Menyesal Dengan Perkahwinan Ni

Assalamualaikum warga IIUM Confession semua. Aku yakin confession aku kali ni mesti akan mendapat kecaman netizen disebabkan sekarang isu nafkah tengah hot.

Tapi aku tetap nak membuat luahan di sini kerana aku tiada tempat untuk mengadu, tiada kawan dan family yang sudi mendengar, lagi satu risau dituduh membuka aib suami. Di sini lebih selamat kerana tiada siapa yang mengenaliku dan juga suami.

Aku gelarkan suami aku A. Kami sebaya, baru berkahwin setahun lebih, dan aku sedang sarat mengandung anak sulung kami. Perkahwinan kami dibina atas dasar cinta dan keikhlasan yang dia tonjolkan awal-awal dulu walaupun kenal tak sampai setahun.

Aku mempunyai pekerjaan tetap manakala A tiada pekerjaan tetap. Kenapa aku berkahwin dengan dia jika tahu dia tiada pendapatan tetap? Awal-awal kenal dulu dia berniaga dan pendapatan dia lebih besar daripada aku. Jadi aku harap dia boleh jadi suami yang bertanggungjawab.

Sebenarnya banyak red flag yang dia tonjolkan sebelum berkahwin tapi aku abaikan sebab kedua-dua belah pihak dah buat persiapan. Lagipun aku husnudzon dan berlapang dada. Aku anggap jika kita mudahkan urusan orang maka Allah akan permudahkan semua urusan kita.

Selepas bertunang kedua-dua pihak bersetuju dengan jumlah hantaran dan mas kahwin yang keluarga aku tetapkan. Awalnya ayah aku meminta hantaran RM13k tetapi selepas berbincang, hanya RM8k diminta dan RM2k untuk mas kahwin beserta seutas rantai, gelang tangan, dan sebentuk cincin.

Jujur demi Allah, aku hanya menerima sebentuk cincin emas, gelang emas dan mas kahwin sahaja. Wang hantaran tiada disebabkan A tidak sempat kumpul wang.

Aku husnudzon lagi, tak apa lah sebab wang hantaran bukan benda wajib. Barang-barang hantaran banyak aku yang keluarkan duit macam set jam tangan branded (dia yang minta), cincin couple branded (dia minta), set al-quran, sejadah dan lain-lain.

Dia cuma sediakan gelang, kain pasang, dan beberapa manisan. Untuk majlis, aku buat personal loan sebab family aku memang taknak keluarkan wang walaupun sesen. Family aku susah sikit tapi family A boleh dikatakan agak senang.

Selepas berkahwin, suami aku tidak bekerja selama 2 bulan. Aku yang menanggung segala-galanya. Selepas dia bekerja barulah dia start bayar sewa rumah dan bil api air. Itu pun sebab aku minta.

Sehingga sekarang dia cuma bayar sewa rumah dan bil api air. Keperluan lain seperti barang dapur, kereta, minyak semuanya aku yang bayar. Perabot rumah semuanya aku beli guna duit aku.

Oh ya suami aku tiada kereta. Jika makan di luar kadang aku bayar kadang dia bayar. Kalau makan sedap-sedap memang aku yang disuruh bayar padahal dia yang request nak makan itu ini. Makan di warung murah-murah sahaja dia akan bayar.

Aku pergi kerja memang 100 peratus guna duit sendiri, tak pernah sekali pun dia tanya ada duit makan tak walaupun kadang-kadang aku tak cukup duit makan.

Jadi di sini, aku tak dapat nafkah dari segi makan minum, perubatan, dan pakaian. Duit poket memang tak pernah merasa apa lagi duit raya. Baju raya dia pun aku belikan.

Aku sejenis yang suka makan angin. Setiap kali ke mana-mana memang 100 peratus duit aku yang keluar. Minyak kereta, makan minum, penginapan, termasuk kos beli buah tangan.

Kadang-kadang dia request nak beli buah tangan itu ini untuk family dia. Guna duit aku. Senang cakap, hidup dia memang seronok lepas kahwin dengan aku. Semua bini bayarkan.

Tengah mengandung ni memang setiap kali check up aku pergi sendiri. Aku sakit tanggung sendiri, beli ubat sendiri, pergi klinik sendiri. Keperluan baby semuanya aku beli sendiri dan guna duit aku.

A tak pernah tanya perihal barang baby. Teringin juga nak pergi kedai baby dengan suami, pilih barang baby dan suami bayar macam orang lain. Tapi mustahil. Tak merasa la aku.

Dia tahu pergi kerja balik kerja dan waktu gaji bagi duit untuk bayar sewa rumah dan bil api air sahaja. Terpaling provider agaknya. Padahal tak cukup langsung. Bil api air kalau terlebih guna aku juga yang topup.

Sejak awal memang aku tercari-cari peguam yang boleh handle kes tuntutan nafkah, pernah juga aku nekad nak bercerai tapi tak jadi. Aku kesiankan dia, kesiankan family dia. Setakat setahun berkahwin dah 3 kali dia tukar pekerjaan.

Tak cukup duit je aku kena bagi duit makan, duit minyak motor, tolong dia itu ini. Awal-awal memang ikhlas, ni sampai tahap aku kena berhutang nak ikhlas celah mana lagi?

Baru ni aku teringin sangat nak makan buah pelam. Aku berkali-kali cakap dekat dia aku teringin nak makan buah pelam. Bukan aku tak mampu, sebelum ni apa yang aku teringin aku beli sendiri. Tapi kali ni aku nak la dia tolong belikan lagipun aku tahu dia baru gaji.

Tahu apa respons dia? Buat bodo je. Buat tak dengar. Aku tak pernah minta apa-apa dari dia sebelum ni. Aku minta buah pelam saja pun dia buat tak tahu. Entah la apa level aku ni di mata dia.

Apa lagi yang aku kena buat supaya dia hargai aku, sayangkan aku. Nak kata tak cantik, ramai cakap aku cantik berkulit putih, muka ala-ala pelakon sorang tu, badan tak kurus tak gemuk, bekerjaya pula. Entah lah apa yang tak cukup.

A ni walaupun macam ni tapi dia ada kebaikan yang aku tak boleh pejam mata iaitu dia selalu bantu aku buat kerja di rumah. Tak kekok bantu aku vacuum rumah, basuh pinggan, basuh baju, lipat baju dan masak pun dia banyak bantu.

Itu sahaja kebaikan yang dia ada. Sebab tu aku kalau nak minta cerai aku akan kenangkan bantuan dia di rumah. Terus tak jadi cerai. Lagipun ramai dapat suami lagi teruk daripada aku. Suami curang, kaki pukul. Mujur suami aku tak macam tu.

Eh tapi pernah la dia kantoi tengok porn waktu aku berpantang selepas keguguran haritu. Lepas aku menangis-menangis merajuk dia dah janji tak akan buat lagi.

Baru ni aku tak cukup duit, aku bagitau dia. Dia cakap tunggu dia gaji nanti dia topup apa yang tak cukup tu. Hampeh. Lepas gaji je buat senyap. Aku terpaksa korek tabung, korek duit sana sini nak beli makanan. Memang dia sejenis kaki spin juga. Bagi harapan palsu.

Kalau ada yang cakap kenapa aku tak confront dia. Aku pernah cakap depan dia aku tak suka kena tanggung banyak benda di rumah ni. Aku nak dia jadi lebih bertanggungjawab. Lepas tu dia buat-buat sedih, minta maaf, janji tak akan ulangi lagi. Janji tinggal janji sampai aku dah fed up.

Mungkin dah selesa sangat makan duit bini. Aku jenis tak pandai mengamuk. Satu lagi aku mudah kesian. Aku kalau tengok dia tak makan memang aku boleh menitik air mata. Sumpah kesian.

Walaupun hati tak ikhlas tapi aku tak pernah maki dia, hina dia. Aku cuma cakap baik-baik yang aku terasa. Tapi cara ni tak jalan.

Kalau ada yang cakap stop tanggung dia. Aku pernah stop. Tapi end up aku kena mengalah juga sebab dia memang tak akan bayar apa yang perlu bayar. Dia tak ada duit pun. Pernah kami makan, dia buat senyap. Aku cakap pergi la bayar, dia cakap tak ada duit.

Hmm apa-apa pun, once dah tak tahan memang aku akan bertindak minta cerai je. Korang doakan yang terbaik untuk aku. Doakan baby dalam kandungan ni sihat. Kesian dia dapat ayah yang macam ni. Terima kasih korang sudi baca.

– Isteri teraniaya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Aku perasan ramai laki modus operandi mcm ni sekarang, penampilan elok, tunjuk bisness ok depan gf, pakai kete elok, caring (seblm kawen). Target pompuan keje/bisness elok, Lepas je kawin tahu la untung nasib bini. Nk cover dia baik, dia akan buat keje rumah elok2 padahal ala kadar je, acah2 bapak yg baik. Yg bini serba salah ooo laki aku walopon bewak dia bapak baik, rajin tlg keje rumah. HELL NO. kalau nafkah basic pon takleh buat tu dah out of list suami yg baik. Tlg keje rumah adalah bonus. Pompuan sila diffrenciate between basic hb yg baik dan bonus hb yg baik

  2. Stop la tunjuk kau tu berduit. Nak makan kt luar? Sebelum balik kerja kau mkn kenyg2 dulu. Dia kau lantak kan. Tak payah baik hati tapau kan. Balik rumah dia bunyi lapar.. kau suruh la dia beli barang basah. Dia tak beli kau buat senyap je lah. Dia ajak makan kt luar kau ckp la tak lapar. Lantak kan dia. Kan dah terkena kan dia tak nak bayar. Hadap org mcm ni kena kreatif bnyk. Sbb diorg pun kaki putar mcm bangla tu ha.

    Kau pun kena tunjuk kau tak berduit mcm dia buat. Kena keras kan hati nak ajar spesis bayi tua mcm ni. Kau pun boleh stop dah kot makan angin sana sini. Teringin sgt.. pergi mkn angin dgn family kau ker.. BFF ker.. ckp nak me time. Tipu kau outstation ker.

    Lepas ni duit kau tu simpan untuk expense anak. Stop la beranak dah kalau suami mcm ni. Ada anak lg bnyk kau nak fikir. Yearly fee taska anak pun dah beribu. Monthly baby sekarang dh 700-800. Expense yg kau keluar tu simpan/rekod.

    Aku pernah baca dlm ni.. setiap kali isteri tu bayar kan dia akan WhatsApp amount tu kt suami dia. Tulis situ hutang. Tunjuk black and white kat laki kau tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *