Menyimpan Diusia Muda

Assalamualaikum, ni dah kali kedua menulis kat sini, harap admin approve la luahan hati saya ini. Okay first sekali, nama saya Tasha. Berusia awal 20 an, saya masih belajar ijazah di ipta yang terletak di sebelah timur malaysia, haaa baru je year 2. Saya hanya nak meluahkan, takde niat nak riak ke apa ke. Harap kakak2 abang2 dapat memberi komen yang berguna untuk saya. Jgn kecam saya tau sbb sy hati tisu, huhuhu. Dalam penulisan ni maaf kalau ayat sedikit terabur sbb saya tak pandai sangat menulis.

Diusia yg muda ni, buat masa sekarang saya berjaya mempunyai simpanan 50k. Semuanya hasil titik peluh sendiri melalui bisnes kecil kecilan yang saya buat sambil belajar. Alhamdulillah rezeki. Nak simpan sebanyak tu bukan mudah, saya terpaksa kawal nafsu shopping, tapi tak susah pun nk kawal sbb saya mmg sejenis yg tak suka shopping. Tapi hidup saya bukan lah nak menyimpan je, 50k tu target saya, lepas saya dah cukup simpanan, mmg nk hold dh menyimpan. Btw saya dah setahun buat bisnes, dari awal sy buat bisness saya dah start menyimpan.

Antara sebab utama kenapa bagi saya penting untuk saya menyimpan diusia begini, sbb skrg saya takde komitmen. Nanti habis belajar, and dah kerja, confirm dah banyak komitmen, bayar kereta, bagi duit kat mak, and mcm2 lagi komitmen. Bila dah komitmen byk ssh untuk saya menyimpan.

Then walaupun saya ni seorang perempuan, tapi saya jarang habiskan duit untuk alat mekap, hahaha, sbb saya tak pandai make up setakat beli foundation. Which is guna 5 bulan pun tak habis, bedak, lipstick, tu jee, and biasa mmg jrg shopping alat mekap, setahun tu ada la 3 kali rasanya beli, hahaha. Sbb tu la saya tak cantikk!!! For skincare pun saya jarang juga spend duit kat skincare sbb alhamdulillah kulit muka saya jarang bermasalah, jerawat pun jarang2 je naik, cuma yelah, nk try juga produk tapi tak tau yg elok mcm mana.

Second walaupun saya suka travel dan kumpul duit untuk pergi travel mana2, hmmm akan tetapi mak tak bagi. So duit travel pun jdi duit simpanan, sedihhh mak tak yakin nak lepaskan anak perempuan dy ni pergi travel. Walaupun masih belajar saya tak de buat pinjaman pun, so mmg duit yuran setiap sem, duit makan guna hasil bisnes saya, alhamdulillah cukup je sbb tak nak menyusahkan parents. Hmmm life saya ni actually agak bosan, tapi takpelah hrap dpt genggam segulung ijazah, which is berbaki lagi 2 tahun.

Dalam hidup ni kita letak Allah no 1, confirm kita bahagia dunia akhirat. Dalam bisnes ni sy pernah kena tipu tau, normal la kan, duit byk habis, tapi sedih kejap je, hahaha. Lpstu fikir tak pelah takde rezeki, nanti Allah gnti lebih lagi, redha!! Hidup kena sentiasa redha, dalam hidup ni kita mmg tak kan pernah lari dari masalah, tak indah la hidup klau tak de masalah, so don’t give up.

Kalau dah tertulis tu rezeki kita, memang akan smpai juga kat kita, mesti Allah tolong. Believe it Allah akan tolong, semua bermula dari niat kita. Kalau niat kita baik, baiklah jadinya, doa tu penting, amalkan amalan untuk dimurahkan rezeki, baca al-waqiah, solat dhuha.

Dalam bisnes, setiap bulan tu kita kena tetapkan target. Dengan adanya target, kita akan susah nk give up. Bisnes ni sangat letih, since saya seorang pelajar, habis je kelas terus bergegas ke pejabat pos untuk pos. Lepastu dgn assignment, test, siapkn order customer, tapi semuanya best kalau kita enjoy. Bagi yang nak tahu saya ni sebenarnya bisnes jual tudung. Okaylah, sekian sahaja dari saya, minta maaf kalau ada saya tersalah kata ke apa. Assalamualaikum.

– Tasha

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *