Menyampah Dengan Rokok

Salam semua. Maafkan saya sekiranya penulisan bm saya tidak berapa bagus. Sudah lama meninggalkan sekolah menengah & sudah lama tinggal di luar negara.

Mahir bercakap tapi bab penulisan ada slack sikit. Saya sekarang tinggal di malaysia.

So basically, hari ni saya ditegur/kena marah oleh parents & aunty saya sebab asyik membebel pasal neighbours yang merokok.

Mereka sangat risau apabila saya asyik membebel mengenai bau asap rokok yang sampai ke kawasan rumah saya kerana mereka takut saya akan disihir oleh jiran-jiran tertentu.

Manusia, walaupun beragama & mempunyai keluarga sendiri, they won’t hesitate untuk bermain sihir asalkan hati mereka puas. Nauzubillah. Sebab itu, saya selalu dinasihatkan supaya menjaga adab dan mulut saya.

Kami semua daripada bidang medik, so, pada mulanya, memang tidak terlalu percaya dengan benda- benda macam ni , tetapi, apabila ada relatives yang terkena sihir, baru semua percaya.

Back to the story, mereka cakap itu hak jiran tu untuk merokok dalam kawasan private property mereka. Siapa saya nak bising.

Ya, memang private property mereka, tetapi bukankh itu juga hak saya untuk bising & membebel seorang diri apabila asap rokok sampai di ruang udara saya.

Tengah enjoy- enjoy dekat luar, tiba tiba tercium bau asap rokok. Sudahlah saya ada allergic rhinitis, tak boleh cium bau asap rokok. Asap rokok bau lagi tu.

Adakah silap saya apabila saya complain & membebel seorang diri?Suara sya memang jenis kuat. Bukannya saya pergi serang or kacau jiran tu.

Kalau bab mengacau, jiran itu yang mengacau ketenteraman jiran lain dengan bau asap rokok nya.  Saya bukannya menyumpah jiran pun.

“Saya hanya akan cakap. Oh no! Bau asap rokok. Baru nk relax dekat luar. Baik masuk rumah . Bau asap rokok”.

Macam tu saje pun.

Susah betul manusia ni. Takut yang bab sihir tu saja nanti. Benda tu syirik guys..

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *