Menyesal Rampas L4ki Orang

Terima kasih admin siarkan kisah aku ini. Nama aku Fiza (bukan nama sebenar). Aku tak pandai nak cerita jadi aku luahkan sahaja apa yang aku rasa.

Aku menyesal rampas laki orang. Dengan suami pertama dahulu aku dapat nafkah isteri zahir batin cukup. Duit gaji aku tak usik sedikit pun sampai aku ada wang simpanan lebih RM50 ribu.

Tapi hidup kami sederhana sahaja. Suami pertama aku pakai myvi. Aku pun pakai myvi yang suami pertama aku hadiahkan. Duit minyak kereta suami pertama aku sediakan.

Ringkasnya aku tak perlu fikir pasal masalah kereta dan masalah rumah. Semua suami pertama aku sediakan.

Kemudian aku join omi apps. Aku berkenalan dengan seorang lelaki duda bernama Hafizan (bukan nama sebenar) Hafizan menipu aku kata dia duda.

Dia ceritakan kisah yang sangat buruk tentang bekas isterinya. Kesimpulannya bekas isteri dia hodoh, pemalas, pengotor, gemuk dan semuanya yang tak elok. Hafizan puji aku cantik, rajin dan baik. Aku tak laa cantik sangat.

Hafizan memandu kereta mewah. Dia pakai kemeja mahal. Aku percaya cakap Hafizan dia kaya dan bekas isterinya mata duitan.

Aku dan Hafizan terlanjur beberapa kali. Aku tipu suami aku yang aku berkursus pada hujung minggu. Tapi aku ke hotel bajet dengan Hafizan.

Kami kena tangkap basah. Suami pertama aku tak mahu ceraikan aku. Suami aku menangis tapi dia maafkan aku. Aku pun pelik. Suami pertama aku tak pukul aku pun. Dia maafkan aku. Suami pertama aku memang penyabar.

Aku masih curi-curi jumpa Hafizan. Kemudian aku kena tangkap basah kali kedua. Kali ini suami aku datang jamin aku dengan bapa aku. Suami pertama aku lepaskan aku dengan cara baik depan bapa aku dan dia tutup aib aku kena tangkap basah dari anak-anak.

Habis sahaja edah aku bernikah dengan Hafizan. Rupa-rupanya Hafizan juga baharu selesai bercerai dengan isteri kedua dia. Hafizan kata dia nakkan aku dan dia sudah jemu dengan isteri keduanya dan Hafizan tak tahan dengan bekas isterinya yang jahat.

Aku dan Hafizan sama-sama tak dapat hak penjagaan anak kerana kes khalwat kami. Kami macam orang muda baharu pertama kali kahwin. Cuma aku pelik Hafizan tiada kereta lagi.

Rupa-rupanya bekas isteri Hafizan ambil semula kereta mewah itu kerana kereta itu atas nama bekas isteri Hafizan. Aku pun bagaikan penyelamat termakan pujukan Hafizan.

Aku beli kereta mewah untuk kami kerana kereta myvi aku pun bekas suami pertama aku ambil semula sebab nama dia dan aku tak bayar bulanan pada bank. Pertama kali aku buat loan kereta mewah sebab ikut kehendak Hafizan. Bulan-bulan aku bayar.

Hafizan cerita dia ada perancangan bisnes besar dan perlu beli lori untuk angkut barang. Aku bayar deposit lori dan bulan-bulan aku bayar.

Aku anggap ini pengorbanan aku untuk lelaki berjaya yang cintakan aku. Aku bagi duit lagi untuk bisnes Hafizan yang dicuri bekas isterinya. Kasihan Hafizan kena mula dari bawah semula kerana bekas isteri pertamanya yang jahat.

Beberapa bulan selepas bernikah. Aku cerita kisah buruk bekas isteri pertama Hafizan kepada rakan sekerja aku.

Rupa-rupanya rakan sekerja aku kenal bekas isteri pertama Hafizan. Ramai orang kenal dia. Rakan aku puji bekas isteri pertama Hafizan baik dan disukai semua orang.

Aku tak percaya. Rakan aku tunjuk gambar di instagram. Astaga.. Jauh bezanya cerita Hafizan dengan gambar-gambar bekas isteri Hafizan yang aku lihat. Rasa nak terjojol biji mata aku.

Bekas isteri Hafizan sangat cantik. Aku lihat video dia bercuti dengan keluarganya di resort mewah suaranya sangat lemah lembut. Dia tak gemuk. Pakaiannya kemas dan nampak mahal kerana dia pegawai berjawatan tinggi bukan surirumah mata duitan seperti kata Hafizan.

Bekas isteri pertama Hafizan tak peduli hal aku bila aku sengaja ganggu dia. Dia block terus tanpa cakap apa-apa walaupun dia tahu aku bini orang yang kena tangkap basah dengan bekas suami dia.

Aku sengaja taip surat peguam dan upload di facebook aku dan facebook Hafizan konon aku saman dia.

Peguam dia hantar video hubungan s*ks aku dengan Hafizan semasa aku masih berkahwin dengan suami pertama aku dan minta aku berhenti ganggu bekas isteri pertama Hafizan.

Bekas isteri Hafizan sudah tahu lama aku buat hubungan dengan Hafizan. Dia ucapkan terima kasih kerana aku berjaya buatkan Hafizan lafaz talak dan ceraikan dia dahulu. Peguam dia nak saman aku sebab buat surat peguam palsu.

Syarikat peguam yang aku guna alamat dalam surat saman palsu itu pun saman aku. Aku kena bayar denda RM60 ribu kerana menggunakan nama dan alamat peguam tanpa kebenaran. Aku buat loan lagi.

Bekas isteri pertama Hafizan tetap tak peduli pada aku. Dia dan anak-anak dia block aku di semua media sosial. Dia kata dia dan anak-anaknya takkan berbaik dengan aku sebab aku banyak fitnah dia.

Aku fitnah dia sebab aku nak tarik perhatian dia. Dia ramai followers. Aku nak followers dia kenal aku. Tapi dia kedekut followers dan tetap tak sebut nama aku di facebook dia. Jadi orang tak kenal aku. Berlagak barangkali sebab sekarang dia janda kaya.

Aku tengok sijil cerai pertama Hafizan yang mahkamah syariah cuba sorok dari aku. Mereka bercerai di luar mahkamah. Hafizan kata dia lafaz talak tak sengaja pada bekas isteri pertama dia tapi hakim sabit cerai.

Aku sedih apabila aku baca sindiran bekas isteri pertama Hafizan di facebook. Dia balas apa yang aku upload tentang dia. Dia tulis ada penyondol ingat dia dapat berlian tapi rupa-rupanya dapat batu jamban.

Akulah tu. Dia mengata aku sambil dia ketawa ramai-ramai dengan kawan-kawan dia. Aku sedih. Dia tak faham aku nak berbaik dengan dia.

Dengan suami pertama aku jarang masak. Sebab suami pertama aku tak nak aku penat. Semua suami pertama aku belikan atau masak guna duit suami pertama aku.

Dengan Hafizan aku kena masak guna duit aku. Hafizan cuma tahu makan. Kalau aku sengaja tak masak dan biarkan rumah takde makanan. Hafizan tak kisah. Dia boleh tidur berjam-jam dengan perut lapar.

Hafizan kemas rumah depan kamera sahaja. Snap gambar dia pegang penyapu atau pegang senduk. Kemudian dia sibuk dengan handphone.

Semua benda dalam rumah duit aku. Dengan suami pertama aku tak pernah keluar duit. Dengan Hafizan aku makan goreng pisang saki baki makanan Hafizan yang dibeli dengan duit aku. Hafizan hari-hari minta pinjam duit aku tapi tak pernah bayar balik.

Aku malu dengan mak bapak aku. Jadi bila aku balik kampung aku bagi Hafizan duit macam Hafizan yang beli semua benda tapi sebenarnya itu duit aku. Aku cuba buatkan Hafizan nampak baik macam bekas suami pertama aku.

Sekarang semua duit simpanan aku dah habis. Kereta mewah aku kena tarik sebab aku tak mampu bayar bulan-bulan.

Aku tak mampu lawan bekas isteri pertama Hafizan. Perempuan itu janda kaya. Dia jawatan tinggi dan banyak harta. Dia ada bisnes besar. Tiap-tiap tahun dia bercuti ke oversea dengan anak-anak dia.

Anak-anak dia benci aku sebab aku baru tahu Hafizan burukkan aku pada anak-anak dia. Hafizan kata aku buat ilmu hitam pada Hafizan sampai Hafizan bercerai dengan isteri nombor dua dan aku paksa Hafizan kahwin dengan aku.

Aku difitnah Hafizan. Sebab itu mereka tak nak jumpa aku dan Hafizan.

Aku sedih apabila aku tahu bekas suami pertama aku sudah kahwin lagi. Anak aku cakap bekas suami pertama aku kahwin dengan anak dara.

Anak-anak aku nampak happy sangat dengan ibu tiri baru. Anak-anak aku dah tak nak ke rumah aku sebab memerap dalam rumah sahaja.

Aku takde duit nak bawa anak-anak berjalan. Aku kena bayar banyak loan bank termasuk loan ahlong. Hafizan pinjam ahlong guna ic aku sebagai penjamin dia. Jadi aku kena bayar.

Aku cuba bagi nombor handphone bekas isteri pertama Hafizan pada ahlong sebab dia kaya. Lagi sekali aku kena saman dengan peguam dia sebab aku salahguna nombor handphone dia. Aku tak tahu berapa aku kena bayar lagi. Kes mula bicara tahun depan.

Bekas isteri pertama Hafizan keras kepala. Aku buat salah sikit dia heret aku terus ke mahkamah. Tapi dia tetap block aku. Peguam dia kata dia tak mahu tengok muka aku dan Hafizan. Jadi aku kena tengok muka peguam dia yang jahat suka menyindir aku tu.

Hari ini aku penat balik kerja. Aku tengok pinggan mangkuk dalam sinki tak basuh. Aku dan Hafizan tak jaga anak pun tapi rumah bersepah.

Aku masuk bilik air aku nampak tahi terapung dalam lubang tandas. Perangai Hafizan berak sambil bawa handphone dalam tandas dan sentiasa lupa flush. Hafizan ingat lawak tahi dia boleh buat aku ketawa.

Mula-mula kahwin aku ketawa dan kata “tak apa sayang flush untuk abang”. Sekarang aku tak boleh ketawa dah.

Aku menyesal kahwin dengan Hafizan. Aku menyesal rampas suami orang.

Mula-mula aku ingat aku tinggalkan suami miskin pakai myvi sebab aku layak dapat suami kaya pakai kereta mewah. Rupa-rupanya aku dapat suami biawak hidup yang hisap gam dan suka berhutang.

Aku Menyesal Rampas Suami Orang…

– Cik Fiza (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *