Assalamualaikum dan Hi semua. Aku seorang student di sebuah institut pengajian awam. Aku dalam tahun 2 pengajian dan sem depan aku masuk tahun 3. Baru lagi dan jauhhhh lagi perjalanan nak pegang segulung ijazah yang diidam idamkan tu. Aku masih lagi tak nampak boleh ke aku survive dalam bidang ni. 4 tahun pengajian plus 9 bulan praktikal. A-ha! banyak lagi dugaan dugaan yang aku tak lalui lagi ni.
Aku science stream student waktu spm dan aku sambung matrikulasi ambil module 1. Result spm aku tak berapa memuaskan. Aku score A untuk matapelajaran tak teras shj. Yang science subjects aku mostly dapat C (belajar memain dulu). Then dapat matrik aku cuba untuk be better me haha and cgpa aku dapat 3.71. Result matrik aku ni tak hebat pun sebab ramai lagi yang lain dapat 4 flat. Tapi level aku yang otak lambat pick up ni kira ok lah untuk buat mak ayah aku happy dan menjemput rasa tak sangka tu, haha.
Waktu isi UPU aku decide nak letak semua science courses lah ofc. Then tuptup ayah aku mintak aku letak satu jeeee satu je, ayah aku tak mintak banyak pun, dia nak aku letak kos undang undang. Sebab aku ni anak yang mementingkan kebahagian ayah daripada kebahagian aku sendiri hahah tiber.. aku pun letak lah tanpa memikirkan kalau dapat nanti boleh ke aku bawak plus minat aku bukan cenderung ke arah itu.
Eh yang tak diundang itulah mengena yuuuol T.T Nangis meraung menjerit semua aku buat dalam hati sahaja lepas dapat result upu tu. Aku tak pernah pun salahkan ayah aku. Aku salahkan diri sendiri. Aku yang buat keputusan tu and plus mak, kakak dan adik aku dah warn jangan ikut cakap ayah aku tu hahahahha aduh aku pun bila diorang cakap macam tu aku back up ayah aku lololol
Dan sekarang ni dah terang lagikan nak bersuluh. Law is not a field that I passionate into. Result aku makin lama makin nazak. Nak tukar kos tapi aku bukan seorang yang berani ambil risiko. Dan parents aku ada stigma yang dapat ijazah pada usia muda is something great. Typical parents akan rasa bangga lah kan. Means bila orang tanya dah habis belajar umur 23 boleh lah the parents tumpang rasa bangga tak banyak tapi sikit pun jadi lah kan.. Astaghfirullah takabaur ini semua. Jangan ikut jangan ikut ish-ish. Takde orang kesah pun sebenarnya.
Masalah aku sekarang ini,
+ Aku tak jumpa lagi cara study yang berkesan untuk kos yang memerlukan daya ingatan dan kefahaman tahap dewa ni.
+ Aku bukan seorang yang suka baca buku atau update dengan isu isu semasa dan tak semasa di Malaysia apatah lagi outsidenya.
+ Aku senang hilang fokus. buat esaimen sikit je dan yang banyaknya faham faham jelah ye.
+ Vocab aku sungguh ke dalam dasar bumi. tak kira lah english ke melayu ke.
+ No motivation. lagi lagi surrounding dengan kelik yang stpm (vocab and essay skill diorang superb), ada yang ada basic law waktu asasi/diploma and orang yang minat dalam bidang ni evendo aliran sains.
+ Introvert depan strangers dan orang yang aku insecure with. im not used to speak infront of others. jadi extra nebes and aku tak boleh fikir dengan betul.
Itu sahaja.
Minta doa kalian agar aku berjaya tamatkan pengajian undang undang ini.
“Semoga confessor ni rajin belajar dan tak putus asa dunia akhirat. Amin.”
– Leka
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit