Menyekat Silaturrahim

Saya ada abang dan isterinya, keluarga saya tiada apa2 masalah sangat pun dengan keluarga abang saya.

Cuma saya perasan, isteri nya membuat batasan kepada anak2 nya agar tidak terlalu rapat dengan keluarga kami sejak anak2 nya kecil dan boleh berfikir (mungkin 6-7 tahun keatas).

Rumah keluarga abang saya dan keluarga saya sangat dekat, kami tinggal di satu taman perumahan dan hanya 5-10 min jarak jika berjalan kaki dari rumah abang saya ke rumah ibu ayah saya.

Jadi sejak kecil anak2 dia suka datang bermain di rumah ibu ayah kami dan sukabermalam tidur dengan atuk dan neneknya.

Mungkin isteri abang perasan anak2 mereka menjadi terlalu rapat dengan kami dan mula melarang anak2 nya bermain dan bermalam di rumah.

Hanya datang bila bersama mereka apabila mereka datang melawat atau ada majlis keluarga, sedangkan rumah kami sangat dekat.

Saya mengesyaki Isterinya takut anak2 dia jadi terlalu rapat dengan keluarga belah suami dan sebab keluarga belah isteri sangat jauh di negeri lain, jadi dia takut anak2 nya menjadi tidak rapat dengan keluarga belahnya.

Contoh setiapkali cuti sekolah dan hari raya pertama pasti mereka akan balik kerumah keluarga belah isteri untuk bercuti (beraya hari pertama di keluarga belah suami kadang2 saja).

Bagi saya ini adalah kerugian buat anak2nya, sebab keluarga kami agak berduit, atuk/ nenek mereka dan kami tidak kedekut untuk keluar duit memanjakan cucunya (seperti beri hadiah hari lahir, etc).

Hari lahir anak pun mereka hanya buat secara tertutup dan tak jemput keluaga kami yang dekat ni.

Lagi satu isteri abang ni suka berbangga menceritakan kehebatan/achievement ahli keluarganya yang pada kami biasa2 saja,

(Kami tak pernah memulakan topic keluarga siapa hebat etc. sebab telah di didik oleh ibu ayah untuk sentiasa merendah diri walaupun berjaya).

Sekarang anak2 dia dah besar dan ada yang sedang belajar di universiti, tapi mereka seperti tidak rapat dengan keluarga kami,

Kami pakcik dan makcik mereka pun malas nak ambil tahu dah kalau mereka dah tak minat nak bermesra dengan kami.

Apapun anak mereka masih hormat kami sebagai keluarga belah ayahnya cuma tidak rapat.

Sekian luahan saya.

– Rimuru (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *