Assalamualaikum semua, saya saja nak luahkan perasaan dekat sini since dah lama saya pendam. Sebelum menjadi nanah yang membusuk eloklah saya lontarkan keluar.
4 tahun kebelakangan ni rezeki saya dengan alam pekerjaan seakan tidak menyebelahi. 2 tahun PKP saya tidak berkerja kerana diberhentikan.
Tidak mengalah dengan keadaan, dalam pada tidak berkerja di pejabat saya usahakan berniaga biskut ditemani anak nan seorang berusia 2 tahun.
Suami saya ketika ini berkerja di tapak construction. Hasil berniaga tidak membuatkan saya kayaa, tapi pulang modal dan keuntungan berganda.
Dekat sini saya nak tekankan walaupun saya berniaga ia tetap dianggap tidak berkerja dan menghabiskan duit suami. Tapi prinsip saya selagi tidak meminta duit orang jadi saya terus berbuat pekak.
Masuk tahun ke 2, ibu mertua mulai bersuara bilakah saya akan kerja ke pejabat semula? Kerap kali juga beliau memberi saya iklan jawatan kosong yang rata-rata jawatan tu dia main tibai je sesuai ke tak sesuai belakang kira janji saya kerja.
Waktu PKP dan pandemik adalah waktu kritikal untuk anak saya dihantar ke taska mahupun pengasuh kerana anak saya adalah mempunyai masalah radang paru-paru dan lemah antibodi.
Ketika waktu saya berkerja dulu hampir setiap bulan saya terpaksa cuti berhari-hari kerana anak saya kerap masuk ward dan tidak sihat.
Tetapi hal2 begini dianggap sebagai alasan oleh ibu mertua kerana kesihatan anak ni semua benda boleh adjust, nak tak nak je sebenarnya.
Pada awal perkahwinan sehingga tahun kelapan, setiap kali raya saya tidak pernah terlepas memberikan hadiah dan duit raya kepada mertua. Begitu juga dengan hari jadi mahupun hari biasa. Pemberian saya sentiasa ikhlas dan gembira.
Biasanya 3 atau 4 bulan sebelum raya saya akan saving sesiap untuk hadiah dan duit raya ni sebab nak tunggu selepuk gaji mmg tak cukup.
Dengan saving few months tu lah saya boleh belikan kuih raya, tudung baju raya dan duit raya tanpai meminta dengan suami.
Ketika saya tidak berkerja dan hanya berniaga di rumah pun saya tetap memberi. Setiap kali pulang ke kampung pun tak pernah saya lupa membawa buah tangan, kebanyakan buah tangan tu saya order khas mmg untuk bawa balik kampung.
Saya sejenis menantu yang tidak banyak mulut tetapi tidak pula berat mulut. Yang mana datang bercerita saya layan tetapi untuk memulakan gossip definitely bukan saya. Hal-hal mertua pun jarang saya campur jika suami tidak bercerita.
Sepanjang saya tidak berkerja di pejabat tu juga dalam diam saya menerima pampasan, hal ini saya diamkan dan tolong suami mana yang patut.
Hal anak, selagi saya ada duit memang saya tak berkira dari segi ape pun. Baju, mainan, simpanan boleh dikatakan banyak dari pihak saya.
Begitu juga dengan perabot dalam rumah, mana yang husband tak mampu beli saya akan beli. Tapi semua tu sikit pun saya tak pernah cerita dengan sesiapa, bagi saya hal suami isteri mana yang kita boleh simpan, kita simpan.
Hujung tahun lepas, saya berjaya mendapat kerja di sebuah company makanan. Gembira sangat sampai saya cakap dengan suami its time for me to shine gitu kihkihkih. Suami pon janji nak jaga anak sama rata, sedia tolong saya.
Bulan pertama kerja, 3 kali anak demam dan saya yang kena cuti sebab suami tak boleh cuti on the spot. Begitu juga dengan house chores oleh sebab suami saya dah terbiasa saya tidak berkerja jadi dia seakan kekok untuk membantu apa yang patut.
Hidup saya sangatlah kelam kabut dan stress, selagi saya tak minta tolong suami tak rasa nak tolong dan lama2 saya jadi malas nak minta tolong. 3 bulan probation, performance saya mmg kelaut dalam hanya kerana cuti saya melebihi had.
Pernah ketika anak demam suami memberi solusi untuk meminta ibu mertua jaga, tapi ia lebih menambahkan beban kerana anak saya tidak sembuh-sembuh,
Saya dekat pejabat kena fikir kena order lunch dan dinner untuk mereka yang dekat rumah, kalau tak order ibu mertua saya takkan memasak dan anak akan lapar.
Bila saya siap masak awal pagi kadang-kadang sampai petang lauk tak berusik, alasannya sebab anak cakap tak nak makan.
Cukup 3 bulan probation dan ketika berkerja suddenly saya seperti diserang heart attack. Dada saya tiba2 panas dan sukar bernafas sehingga dikejarkan ke hospital. Alhamdullilah, saya tidak mengalami penyakit jantung tetapi doctor beritahu ia adalah disebabkan hypertension.
Tak habis disitu, pulang dari majlis keluarga anak saya disahkan positive covid with simptom, demam terlalu panas dan saya jugalah yang harus cuti menjaganya kerana suami memberikan alasan beliau tidak boleh lagi cuti berikutan telah cuti quarantine 7 hari pada bulan lepas.
Habis tempoh quarantine anak, saya pulak disahkan positive dan ini bermaksud saya telah bercuti quarantine selama 2 minggu.
Hal ini sangat tak boleh diterima oleh syarikat dan yeah, mmg bad performance peluang nak permanent pun tipis. Entahlah rasa down, rasa tak berguna rasa bodoh semua ada.
Anak saya berterusan tidak sihat semenjak dijangkiti covid, house chores kelaut, performance kerja kelaut, hari-hari menengking anak menjerit dekat suami dan akhirnya sebelum saya gila, saya ambil keputusan untuk resign.
Hidup saya kembali berniaga dari rumah. Suatu hari ketika bulan puasa, saya kemalangan bersama dengan anak selepas cod kuih raya tapi nasib baik kami tidak cedera parah.
Oleh sebab suami tak dapat datang segera jadi saya dengan anak naik tow truck ke bengkel uruskan apa yang patut.
Usai urusan barulah pulang dengan suami, ketika ini suami kelihatan moody dan rupanya beliau telah bergaduh dengan ibu mertua.
Suami serahkan telefon untuk saya baca dan fahamkan kenapa mereka bergaduh. Kita ni dahlah baru lepas eksiden, bawak anak lagi bila baca perkara yang menyakitkan hati memang rasa sedih yang amat.
Dalam mesej tu ibu mertua seakan sudah tak tahan dengan kehidupan kami yang kelihatan sangat biasa dari orang lain yang tidak berpendidikan tinggi.
Turut disebut-sebut banyak kali ialah kehidupan kami tidak lavish dan luxurious adalah kerana saya tidak berkerja, tak boleh buat loan dan tak boleh nak support suami saya membeli kereta dan rumah yang lagi mewah.
Ketika ini lagi beberapa hari nak raya, ibu mertua seakan malu jika kami pulang kampung dengan masih membawa kereta yang berusia 8 tahun itu. Petang tu ibu mertua block number kami semua takmo mengaku kami anak.
Saya ni rasa ralat dan sakit hati sebab kuih raya, hadiah raya, duit raya semua saya dah siapkan. Sedih hati sebab kuih raya bukannye murah dan kite ni prepare berbulan dengan ikhlas untuk memberi.
Mereka pun pulang ke utara senyap-senyap tak bagitau suami dan raya kami bersuram duka.
Nak cakap pasal terasa, hati saya mmg terasa setinggi langit ketujuh. Saya ni nampak hina dan berdosa sebab tak kerja.
Oleh sebab terasa dan makan hati, kuih raya semua tu saya bagi sedara mara, tudung raya yang saya plan untuk hadiah tu saya pakai sendiri dan duit raya saya buat shopping beli toys anak.
Since that walaupun kami dah berbaik selepas suami naik pangkat namun hati saya tetap keras, takde lagi buah tangan atau apa2 hadiah saya berikan. Nak cakap saya berkira atau takde duit pon lantak situlah.
Saya cukup terkesan dengan hinaan dan pandangan dalam senyap. Hati yang berkecai tidak mungkin bercantum semula.
– Lynda (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit