Jika dia bukan jodoh cik, moga Allah lapangkan dada cik untuk terima jalan itu. Maaf nak kata sikit, laki jika betul-betul ikhlas untuk jadikan perempuan tu sebagai isteri, dia akan in relationship dengan perempuan tu ja. Kalau dah ramai perempuan dia tabur kata-kata manis, undurlah diri demi kebaikan jiwa dan mental cik. Jangan menzalimi diri sendiri. Sekarang, cik sukar melepaskan sbb masih ada rasa suka/cinta. Tapi percayalah, lepas cik kahwin dengan lelaki kaki perempuan, cik akan mudah mati rasa dan hilang semua perasaan bila suami tu kantoi lagi. Selamatkan diri sendiri dan utamakan kebahagiaan diri dulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *