Menyesal Kemudian Pendapatan

Salam semua, aku tak tahu sama ada, korang pernah alami macam aku. Apa yang aku rasa sekarang ni ialah perasaan marah, geram, kecewa dan rugi.. Ye, rugi sangat.

Waktu ni umur aku 13, aku ada sorang akak umur umur 15 tahun dan adik umur 10 tahun. Pada aku keluarga kami ni boleh di katakan sederhana pakai makan cukup dan rumah sewa. Alhamdulilah.

Waktu umur aku 13 tahun ni makcik aku ajak ayah aku meniaga jadi diorang pun meniaga. Diorang pun setuju 50/50 mak aku pun siap tolong tambah duit untuk ayah.

Jadi diorang meniaga mula-mula ni buat kedai printing, diorang jumpa katanya spot baik kawasan budak universiti dekat kawasan tu 5-6 ipta/ipts dalam 30km.

Akhirnya baru setahun memang dah nampak ye, untung dia sebab student memang perlu banyak benda nak print semua.

Diorang siap ada macam 4-5 pc untuk yang nak datang buat assignment sebab kawasan tu cyber cafe jauh, kedai print lain pun jauh tapi kedai makcik dan ayah aku jalan kaki 5-10 minit sampai.

Lepas setahun dah update dari setakat print assignment student upgrade buat banner.

Makcik aku ni memang dia dah banyak idea dia sendiri kalau datang rumah dia cerita macam² idea bisnes.

Alhamdulilah sejak tu keluarga kami senang dari setakat menyewa dah dapat beli rumah.

Lepas masuk tahun ke-4 meniaga akhirnya ayah aku ni tiba-tiba dia nak macam tarik diri. Dia cakap sebab nampak makin banyak kedai printing jadi dia takut.

Tapi makcik aku yakin kan dia yang tak jadi masalah sebab tempat diorang ni bukan setakat print assignment. Tapi boleh print kad kahwin, kotak, dan banyak lebih kurang 20-30.

Tapi ayah aku ni dia macam paranoid dia cakap takut kalau bankrupt ke. Kami ni satu keluarga selalu cakap doa je yang baik ayah insha Allah tak ada apa-apa.

Makcik aku pula dia waktu ni dah start meniaga makanan frozen pula. Ajak ayah aku tapi ayah tak nak jadi dia pun dekat rumah dah start beli freezer besar tu letak barang frozen.

Tapi, ada satu bisnes yang makcik aku nak buat. Dia ajak ayah aku meniaga online waktu ni kira macam orang tengah sibuk beli barang dari China sampai penuh lori.

Makcik aku ajak ayah aku pergi cina tengok barang dan beli penuh satu trailer, sewa warehouse dan cari pekerja untuk jual online.

Ayah aku dia takut, dia cakap makcik aku ni aggressive sangat. Akak aku waktu ni memang suruh ayah buat je sebab dia cakap sekarang ni barang online memang famous betul dan apa lagi barang dari cina.

Tapi apa jadi? Dia tarik diri. Ayah aku pun cakap dia nak cari jalan meniaga sendiri sebab dia macam takut kalau ada benda tak baik jadi.

Lepas berbulan makcik aku dan kami sekeluarga yakin kan ayah tapi dia tetap tak nak makcik aku pun kasi ayah aku jumlah wang yang besar makcik aku pun meniaga sorang.

Bayangkan dia pergi ke China ye, semua orang macam takut dia ke sana, tapi makcik aku dengan tenang pergi sana berbincang. Lepas hampir sebulan baru selesai dan balik.

Waktu ni kami semua ada pergi warehouse makcik aku barang memang penuh satu trailer tu. Makcik aku kali ni memang aggressive dari warehouse, printing, makan frozen dan dia buka cafe sekali.

Senang cerita 2023 ni makcik aku ni boleh di kategorikan “kaya” ayah aku pula lepas tarik diri dari meniaga dengan makcik aku dia kerja 9-5.

Duit yang makcik aku kasi dia kata nak meniaga tak jadi katanya “takut” eloklah simpan. Tapi simpan pun berapa sahaja ayah aku bukan dia reti melabur duit ke apa.

Aku selalu lah kalau borak dengan akak aku dengan adik kalau ayah aku ikut je makcik aku meniaga confirm hidup senang.

Bukan apa, makcik aku ni asal duduk setinggan satu bilik ye tapi kumpul duit dan jual segala barang kemas dan motor nak start meniaga.

Setahun pertama meniaga tu dia duduk rumah setinggan tepi air pasang nak simpan duit punya pasal. Sekarang ni baru siap buat rumah, beli tanah lepastu bina banglo ada video rumah makcik aku dekat tiktok.

Memang orang cakap rezeki makcik aku. Tapi hakikatnya lebih kepada ayah aku tak percaya diri dia dan makcik aku.

Makcik aku ni dia bukan tak pandai ye belajar sampai degree dan dapat award sebab sentiasa dekan setiap semester.

Ramai lah saudara mara yang setiap kali berkumpul cakap ayah aku kalau dia tak takut dulu meniaga dah kaya raya. Benda dah nak jadi dan rugi sangat,

Makcik aku dah ada rancangan dia sendiri tapi ayah aku dia terlalu takut asyik fikir bankrupt duit hilang,

Sekali awak tahun ni dia kena scam dengan kawan rapat dia RM6500 sebab percaya sangat.

– Sai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *