Aku sekarang sudah menginjak 3 siries tapi masih tiada apa-apa lagi dalam hidup.
Mak bapak aku makin lama makin tua tapi aku masih tak mampu lagi balas jasa mereka.
Aku ni boleh di katakan budak yang paling bodoh lah dulu. Jenis lambat pick up senang cerita jenis bodoh lah.
Tapi kerana aku berpegang sangat pepatah “siapa berusaha pasti berjaya” tapi pengakhiran aku tetap macam ni iaitu gagal.
Kalau kena malukan depan cikgu tak payah cakap. Kalau kena perli banyak kali. Bayangkan orang lain umur 19, 20, 21 dah masuk universiti.
Tapi aku masa tu masih lagi repeat stpm. Sebab tak layak masuk ipta.
Umur 23 24 baru aku dapat peluang sambung belajar. Konon nya orang cakap pendidikan jamin masa depan.
Dan sekarang, umur sudah sampai 3 siries aku masih lagi gagal dapat permohonan kerja tetap.
Pointer aku tak lah teruk ada lah 3 point ke atas. Tapi kenapa susah sangat nak dapat kerja tetap.
Aku sanggup kerja apa pun janji ada masa depan kalau kerja berat pun aku dah terbiasa sejak zaman muda dulu tapi tak pernah dapat.
Setiap kali hari raya aku tak balik sebab malu bila orang selalu tanya “kau kerja apa?” Kalau cakap aku kerja tukang kebun tukang cuci kereta mesti kena sound
“Sampai bila nak kerja macam ni” aku boleh di kata kan solat hajat solat dhuha tahajud minta supaya permudahkan aku untuk dapatkan kerja tetap. Tapi macam tu lah gagal tetap gagal.
Permohonan SPA tak payah cakap berapa kali gagal, dapat simpanan pun bila dah expired kena mohon lagi.
Kalau swasta pula nak mahir bahasa mandarin lepas tu nak pengalaman 20 tahun. Tapi kalau aku di beri peluang aku boleh je jadi pekerja yang baik.
Meniaga aku pernah jual air jual jambu jual kuih tapi selalu gagal. Boleh di katakan banyak habis modal aku guna. Pergi seminar itu ini konon nak ubah nasib keluarga dan diri.
Tapi tengok yang hanya bermodal air liur itu lagi berjaya. Start situ aku dah tak percaya yang viral dekat FB seminar. Diaorang hanya sembang lepas tu kaut untung dari kita yang melabur.
Aku bab bisnes memang aku tak pandai tak payah di paksa aku dah cuba macam macam tapi tak pernah balik modal aku pulak yang habis modal.
Cuma sekarang aku rasa menyesal giler sambung belajar hanya tinggalkan hutang.
Malah aku di soud “siapa suruh ambil course yang tak jamin kerja” padahal itu sahaja peluang aku dapat. Kalau ikutkan aku nak sahaja ambil course yang ada peluang kerja.
Aku sekarang hanya jadi mangsa perlian jiran perlian orang masjid perlian bekas cikgu dan perlian sekeliling.
Kalau aku tahu ini nasib aku kenapa lah masa darjah 5 dulu aku tak terjun tingat 3 dari sekolah dulu. Kalau aku mati pun silap-silap tak dosa sebab masa tu aku belum akil baligh.
Aku nak berumah tangga aku kena batalkan hasrat aku. Sebab takkan aku nak bagi makan pasir. Lain lah aku ni status kerja tetap.
Zaman covid pun aku dah rasa terseksa tak boleh keluar cari kerja duduk rumah. Bila dah habis covid ramai kedai lingkup. Simpanan aku habis masa covid hari tu lah.
Orang kerja kerajaan tak apa lah musim covid ke apa ke sampai masa gaji masuk. Itu pun menyalak lagi bebanan kerja bagai.
Entah lah kenapa lah qada dan qadar aku terlalu majal sangat.
Apa yang aku fikir sekarang ni adalah, aku hanya nak mati. Tinggalkan dunia celaka ni. Silap-silap aku masuk neraka. Dunia neraka alama selepas mati pun neraka.
….. aku tak mintak terima majal. Aku dah usaha nak ubah nasib tapi majal tetap tertulis….
Kalau semua masuk syurga siapa masuk neraka kan? Sia-sia lah ada syurga neraka..
– Jalak lenteng (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Saya pun sama cik, rasa menyesal sangat bila sambung belajar. Bila dah habis belajar ni, nak cari kerja yang tetap and sama dengan course yang kita ambil dulu sangat susah dan sangat underpaid. Masa tu saya fikir kenapa saya sambung belajar sedangkan gaji saya sama macam orang lepasan SPM, (saya x merendahkan tau orang yang x sambung belajar lepas SPM) . Cuma tu lah kalau saya tau gaji sama ja baik saya x yah sambung belajar. Then bila orang tanya kerja apa, saya cakap kerja sekian2, mula la mulut2 yang lain berbicara yang cakap asal x kerja yang bagus sikit. Semua kerja bagus makcik asalkan halal. Entahlah. Saya pun ada terfikir kalau saya amik insuran nyawa, then saya mati pastu duit tu bolehla saya bayar hutang kan. Tapi cik jangan putus asa tau, fighting….