Menyesal Di Kemudian Hari

Assalamualaikum. Saya tertarik dengan cerita majlis kahwin versi barat. Tapi tu tak bermakna saya bersetuju utk buat majlis ala barat. Cuma saya setuju dengan cara untuk buat majlis dengan jemputan yang sedikit. Bukan taknak menjemput semua tapi bergantung pada bajet la. Saya dan suami baru je berkahwin beberapa bulan. Tapi kami dah berhutang sana sini sampai terpaksa gadaikan barang kemas untuk bayar hutang. kalau ikutkan hati saya dan suami,kami kalau boleh nak buat seringkas mungkin. Sebab kami sedar, lepas kahwin, kami perlukan duit yang banyak untuk bina kehidupan.

Tapi baik dari family saya dan family suami, mereka kalau boleh nk buat besar-besaran. Masa majlis belah saya,family saya minta duit hantaran berbelas ribu ringgit sedangkan suami saya tidak mampu utk bagi duit hantaran banyak tu. Mungkin dorang nampak suami saya dari family yg agak senang. Alasan dorang, hantaran sebyk tu sesuai dengan taraf pendidikn saya iaitu degree. Oleh kerana keciankn suami, saya ajk suami buat loan untuk jaga maruah dan air muka suami. Belum kahwin, dh terpaksa hutang. Family pulak bukan jenis boleh bawak berbincang. Itu baru belah family saya.

Belah suami saya pulak,family mentua pun nak buat besar-besaran. Jemputan saja kt beribu. Alasan mereka,sebab adik beradik suami pun buat majlis jemputan beribu2. jadi kami pun kena buat majlis yang grand sama seperti adik beradik yang lain. Lepas kahwin, memang kewangan kami agak tak stabil. Jadi suami kalu boleh nk bt seringkas mungkin sebab fikirkan duit yg agak kurang. Sebelum majlis, family mntua ade beritahu nak sponsor beberapa benda. Tapi bila tinggal beberapa hari sebelum majlis, alih2 tak jadi nk sponsor. Suami ape lagi, dah pening kepala untuk dapatkn duit beribu ringgit dalam masa beberapa hari utk bayar itu ini. Gaji kami tak la banyak sangat..simpanan lps kahwin pn tak banyak sangat.memang x lepas nak bayar semua benda yang family mentua suruh ambik.

Suami saya ada jugak mintak pertolongan adik beradik dan juga kawan yang pernah berhutang dengan die. tapi hampa sebab masing2 lepaskan tangan. Kawan yang berhutang dengan die pn lebih kurang sama. Bukannya nk bayar hutang tapi dimarahnya pulak kt suami saya. Oleh sebab terlalu sedih tgk keadaan suami, saya offer untuk gadaikan barang kemas saya. Syukur Alhamdulillah walaupn terpaksa gadaikan barang kemas, sekurang2nye kami dapat bayar segala hutang majlis kahwin kami. Dan setiap kali kami dapat gaji, duit gaji kami hanya digunakan untuk bayar hutang sehingga kami tidak mampu untuk menyewa rumah sendiri dan trpaksa menumpang rumah mentua.

Untuk ibu bapa kt luar sana, sebelum letakkan hantaran anak perempuan dan buat majlis untuk anak,fikir la budget anak. Jangan disebabkan terlalu fikir pandangan orang disekeliling, anak2 yang jadi mangsa. Kesian la kt anak2 yang terpaksa bergadai sana sini dan berhutang semata2 untuk laksanakan impian anda untuk buat majlis yang grand. Tak perlu letakkan syarat taraf pendidikan anak, pangkat dan gaji anak untuk dapatkan hantaran yang tinggi.

Luahan seorang anak yang terpaksa tanggung hutang selepas kahwin.

– Adilan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit