Merangkak Cari Aku di Padang Mahsyar

Assalamualaikum, pertama sekali, terima kasih kerana memberi kesempatan dan ruang untuk aku menulis di ruangan Confession ini. Namaku Aryana, bukan nama sebenar. Aku berasal dari Utara tanah air. Berumur lingkungan 25 tahun.

Aku ingin menceritakan kisah aku disihir berkali-kali oleh orang yang tidak takut kepada Allah SWT.

Aku tidak mahu bercerita secara terperinci bagaimana kejadian yang berlaku terhadapku. Pada mulanya, aku ke Hospital untuk mengambil ubat, ingatkan aku mempunyai simptom yang tidak diketahui, muntah dan lain-lain. Seminggu selepas itu, tiada perubahan pada diriku.

Aku berikhtiar untuk berubat secara rawatan Islam. Dari situ, dapat kesan yang aku terkena sihir buatan orang. Iaitu santau tuju. Bergenang air mata aku selepas dapat mengetahui perkara sebegitu. Namun aku kuatkan semangat dan terus berdoa kepada Allah SWT, moga dengan izinnya, aku kembali sembuh.

Sebulan kemudian, aku masih tiada daya, aku tidak boleh makan, akan muntah, aku tidak boleh tidur nyenyak, selalu terjaga pada waktu malam. Diuji dengan jin serta iblis yang mengganggu hidup aku. Aku pernah terdengar bunyi benda jatuh di atas bumbung rumah, aku pernah melihat kelibat hitam seperti sedang mengikut aku.

Aku juga pernah bermimpi ular tedung selar, tengkorak, mimpi bayi menangis dan bermacam-macam lagi bentuk mimpi yang mengerikan. Tapi hati aku kuat menghadapinya. Surah Al-fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi serta Ayat-ayat Al-Quran yang lain tidak pernah lekang di bibir.

Aku diuji , dengan penghantaran sihir lagi, iaitu dari orang yang sama. Merata tempat juga aku ikhtiar untuk berubat. Alhamdulillah, hampir enam bulan aku menderita sakit ini dan aku bersyukur aku dapat kembali nikmat makan.

Namun, kesan-kesan daripada Sihir itu amatlah dirasai sehingga sekarang. Tapi aku selalu ingat, Allah menyebut dalam Al-Quran, dalam Surah Al-Baqarah, Allah tidak membenani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Setiap kali selepas solat, aku minta bersungguh-sungguh dengan Allah SWT, aku menangis, merayu kepadanya agar doaku termakbul. Setiap hari juga, aku amalkan untuk membaca Ayat Manzil , selawat Syifaa’, selawat Tafjriyah, mudah- mudahan Allah ringankan serta sembuhkan segala penyakit yang ada di dalam tubuh badanku.

Aku kenal orang yang menghantar sihir kepadaku, apabila setiap kali berubat, Ustaz akan cakap benda yang sama, juga aku mendapat petunjuk melalui mimpi-mimpi. Pada mulanya , aku terkejut dan tidak menyangka orang yang berbuat sedemikian ialah bekas Supervisor sendiri, sekolah lama aku , aku menangis setelah dapat mengetahuinya.

Cuma, aku tidak sesekali akan memafkan orang yang berbuat sebegitu sehingga aku jatuh sakit. Kau jawablah dengan Allah SWT nanti, merangkak cari aku di Padang Mahsyar, kesian sangat dengan isteri kau dan anak-anak disebabkan oleh perbuatan terkutuk kau ni. Semoga suatu hari nanti, Allah memakbulkan doa aku, iaitu orang yang buat ni akan cari dan minta maaf denganku. Serta insaf dan kesal di atas perbuatan syirik yang telah dilakukan.

Aku juga berharap cerita aku ini diviralkan sehingga pembaca itu sendiri, iaitu bekas Supervisor dapat membacanya. Sekian Terima Kasih.

– Aryana Bukan Nama Sebenar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *