Menyesal Kahwin

Assalamualaikum semua..

Aku Puspa, seorang suri rumah berumur lewat 30-an, ibu kepada 3 orang anak. Aku tak tahu nak luah kat mana, luah kat suami pun macam tak function. Alih-alih aku juga yang salah.

Before kahwin, aku bekerjaya, gaji memang besar, aku hidup mewah, boleh bagi duit kat mak aku, adik-adik aku, anak buah aku.

Tapi bila aku decide nak kahwin, bakal suami aku cakap syarat nak kahwin kena berhenti kerja, sebab dia tak suka tinggal bandar.

Lagipun dia kena jaga mak dia, adik beradik dia semua perempuan which is dia anak lelaki tunggal. Okay, kerana sayang aku turutkan.

Asalnya dia memang taknak kahwin lagi, tak ready, tak cukup duit, macam2 alasan dia bagi. Tapi aku paksa juga sebab masa tu umur aku dah dekat 30an, aku taknak digelar anak dara tua.

Sekarang dah 5 tahun aku duduk kampung. Terperuk kat kampung. Aku menyesal.

Mak mentua aku baik, takde masalah cuma masalah dia terlalu pengemas. Bila aku masak, aku sepahkan barang-barang dia marah. Dia tak marah kat aku direct, tapi dia akan cakap kat laki aku, suruh tegur aku. Alah, nanti aku kemas lah.

Lepas tu, kat rumah tu memang dia yang masak. Tak nafikan dia masak sedap. Aku mengaku aku memang tak reti masak. So, memang hari-hari dia yang masak.

Barang2 dapur pun memang dia keluar duit. Dia hidup dengan pencen arwah ayah mentua aku. Lagipun anak-anak perempuan dia kerja hebat2. Tiap- tiap bulan masukkan duit utk mak mentua aku.

So, takkan la dia nak berkira duit belanja lauk, kira fair la kiteorang laki bini kena jaga dia kat rumah kampung ni kan. Lagipun gaji suami aku bukan besar, nak beli pampers susu anak2 lagi.

Aku selalu mengamuk sebab stress dengan anak- anak. Tapi mak mentua aku selalu tolong jagakan anak- anak aku kalau aku nak buat kerja, pergi mana-mana, yela dia bukan ada kerja lain nak buat.

Tapi aku bengang kalau dia marah anak- anak aku buat sepah. Adat lah budak-budak. Aku geram, aku ajak suami aku pindah rumah tapi suami aku taknak. Berkeras nak duduk sini.

Dia kata kalau pindah rumah memang duit tak cukup. Nak bayar sewa rumah, beli barang dapur, bil2 lagi.

Aku stress betul, susah sangat ke nak faham yang aku nak duduk sendiri. Kalau duduk sendiri aku nak sepah dapur pun takde orang bising, anak aku nk sepah rumah pun takde orang marah.

Ini bila anak- anak dari bandar balik, sibuk nak kena kemas rumah. Konon malu rumah sepah, alah, diorang pun ada anak lah, mesti diorang faham kenapa rumah sepah.

Sumpah aku menyesal kahwin. Duduk kampung. Suami pulak jenis tak memahami. Aku nak duduk rumah sendiri, susah sangat ke nak faham. Mak dia tu, pandai la anak-anak lain gilir-gilir jaga.

– Puspa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. entahla nak cakap apa. dari awal sebelum kawin dah tahu keadaan suami, teruskan juga. siap paksa. pastu menyesal. apo la. teruskan je la hidup. dah itu pilihan yg dibuat.

  2. Akubsuka rumah orang pengemas sbb aku pon pengemas orgnnya.

    Ko kena fikir camni kak, kalau ko stress tak dpt nak rileks bila sepah, ko rasa mak mertua ko tu tak stress ke bila duk dgn org yg rilek sepah?

    So isu kecik ni pd aku senang je, ko kena kreatif dan pndai nak letakkan stress tu kt tmptnya.

    Kalau mak mertua tu tak bg anak2 ko sepahkan rumah, sediakan satu ruang utk anak ko bersepah kt situuu je, ko pakat la dgn mak ko.

    Aku kalau dgn anak2 mmg bg rules gitu.Pastu da seminggu tak tahan tgk ruang sepah tu, aku suh anak aku kemas brg2 sendiri.

    So tak yah stress kak.

    • Kasihannya suami dan mak mertua dia dpt menantu mcm dia ni! Jenis manusia x berayukur.mst mereka oun menyesal dpt tt sbg isteri dan menantu.sendiri nak kwen sendiri nak meroyan.

  3. laki kau dah bagi syarat awal2,
    sayang punya pasal,kau pun setuju.
    sekarang nak meroyan pulak.
    padan muka kau.
    😂

  4. Itulah harga yg perlu dibayar sebab cinta punya pasal.
    Dah tau keadaan dia macam tu, you yang paksa-paksa kahwin.
    Hadaplah.
    Kerana sayang turutkan, maka kena hadaplah sampai bila-bila. Dah tu stress? sampai selamanya nak duduk di takuk tu? Cuba la fikir sesuatu untuk tak hadap stress tu. Buat something kat diri sendiri supaya boleh berubah jadi lebih baik.

  5. Banyak dah confession makcik baca, rata-rata yang pernah bekerja kemudian berhenti sebab anak atau kawin, semua akan menyesal… sebab tu tolong lar wanita di luar sana, jangan berhenti kerja sebab kawin atau anak, sebab bila once you dah berhenti kerja, the husband will clips your wings and end up macam tu lar menyesal dan meratap.

    Sentiasa akan ada cara untuk kita urus anak dan rumahtangga walaupun kita dah kawin. Jangan ladikan alasan kawin dan anak untuk berhenti kerja.

  6. Tu lah pemikiran org Malaysia, kawin pun sekadar tangkap muat asalkan dpt status “berkahwin”. Kawin pun entah sapa2 je, kalau kenal pun sekejap je asalkan sekadar cukup syarat utk larikan diri dari status “bujang” sebelum 30. Hujung2 menyesal, cycle mcm ni berulang lah sampai bila2. Tulah dpt kes pelik2, kawin dgn bagla lah, warga asing x ada permit lah. Hujung2 kene tangkap, kene hantar kt negara asal. Pastu bila dh ada anak, hilang punca pendapatan. Meraih simpati utk bantuan

    Berbeza sangat dgn orang luar negara, ada je diorang kawin umur 40 ++ asalkan diorang memahami partner dan ada chemistry. Kalau kawin awal pun sbb ada isu kemiskinan, berkahwin utk mencari penjaga. Diorang pun x ada nya kawin sekadar tangkap muat semata2 nk larikan diri dari status bujang.

    Disclaimer: ni based on pemerhatian aq. Luar negara tu aq merujuk kepada negara maju. Ada ja negara lain mcm Malaysia, ada lagi teruk

  7. ko kena muhasabah diri kak,belajar mengakui kesilapan dan memperbaiki diri sendiri dari asyik menyalahkan orang lain.untung dapat mertua pengemas,rajin masak.

    aku tak nampak masalah lain selain diri ko sendiri yang punca segala masalah.bukan luahan,tapi buka pekung diri sendiri,harap ko berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *