Menyesal Mengumpat

Hai dan Assalamualaikum.

Aku perasan page ni macam sendu je dah dengan confession2 menarik. So, aku cubalah nak taip satu kisah yang memang betul-betul jadi pada aku dalam 2-3 tahun lepas. Ini kalau admin tak publish maksudnya cerita aku ni syok sendiri la. Hahahaha.

Dulu aku belajar dekat satu universiti kat Melaka. Kampus aku tu ada dua fakulti. Kira share fakulti la. Jadi untuk menjaga sensitiviti mana-mana pihak, aku akan guna ayat/perkataan cover dan ada yang diolah sikit lah. Kalau tak memang tahu lah aku yang buat confession ni. Hahahaha.

Akak yang aku nak cerita ni tak sama fakulti dengan aku. Kalau tak salah aku, aku Tahun 3 kot dia masa dia Tahun 1. Akak ni memang satu kampus tu memang kenal la dengan dia. Sebab dia sangat pelik. Aku syak dia ada masalah kesihatan kot. Tapi tak tau la kan. Banyak lah benda2 pelik akak ni buat atau memang dia semulajadinya begitu yang membuatkan kami kenal sangat dengan dia.

Antaranya :

1.Memang selalu sorang2. Kalau tiba2 nampak dia dengan orang lain tu macam ajaiblah.
2.Dia memang datang awal dan balik lambat atau memang dia sebenarnya tak pernah balik pun. Hahaha. Serius. Sebab mak cik cleaner banyak kali terserempak dengan dia mandi dalam toilet tingkat 5 dan naked. Ye betul. Naked. Siap mintak tolong mak cik tu ambikkan sabun kat luar. Ada sekali tu, terserempak dengan lecturer. Lecturer tu bagitahu admin, pastu macam mana entah. Dia kena panggil la cek semua tu kan. Kecoh gak la time pagi2 tu. Petang tu nampak dia balik dengan parents dia.

3.Ada satu tempat lepak, ada meja kerusi semua la. Students memang akan lepak situ la sementara nak tunggu kelas ke discussion ke kan. Tapi ada satu tempat kat penjuru menghala ke dinding, tempat tu dah macam jadi port dia la. Seharian memang barang-barang dia kat situ. Dengan laptop apa semua. Memang tak pernah hilang pulak tu barang dia sebab memang dia akan biar je semua tu kat meja tu bila dia pergi mana-mana.

4.Budak kelas dia ada jugak cerita, pernah beberapa kali jugak terserempak dengan dia berjalan kaki malam-malam dalam jam 10 ke atas macam tu sorang2. Nampak dari gaya dia memang macam baru balik dari fakulti. Budak2 yang terserempak tu risau la jugak kan, almaklumlah fakulti kitaorang kampus luar, so asrama luar dari kampus. Jalan nak balik tu gelap woi. Dahlah perempuan. Dengan kilang banyak, banyaklah foreigner. Ajaklah dia naik nak tumpangkan. Tapi dia marah, buat tak layan. Dia macam jadi orang lain. Bila dah beberapa kali kena macam tu, takdelah budak2 ni nak ajak tumpangkan kalau terserempak.

5.Satu lagi akak ni, aku rasa aku dah terserempak dengan dia hari2 kalau aku kat fakulti. Dan setiap kali jumpa, dia akan tanya aku soalan yang sama. Hahahaha. Kadang2 ada jugak dia borak sikit2. Tapi apa dia borak tu mengarut la. Aku layankan je la.

6.Cara dia pandang orang kan tajam gila. Dengan mata bulat dia tu sambil cakap sambil dia tenung kau dengan muka yang serius. Mak ai. You know that feeling. Ditambah pulak dengan cerita2 yang aku dengar pasal dia. Hahahaah.

6.Klimaksnya ada satu hari tu. Macam biasa aku pergi ambil air. Dan2 pulak time aku ambik air kat mesin coway tu dia pun datang ambik air. Berbasa-basi la kan dengan dia. Entah macam mana, dia puji aku. Dia cakap dia boleh rasa aku ni baik dengan tengokm fizikal aku. Tengok air muka aku, mata aku. Dia tahu aku ni baik orangnya. Dia cakap dia boleh tahu orang tu baik ke jahat. Memang kaw2 dia puji aku. Rasa nak bangga perasan tu takde weh. Memang meremang la dengan mata dia tenung aku sambil cakap tu. Kenal pun tak tiba2 dia puji macam tu. Tak salah aku esoknya kot, aku pergi ambik air lagi dengan sorang kawan aku. Aku citerlah peristiwa yang terjadi kat aku semalamnya kan. Dan2 time aku cerita tu aku terlampau bersemangat. Dengan ulang balik apa dia cakap. Bodoh betul aku time tu. Nak mengumpat pun sorok2 la sikit. Hahaha. Masa tengah syok2 cerita tu, tiba-tiba dia datang nak isi air jugak. Terkaku aku ngan member aku time tu. Dia tak ambik pun air. Cuma dia cakap, ayat dia general tau tapi memang makan dalam lah. Kalau tak salah aku ayat dia lebih kurang macam ni la “Adik, tau tak antara tanda-tanda orang yang tak masuk syurga? Antaranya munafik. Depan cakap lain belakang cakap lain”. Aku terpempam masa tu. Member aku dah gelak senyum kambing dia kat aku. Hahahaha. Masa dia blah tu, aku pergilah kejar kan, cakap sorry semua tu. Malu+kesian dengan dia+kesian dengan diri aku. Hahahaha. Tapi dia tak layan weh. Dia buat bodoh je. Lepas je peristiwa tu, aku memang dah jarang terserempak dengan dia. Adalah jugak terserempak 2-3 kali tapi dia dah tak tegur2 aku macam dulu2. Aku je lah cakap hai dan senyum kambing aku. Dia buat bodoh je.

7.Aku pun tak tau apa jadi dengan akak tu sekarang. Sebab aku dah tak de dah kat kampus tu. Pengajaran untuk aku, jangan nak ngumpat2 orang. Berdosa tau. Huhuhu. Satu nak bagitau, dari pemerhatian aku, akak ni nampak macam sgt well educated sebenarnya. Kita boleh nampak dari penampilan dan cara die bercakap. Bila dia speaking, English dia sangat bagus. Aku rasa maybe dia dah kerja sebelum ni dan sambung belajar kat sini.

8.Aku harap akak tu baik2 je. Kalau dia memang betul2 ada masalah kesihatan, aku harap dia dapat rawatan yang betul. Kalaulah akak baca confession ni saya nak mintak maaf kat akak. Lepas peristiwa tu, ada satu penyesalan dalam hati saya. Kenapalah saya tak ikhlas nak cuba kawan akak. Serius.

Okaylah tu aje. Bye.

– Dot Dot

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit