Menunggu Kepastian

Assalamualaikum, izinkan saya memperkenalkan diri saya sebagai Aina (bukan nama sebenar). Saya berusia di penghujung 20an. Kisah saya ini berkisarkan tentang kehidupan orang bercinta yang sedang melalui fasa kekeliruan dalam hidup.

Sedih betul bila sepatutnya dah sampai masa perlu berumahtangga, tapi masih menghadapi masalah yang entah apa solusinya. Jadi izinkan saya meluah sedikit rasa untuk meminta nasihat senior2 atau dari orang berpengalaman.

Saya bukan apa, orang kata kalau nak berkahwin tu biarlah dengan orang yang tepat, alang2 sudah mahu melangkau ke usia 30an. Perkenalan lama atau cepat, itu seperti sudah tidak memberi jaminan lagi sekarang. Sedih!

Kisahnya begini, saya mengenali Aiman(bukan nama sebenar) sudah lebih dari 10tahun. Sepanjang masa itu kami sedar akan perasaan satu sama lain cuma tidaklah melebih-lebih seperti orang bercinta yang lain.

Hanya lebih kepada kawan, dan kalau ada jodoh adalah. Selalu juga putus contact disebabkan kesibukan hidup masing-masing dengan sambung belajar sehinggalah ke alam pekerjaan. Dia juga terlalu sibuk dengan macam-macam kerja.

Disebabkan sikapnya yang seperti tidak mengendahkan atau suka berteka teki tiada kata putus, menyebabkan saya mengenali lelaki-lelaki lain juga (sewaktu lost contact tu). Dia pun tahu.

Namun, perkenalan dengan lelaki2 lain tidaklah ke mana pun. Begitulah saya dan Aiman, hubungan kami on off.

Tiga tahun yang lalu, setelah beberapa bulan saya masuk ke alam pekerjaan, kami ada contact semula. Sehinggalah terjadi sedikit terasa hati menyebabkan hubungan kami terputus kembali. Dan setelah itu, saya lebih selesa membujang.

Sehinggalah tahun lepas sebelum pandemic melanda, saya mengenali seseorang biarlah saya menamakan dia Z sahaja.

Ketika hubungan dan perasaan terhadap Z semakin bercambah, Aiman tiba-tiba muncul kembali. Entah kenapa sedikit sebanyak terasa nyaman akan kehadiran Aiman tu. Tapi saya semacam tiada hati sudah terhadap Aiman. Jadi saya meneruskan sahaja hubungan dengan Z.

Dalam masa yang sama saya teruskan saja berkawan dengan Aiman sebab saya fikir kami dah lama kenal, tak mungkin putus silaturahim lagi. Mungkin hubungan kami akan kekal sebagai sahabat.

Sehinggalah sampai satu saat, akhirnya latar belakang Z terbongkar. Dia sebenarnya sudah berkahwin, dan ada anak seorang yang dijaga isterinya. Mereka pjj dari sebelum kahwin lagi.

Saya seperti naik angin, saya memaki hamun Z. Sejak itu hubungan kami jadi keruh dan dingin! Saya tahu Z juga terluka.

Saya pun mula memikirkan Aiman. Adakah kehadiran Aiman ke dalam hidup saya semula menandakan dialah jodoh sebenar?

Saya berfikir lebih baik saya pilih saja Aiman yang masih belum berkahwin dan selesai segala masalah. Tapi hati saya seakan tawar sudah dengan perangainya yang suka berteka teki dari dulu. Saya kebingungan!

Z pula menyepi dan tidak mahu menerangkan apa2. Entah macam mana saya boleh contact isteri Z. Tujuan saya cuma mahu bertanyakan adakah benar mereka suami isteri. Risau juga kalau salah orang.

Berkali2 juga saya tanya isteri Z tapi dia seperti tidak mampu nak jawab. Tiada jawapan yang pasti.

Masa pun berlalu, saya kira biarlah Tuhan yang menentukan. Saya cuba membuka ruang di hati untuk Aiman kembali. Walaupun macam pahit, tidak semanis dulu. Jauh di sudut hati masih teringat2 akan Z!

Tapi nak buat macam mana, dia milik orang. Saya dan Aiman macam kerap berhubung melalui wasap, saya layankan saja dia. Mana tahu rasa suka boleh dipupuk kembali. Walau hati macam berat dan tak ikhlas pun.

Saya paksakan diri jugak untuk berjumpa dengannya. Mana tahu perasaan boleh bertaut semula. Tapi sepanjang keluar dengan Aiman saya rasa kosong dan sedih. Saya teringatkan Z sahaja. Macam Aiman sahaja yang teruja berjumpa saya. Tapi saya.. entahlah..

Sampailah saya berasa tidak mampu memaksa diri lagi, saya berterus terang pada Aiman. Dan Aiman mengerti sahaja.

Sehinggalah masuk tahun berikutnya, saya dapat tahu yang Z sudah bercerai dengan isterinya. Kata Z hubungan mereka sebenarnya sudah lama bermasalah. Bukan sebab saya mereka bercerai.

Lalu saya teringat kembali sewaktu menghubungi isterinya dulu, patutlah isterinya seperti tidak tahu status hubungan mereka, apatah lagi pertahankan hubungannya dengan Z.

Siap bergurau ajak saya bermadu lagi. Tapi itu terlalu jauh dari keinginan saya. Tak mungkin akan terjadi. Tapi siapa saya nak menidakkan kalau itu yang tertulis.

Cuma selagi boleh dielak, kita elakkan. Sebab saya sedar saya macam mana, tak mungkin saya akan berkongsi kasih dengan orang lain. Apatah lagi merampas kebahagiaan orang lain.

Entah kenapa saya seakan menaruh harapan kembali pada Z. Tapi hubungan kami tidak semesra dulu. Dan kami tidak pernah berjumpa pun sejak itu.

Z lebih banyak menyepi. Semuanya seperti pahit belaka. Sakit! saya pun masih ambil masa untuk menghadam semua ini. Aiman pula seperti masih menunggu saya.

Tapi dalam masa yang sama dia setuju saja kalau2 saya mahu berkenalan dengan yang lain. Entahlah.. Macam geram pun ada. Aiman dari dulu seperti terlalu berserah pada takdir, tiada mahu merebut saya pun.

Andai kata Z kembali semula pada isterinya, mudah saja saya undur diri dan terima saja Aiman. Biarlah.. cinta boleh dipupuk. Mungkin lepas kahwin, berserah jela.

Lalu entah macam mana saya boleh contact ex-wife Z buat kali kedua bertujuan untuk memujuknya kembali dengan Z. Dan dia seperti menyalahkan saya pula atas penceraiannya dengan Z. Sekarang saya buntu.

Kalaulah dari dulu Aiman ikat hubungan kami, mesti saya tidak berkenalan dengan mana2 lelaki mahupun Z! Saya jadi sakit hati. Disebabkan perangainya itulah saya mengalami kesusahan sekarang ni.

Sekarang, saya hanya mampu berserah. Pasti ada hikmah atas segala yang terjadi. Susah juga jalan saya menemui jodoh ni. Atau jodoh saya sebenarnya dengan orang lain? Wallahualam..

– Aina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *