Pilihlah lelaki yang ikut status korang.
Dulu aku rasa macam kena tipu. Lelaki yang kini suamiku kata keluarganya sederhana tapi ternyata miskin.
Kalau kau bermentuakan orang miskin baik, memang kau takkan sengsara. Dapat orang miskin yang hanya memikirkan duit walaupun semua benda suami kau bayat, memang kau akan sengsara.
Suami kau akan gunakan kemiskinan atau kekurangan harta sebagai alasan apabila dia melebihkan keluarga di sana atau pun bila kau mengandung dan mengalami alahan teruk alasan dia tidak menghiraukan kau sebab keluarga.
Bil keluarganya jatuh kepada kau. Kakaknya yang janda dan dua anaknya pun menjadi tanggungjawab kau. Kau tak ambil anak dia outing pun kau akan dimarahi.
Kau akan dimarahi sebab kau orang luar dan mereka tak akan pernah berkongsi cerita dengan kau. Setiap harijadi kau tak akan di sambut. Sedangkan ucapan bodoh2 pun tak dapat.
Kau akan dianggap berlagak hanya kerana keluarga kau lebih senang. Kau akan dianggap seperti sampah sebab terpaksa jadi suri rumah.
Bertahun-tahun hadap. Semakin lama makin muak. Menyesal tak terkira.
Jika aku tahu ni situasi keluarga. Takkan aku kahwini sampailah tugasnya sebagai anak “harapan” selesai. Supaya aku tak dimomokkan sebagai orang luar yang makan duit anak.
Aku penat. Aku dalam keadaan mengandung ni rasa taknak dah mengandung.
Andai gugur, aku pun rasa okay sebab aku tak perlu lagi jadi penghalang untuk keluarga mereka. Aku tak perlu susahkan mereka dengan alahanku.
– Bumil penat (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
MasyaAllah, puan, saya tahu tak mudah nak hadapi masalah rumahtangga apalagi dalam keadaan hamil tpi puan jangan stress². Minta bantuan keluarga puan untuk bantu puan. Saya doakan urusan kehamilan dan kelahiran anak puan akan dipermudahkn oleh Allah. Banyakkan selawat sambil niat minta bantuan Allah. Terus semangat puan. Jaga kandungan baik-baik.
anggapan org luar ni dah biasa buat kita menantu perempuan..semoga puan jadikan ank dlm kandungan sebagai penguat semangat puan..keluar la dari perkawinan jika suami tidak kisahkan hati puan kerana lebihkan keluarga sendiri.
Sebab itu pentingnya sekufu dalam perkahwinan.. terutamanya dari sudut pemikiran, latar belakang dsb..barulah perkahwinan itu terasa tidak membosankan dan pasangan ibarat teman karib..
Saranan saya, selepas melahirkan, awak boleh lah bekerja, ada pendapatan sendiri.. ada own savings..usaha..kita tidak tahu apa akan jadi selepas ini sebab tu eloklah beringat & sediakan payung sblm hujan..
Sbb inilah, sya akn cuba nasihatkn ank saya.., klaw dpt pasangan dari kalangan org ‘miskin’ yg ‘bersyukur’ dan beragama atau org yg berada, tp tidak sombong serta ‘pemurah’.. mmg kita kna pilih pasangan or menantu yg benar2 ‘sesuai’, krn perkahwinan ni bkn nya sehari dua, klaw bole seumur hidup seseorang tu, kan.. ada je kluarga org yg hanya meminta duit dari anaknya.. sya pernah dengar seorang ibu berkata kpd anknya, “kmu x balik pon xpe, asalkan kirim duit yg cukup utk kami..” ..dlm keadaan ekonomi skrg ni, kdg2 blanja utk kluarga ank tu sendiri pon kdg2 xckup, lain la klaw semuanya kerja besar or buat biz yg ‘maju’ mcm tu.. klaw ank tu sesekali balik ke kampong spt waktu raya ke, lg bnyak ‘blanja’ yg perlu dikluarkan, spt membeli daging n brg2 lain utk raya.., duit raya yg ‘bnyak’ juga perlu disediakan utk ibubapa, adik beradik serta ank2 sedara yg lain.., klaw x diberi akn timbul lah isu2 lain spt; ank lebihkn kluarga pasangan nya, ank xingat jasa mak ayah dan mcm2 lg.. itulah dunia r/tangga dan realiti yg prlu dilalui.. x hairanlah knp ramai ank2 muda skrg yg ‘stay single’.. dt gaji utk diri mrk sendiri je, ckup mkn dan pakai apa yg mereka perlu je, xperlu nk blanja utk pasangan, ank2 or kluarga pasangan mereka, sbb mmg utk diri sendiri pon mcm ‘ckup2’ je, mcamane nk ‘blanja’ utk org lain lg.. lama2, generasi akn dtg akn ‘pupus’ krn xde or kurang keturunan sbb ramai yg ‘takut’ nk berkahwin, sbb mcm cerita ni la.. wallahu a’lam bissawab..
Saya taknak suruh puan bersabar. Saya tahu puan dah lebih daripada sabar selama ni. Saya cuma harap puan buat keputusan betul-betul dan saya doakan semua urusan puan dipermudahkan. Ada hikmah untuk semua ni, percayalah.