Assalamualaikum w.r.b. Aku tak tahu bagaimana nak mulakan confession ni. Just go on apa yang terlintas.
Aku berusia 30an dan telah berkahwin, tapi belum dikurniakan anak sehingga sekarang. Tidak perlulah aku nyatakan berapa lama aku TTC (trying to conceive).
Everytime aku cakap, akan ada yang reply yang dia lagi lama, orang lain lagi lama. Yes I know that thank you. Tapi setiap orang lain perjalanannya. Bagi yang dah lama TTC macam aku ni, entah lah. Tak tahu nak cakap apa perasaan ni.
Sejak akhir2 ni aku cuma rasa nak menghilangkan diri dari dunia ni. Aku dah penat. Aku tak tahu dengan siapa lagi aku nak luah. Aku rasa tiada siapa faham perasaan aku. Dalam perjalanan TTC aku melalui beberapa fasa.
Fasa pertama aku masih positif, keep on trying, tak risau sangat. Enjoy saja marriage life. Dan kemudian fasa kedua dimana aku a little bit concern dan mula usaha dan berikhtiar secara biasa-biasa saja disamping solat hajat dan doa.
Dan bermula fasa ketiga aku goyah, mula mencari-cari dimana aku patut mendapatkan rawatan, aku mulakan treatment secara serious, habiskan duit beribu-ribu, berurut sana-sini, moden dan tradisional semua aku cuba.
Produk-produk yang bagus untuk kesuburan hampir semua aku beli. For my case, it is unknown reason. Mengikut doctor yang merawat aku, katanya masalah infertility ni 33% daripada wanita, 33% lelaki dan selebihnya unknown reason.
Maksudnya tak jumpa lagi punca medical kenapa tak dapat mengandung. Semen test for my husband is normal, aku pula tiada masalah apa2. Haid teratur, berat badan normal, tiap2 bulan ada ovulation, hormone test normal, no blockage fallopian tube.
Ini antara test yang terawal sekali aku buat sebelum rawatan yang lebih berat dan mahal. Masa tu aku terfikir oh alhamdulillah kami berdua normal Cuma belum ada rezeki.
Tapi sekarang aku lagi stress sebab tak tahu apa punca tak dapat mengandung ni. Suami aku dah minta aku stop rawatan dulu sebab tak sanggup tengok aku menanggung kesakitan
Kemudian aku memasuki fasa redha. Ya aku redha belum ada zuriat. Aku bersyukur dapat suami dan mertua yang alhamdulillah baik sangat2.
Mak mertua aku, kakak dan adik2 ipar aku very supportive, tak pernah keluarkan kata2 yang melukakan hati. My parents and siblings apetah lagi.
So yes… aku redha. Aku bersyukur dengan nikmat lain yang Allah bagi.
Nikmat keluarga, rumah yang baik, tempat kerja yang baik dan gaji lumayan, tak pernah ada isu kewangan, kesihatan aku pun baik saja. Aku dan family members aku alhamdulillah tak pernah kena covid lagi setakat ni.
Tapi lama kelamaan, fasa redha itu hilang. Aku tak tahu apa punca. Makin hari aku makin terluka. Orang-orang disekeliling aku baik sangat so aku tak ada terluka dengan manusia. So dengan sape?
Aku terluka dengan Allah. Kecik hati dengan Dia. Marah. Aku persoalkan takdir aku.
Ya aku tahu hanya seorang hamba yang hina, siapalah aku untuk mempersoalkan kehendakNya. Tapi hati aku tak dapat menipu rasa yang aku rasa.
Kenapa kawan-kawan aku dah bertambah-tambah anak nya. Tak boleh ke ambil satu rezeki anaknya itu dan bagi ke aku? Dia dah ada anak beberapa orang, bagi lah aku pula satu.
Ada kawan aku gugur, tapi tak lama lepas tu lekat balik. Dah selamat bersalin pun. Aku ni usahkan gugur, mengandung pun tak pernah. Kenapa aku tak boleh ada anak? Jahat sangatkah aku? Aku tak layak jadi ibu ke?
Aku cuba ikhlas dalam setiap solat dan ibadat aku tapi sejak akhir2 ini aku cuma mampu berdoa,
Ya Allah, aku mengakui kebesaranMU dan kekuasaanMU, aku mengaku engkau Tuhan aku dan aku hanya hamba. Tapi hati ni terasa sedih dengan ketentuanMu terhadap aku.
Itu sahaja doa aku. aku tak minta apa2 dah. Perasaan aku ni macam merajuk dengan Allah. Faham tak? Sayang tapi marah. Kecik hati. Haa camtu lah.
So sekarang aku tiap kali solat aku rasa sedih sebab aku tahu aku menghadap Dia tapi aku tak nak mintak apa-apa dah dengan Dia.
Bukan sebab sombong, tapi sebab kecik hati. Aku dah tak puasa sunat, dah kurang baca Quran, dah lama tak bangun tahajud. Tolong nasihatkan aku untuk hilangkan rasa ni. Semalam aku breakdown lagi. Suami aku sabar sangat orangnya.
Layan saja isteri nya ini yang tiba2 menangis, tiba2 mengamuk. Aku pernah cakap dengan dia kalau nak kawin lain pon boleh, aku rela. Aku akan undur diri sebab aku tak mampu nak berkongsi cinta dia.
Suami aku marah. Dia minta jangan cakap lagi pasal ni. Dia kata dia tenang hidup begini.
Seronok bila tiada komitmen anak2. Kami pun bebas bercuti kesana kemari tanpa perlu melayan karenah budak2. Dia boleh layan hobi dia dan aku pun sama.
Jauh disudut hati aku, aku lega dengan jawapan dia. Aku tak nak dia kawin lain. Aku harap sangat dia stay dengan aku sampai tua.
Malam2 bila dia tidur, aku tenung muka suami aku lama2 sambil mengalir air mata. Sebak. Betapa sayangnya aku pada dia dan betapa sayang dan baiknya dia pada aku.
Tapi, mampukah dia bertahan dengan aku hingga akhir usia. Kuat kah cinta kami sampai akhir hayat kalau tak ada zuriat? Macamana kalau ada wanita lain muncul tanpa diundang dan menyentuh hati dia?
Aku dah lama tak active social media aku sebab aku tak mampu tengok update kawan2 tentang anak2 yang makin membesar, keletah2 comel mereka.
Aku cuma guna fake facebook profile untuk masuk group TTC, deko dan sebagainya so aku tak tengok benda2 yang sensitive dari friend list aku.
Whatsapp status aku dah mute kawan-kawan yang selalu sangat update psl anak2. Bukan aku benci, aku cuma down dengan diri sendiri, rasa worthless sebab tak mampu mengandung zuriat sendiri. jangan salah faham dengan aku. Kadang-kadang aku ada juga terbayang.
Kalaulah Allah tentukan aku dapat anak masa umur dah nak hampir menapous nanti, aku tak tahu aku happy ke tak. Aku minta dah lama tapi Dia tak bagi.
Tapi bila aku dah redha and nak enjoy life waktu tua aku tiba2 dapat baby yang kena jaga dengan komitmen tinggi dari segi tenaga dan masa serta didikan.
Mampukah aku? Akan gembira ke aku dengan kurniaan anak diwaktu tua. Aku tak pasti lah sebab sekarang aku dalam fasa ‘merajuk’ ni jadinya semua nampak negative.
Bantulah aku untuk keluar dari fasa ni dan redha kembali. Aku sedih sebab aku rasa macam ni dengan Allah.
Aku tak tahu berapa lama aku akan macam ni. Aku tak suka bila hati aku dah keras. Sekarang solat aku atas rasa tanggungjawap sebagai kewajipan orang islam sahaja. Tapi tiada roh dan jiwa.
Aku nak jadi orang yang betul2 happy dan redha dengan Allah. Orang yang berjiwa besar dan tenang, orang yang bahagia.
Korang, doakan aku dapat zuriat ya… Mungkin ada juga yang akan kecam mungkin sebab tak memahami perasaan aku sekarang.
Its okay. Inshaallah kalau admin post confession ni aku akan baca komen2 yang positive sahaja supaya terubat sedikit jiwa ini. Yang negative aku akan abaikan.
Terima kasih…
– Qistina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit