Sebelum mula, saya menulis ni hanya untuk meluahkan perasaan saya sekarang selepas menerima result medical check up. Rasanya tak salah pun meluahkan.
Jika rasa bosan boleh je skip & baca artikel2 lain. Pilihan di tangan kita tanpa perlu memberikan komen yang negatif seperti judge & comparing with other.
Saya berusia 30 an, single & da bekerja di KL selama 11 tahun. Saya seorang introvert masa sekolah & masa belajar. Saya memang ada perasaan yang sangat insecure dengan diri hinggakan pernah rasa nak bunuh diri sebab dipulaukan oleh kawan2.
Ayah saya bekas tentera. Dulu masa dia muda, dia memang garang gila & panas baran, kami adik beradik cukup takut dia.
Kalau dia marah memang dia akan keluarkan ayat2 yang makan dalam, sampai saya memang down la, rotan la adakala dia lempar barang2 kat rumah.
Abang sulung saya ni sindrom down. Saya anak kedua dari 4 beradik. Jadi tanggunjawap anak sulung jatuh dekat saya.
So, memang ada cabaran menjaga abang saya ni sebab dia ni ada tantrum dia juga, umpama menjaga baby & kanak² usia 3 tahun walaupun dia da besar.
Ayah saya ni pemikirannya macam lelaki dulu2, ayah suami adalah raja, isteri & anak2 adalah orang gaji. So kat rumah memang dia je yang selalu bagi arahan. Kerja rumah ke, uruskan adik2 saya dan mak saya selalunya.
Terus terang saya memang bencikan dia dulu & anggap dia macam ayah tiri saya. Masa saya berusia antara 2 atau 3 tahun, dahi saya pernah terkoyak sebab ayah saya hempuk kepala saya dengan Teddy bear saya masa tu.
Dahi terkoyak sebab hidung teddy bear tu kene kat saya. Saya masih ingat kejadian tu tapi saya tak ingat rasa sakit sebab terkejut kene hempuk dengan ayah saya.
Saya tak ingat la apa lagi yang teruk saya pernah kene dengan dia setiap kali mood dia tak baik.
Pernah kene rotan dengan tali pinggang askar yang besar & tebal dari dia hanya disebabkn adik saya keluar rumah main dengan kawan2 dia & saya tak jaga betul2. Masa tu saya berusia 8 tahun.
Ya saya tahu & akui salah silap saya sebagai anak tetapi rasa sukar la nak terima apabila dipukul teruk macam tu bila dapat tau dalam Islam tak boleh rotan sampai mencederakan anak2.
Rasanya disebabkan rasa down & insecure sebab ayah saya pernah cakap saya ni bodoh, lembap & hidup menyusahkan orang.
Mak saya pula suka bandingkan saya dengan anak2 orang lain dari segi kepandaian & kerajinan. Walhal saya ni “assistant” dia & ayah juga. Jadilah saya seorang introvert yang rasa dirinya tak berguna.
So insecurity saya ni yang berpanjangan sampaila ke zaman sekolah, universiti & bekerja, saya jadi introvert. Saya tak pandai backup diri bila kawan2, coworker mengambil kesempatan, mengeluarkan ayat2 yang menyakitkan hati.
Saya pernah depression di uni kerana cabaran2 yang perlu di lalui sampai tak lalu makan beberapa hari & pointer drop selama beberapa semester. Tapi saya bangkit semula & berjaya juga tamatkan pelajaran.
Di alam, pekerjaan pun saya menghadapi cabaran & depression kerana nak adapt dengan office culture, toxicity. Nak berhenti masa tu mak ayah tak bagi. Tanpa saya sedar saya jadi toxic selama beberapa tahun.
Tapi sedikit demi sedikit saya mula berubah mindset apabila saya bertemu dengan kawan2 yang berbeza tempat kerja apabila saya sambung belajar iaitu secara belajar secara sambilan di Uni kerajaan.
Mereka ni yang banyak bantu saya & memberi sokongan. Dan di sini juga la saya belajar self management & stress management. So from introvert saya jadi ambivert kerana saya dapati saya suka giving a speech & berinteraksi dengan orang.
Sebelum covid & PKP, saya seorang yang selalu menjaga kesihatan, workout seminggu at least 2 kali & menjaga kecantikan. Apabila PKP dilaksanakan, saya kene datang office sedangkan rakan2 lain dapat bekerja di rumah.
Alasannya laptop tak cukup. Company saya adalah company swasta yang agak gah di negara kita juga. Dan saya juga lihat team2 lain dapat pula laptop Walhal mereka masih baru berkhidmat.
Kerana sedih layanan dari management yang saya anggap tak adil masa tu, selama 6 bulan saya kene pergi office dalam keadaan depression. Almost setiap hari saya menangis. Sejak dari tu pun saya da tak workout masa tu & makan pun tak jaga.
Untuk pengetahuan, saya tinggal sendiri di rumah yang saya beli sendiri 5 tahun lepas. Mak ayah menetap di kampung di utara.
Saya pernah cuba call mak dan ayah nk sembang2 & luahkan perasaan masa tu tapi baru je nak sembang dia cakap dia busy ada hal. Mak saya pun sama juga sibuk.
Masa saya depression tu, saya di tahun akhir belajar juga. Saya terpaksa drop paper research.
Everyday, bukan sahaja menangis, saya rasa nak cucuk dada saya sebab rasa sakit di dada & panas baran.
Saya ambil keputusan untuk pergi sesi kaunseling. Sedikit demi sedikit membantu saya untuk bangkit semula. Dan saya juga berjumpa dengan ustaz untuk rawatan saka, kerana saya baru tau rupanya saya ada saka.
Alhamdulillah, sehingga kini saya boleh katakan saya da OK kalau nak dibandingkan sebelum ni.
Cuma, baru2 ni saya baru dapat keputusan medical checkup. Pertama, saya da overweight kolestrol tinggi perlu jaga makan dan exercise.
Kedua, ada cyst di ovari saya, Dr cakap tak serius sebab agak kecil tetapi perlu buat annual ultrasound untuk monitor saiz cyst tu. Ketiga, ada ketumbuhan kecil dekat payudara saya yang tak dikenalpasti & akan dirujuk pada pakar.
Walaupun result tak la teruk di mata orang lain, tapi saya rasa ada sedikit down kerana tak handle stress, depression betul2 saya da mula dapat masalah2 kesihatan ni.
So sekarang, saya sedang cuba untuk kuatkan diri & mental saya untuk konsisten jaga kesihatan saya seperti dulu sebelum PKP. Hopefully sakit saya ni tak menjadi worst di masa akan datang.
Doakan semoga urusan saya dipermudahkan & semoga penyakit saya sembuh. Btw, saya da pun redha dengan apa yang ayah saya buat kat saya masa tu. Saya anggap ni ujian saya.
Saya doakan juga pada anda2 di luar sana agar dipermudahkan segala urusan anda. Aamiin..
Sekian..
– Fatima (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit