Menyesal Sampai Ajal Menjemput

Hi, nama panggilan saya Lara. Saya seorang isteri yang baru melahirkan anak 6 bulan lalu. Itu pun hasil daripada perkahwinan 7 tahun saya.

Ceritanya bermula dimana saya curang terhadap suami saya yang setia dan soft spoken. Akan tetapi, mempunyai tabiat yang suka bermain game dan lebih banyak luangkan masa dengan handphone dan media social.

Selama ini, saya jenis isteri yang setia, menyokong kehendak suami, dan berusaha mendapatkan apa yang suami inginkan, termasuklah benda-benda yang mahal. Sebagai contoh, set desktop dan pc gaming, motor sportbike, go-pro dan bermacam-macam.

Semua ini saya lakukan atas dasar cinta dan kasih serta sayang saya terhadap suami saya. Dan saya juga mengharapkan benda yang sama akan dilakukan kepada saya. Kiranya ‘GIVE AND TAKE’. Tetapi, hasilnya hampa.

Dulu, saya jenis yang degil, selalu menjadi pembangkang kepada suami. Dah nama isteri kan? Sebelum terjadinya kecurangan saya ini, saya isteri yang sentiasa memendam rasa dan berkecil hati atas perbuatan suami saya.

Tidah dinafikan suami saya seorang yang baik, duduk diam2 di rumah, dan bukan jenis yang lepak malam2 dengan kawan-kawan.

Suami saya kerap juga membantu saya dalam hal-hal rumahtangga. Contohnya membasuh pakaian dan menyidai pakaian. Suami saya memang yang terbaik.

Sekarang ini, saya sudah membunuh suami saya sendiri. Saya dah kehilangan suami saya disebabkan perbuatan keji yang saya telah lakukan dulu. Saya telah membunuh jiwa suami saya dan saya hampir kehilangan anak saya yang baru lahir ini.

Ya Tuhan, apa telah saya lakukan??? Memang betul curang itu pilihan dimana hati saya dihasut oleh syaitan. Pada satu malam, saya dengan suami bertengkar disebabkan saya ingin memeriksa hp dia.

Yela, bayangkan, setelah saya membeli set pc gaming, dia dah tak ada masa dengan saya. Kerana masa dia habis terbuang dengan game.

Balik kerja pkul 10pm, dia mandi dan makan, terus main game sehingga ke larut malam. Kadang-kadang tidak tidur seharian sebab leka bermain game.

Perkara ini berlarutan sehingga beberapa bulan. Banyak perkara dia abaikan. Hp dia pun saya tak boleh nak tengok. Masa tu saya dah syak benda tak baik. Terdetik hati saya nak check hp dia dengan merampas hp dia dari pegangan dia.

Malam tu juga kali pertama suami saya menjadi seorang yang saya tak kenal setelah 6 tahun berkahwin. Kebetulan masa tu saya nak mandi lepas balik kerja dan hanya memakai tuala.

Dia mencekik saya sebab saya menganggu privacy dia dan kemungkinan akan menceraikan saya jika saya berterusan dengan sikap saya yang menganggu me time dia.

Selepas bergelut, dia telah mendapat hp dari tangan saya dan tak pedulikan tuala saya yang terlondeh. Dia pun sambung balik main game. Tinggallah saya dengan keadaan b*gel menangis teresak-esak.

Tetapi, kejadian itu saya tak sangat ambil kisah, sebab keesokan hari, dia minta maaf atas perbuatan dia tu. Isteri memang akan cair selepas suami pujuk kan?

Tapi tipulah kalau perbuatan itu tak terkesan dalam hati. Apatah lagi suami ungkapkan perkataan cerai angkara saya merampas hp dia. Hanya mampu pendam jer dan fikir positif.

Setiap kali masa birthday dia, saya sahaja yang beria-ria untuk buat surprise. Ada satu masa, saya berjalan kaki untuk membeli kek dan semua kelengkapan untuk surprise dia.

Masa tu dia tidur sehingga jam 2pm sebab semalaman tak tidur kerana bermain game. Last2, saya hanya jadi jurugambar sahaja apabila tiba masa sesi pemotongan kek dan sesi suap menyuap.

Dia utamakan mak dan bapa dia sahaja sedangkan saya sebagai isteri tukang ambi gambar jer. Saya ingat saya juga akan disuap, tapi tinggal kenangan jer la. Saya makan hati sangat-sangat.

Bila tiba masa birthday saya pula, saya tak harapkan apa-apapun, cukuplah untuk dia ingat haritu hari jadi saya. Itupun susah nak faham.

Saya sudah berbincang dengan suami tentang apa yang saya tak puas hati, tetapi tidak diendahkan. Cincin kahwin yang dia hilangkan pun dia tak terganti.

Disebabkan banyak perkara yang saya makan hati dan pendam sendiri, saya diuji dengan kemunculan lelaki yang ada di hadapan mata saya ketika saya memerlukan. ALLAH….. berdosanya aku sebagai seorang isteri.

Selepas ketahuan oleh suami, suami menyalahkan saya dengan apa yang berlaku walaupun berkaitan dengan kerja di ofis dia. Sales company berkurangan pun suami menyalahkan saya yang membawa sial.

Pendek kata, apa-apa yang berlaku sekarang, suami akan hentam saya dan memberitahu saya yang pembawa sial dalam hidup dia. Dia juga memang menyarankan untuk saya mati.

Dan sekarang ni, saya memang sedang menyimpan duit untuk saya membeli tanah kubur saya supaya tak menyusahkan suami saya.

Dia cakap saya hidup pun tak berguna. Kalau anak tahu saya ibunya, memang dia akan malu dan saya tak layak menjadi ibu kepada anak dia.

Memang semua salah saya. Kata hinaan dan caci maki, tamparan, pukulan yang hinggap di badan saya pun saya dah tak rasa lagi setelah apa yang telah saya lakukan.

Saya tak boleh nak menegakkan sebarang keadilan untuk diri saya sebab saya sememangnya pesalah dan pendosa.

Setiap hari saya mengharapkan saya dicabut nyawa. Setiap hari tu juga saya rasa saya dah tak berguna. Setiap hari mata kembang dan sekarang mata saya kurang penglihatan.

Tapi saya tak endahkan. Biarlah apa yang menimpa saya ini kifarah untuk saya.

Ada ayat yang membuat saya betul-betul ingin mati. Suami saya cakap kalau saya dah cukup kekuatan untuk saya mati, bagitahu dia awal-awal. Sampai macam tu sekali suami saya benci saya.

Sorry sebab dengar luahan dan cerita saya. Saya tak tahu nak meluah kat mana. Ayat pun tunggang langgang. Terima kasih.

Macam mana pun kekurangan pasangan kita, jangan sesekali curang. Nanti menyesal tak kesudah.

– LARA (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *