Merdeka Seorang Isteri

Salam. Hi semua. Aku tak tahu nak start kisah aku dari mana, dan part mana yang pembaca boleh ambil pengajaran.

Tapi aku cuba juga menulis memandangkan esok aku akan diceraikan.

Jadi, kisah perjuangan aku untuk keluar dari perkahwinan yang bukan untuk aku ni, aku memorikan disini. Kalau tulis di wall FB satgi kang membuka aib banyak pihak pula.

Jadi, aku decide untuk tulis disini sebagai kenangan terakhir bergelar isteri (buat masa sekarang HAHA).

Nama Aku Wafda (bukan nama sebenar, aku suka nama ni, sebab maksudnya yang baik bila aku baca dalam quran), berusia awal 30an, punya dua anak lelaki dan sudah 9 tahun memegang status sebagai isteri.

Untuk pengetahuan, 9 tahun lepas aku decide untuk kahwin muda, sewaktu sem akhir diploma. Sebab jenis aku tak suka bercinta bertahun-tahun.

Aku bagi pilihan dekat bakal ex aku dulu, nak kahwin atau nak berpisah. Sebab aku tak suka bercinta lama-lama, dia pilih nak kahwin dengan aku.

Maka, bermulalah kisah perjuangan aku untuk merdeka selepas nampak red flag dalam keluarga mertua.

Sebelum berkahwin, Aku dah usulkan yang aku nak putuskan pertunangan, sebab aku dah nampak red flag keluarga mereka, di mana mereka tak suka aku dan tak terima aku.

Aku dapat rasa melalui cara layanan mereka pada aku dan keluarga aku sewaktu kali pertama bertemu empat mata. Sangat lah sombong ya mak ayah dia. Terutama maknya.

Bila bercakap langsung takde eye contact. Riak wajah membenci tu nampak sangat.

Jadi aku tanya bakal ex aku, mak dia terima ke aku ni, Aku rasa macam something wrong.

Pastu dia tanya mak dia, punyalah solehah jawapan mak dia ,

“Ummi tak kisah pun dengan siapa anak ummi nak kahwin, asal bahagia”. 

Cis.. Lepas akad nikah mak dia terus cakap dekat mak aku dengan angkuhnya, 

“Saya ni bagi kahwin takut jadi benda tak elok ja, kalau tak saya tak bagi”.

Can you imagine my mum’s hearts? Memang terasa giler lah, dah serupa aku yang kebulor nak kahwin dengan ko pulak.

Selepas akad, bermulalah kehidupan jatuh bangun kami.

Aku malas nak cerita zaman struggle tu, tu kena buat part 2. Hehe. Aku nak cerita perjuangan kemerdekaan aku je sekarang ni.

Bila aku masuk dalam famili dia, kakak-kakak dia dengan takde common sense directly cakap diorang tak suka aku. Aku dijadikan bahan kutukan tu biasa dah.

Paling menyedihkan ex aku mengiyakan. Langsung tak defend aku dengan alasan bodoh dia, “saya ni tak pandai bercakap depan orang macam awak”.

So dia tolak aku je untuk defend diri sendiri bila famili dia mengata aku dan mengfitnah aku. Motif diorang tak suka aku ni satu je, sebab jeles dan dengki.

Ex aku tu anak kesayangan ramai, berbekalkan wajah takde dosa dia, memang ramai takkan sangka perangai dia lagi teruk dari orang jahil.

So, famili dia tak puas hatilah aku yang takde apa-apa kebaikkan (cite by sudin, 2023) ni dijadikan pilihan hidup.

Oh ya, aku cite nama bapak dia sebab bapak dia pernah cakap dekat parents aku yang aku ni takde kebaikan apa langsung, anak dia je baik. Hahaha.

Isu mak bapak dia selalu menyerang mak ayah aku ni lagilah tak boleh brain kalau aku cerita. Tu sebab at the end mak ayah aku fight untuk aku merdeka.

Aku ingat ayah aku cakap, perkahwinan ni kalau dapat suami je tak berguna boleh tahan lagi, tapi kalau mai pakej makpak dia sekali tak berguna, nak stay buat apa lagi..

Sejenis aku sebelum mengalah aku try hard buat yang terbaik.

Untuk 9 tahun ni, aku dah try hard ambil hati semua orang sampaikan akhirnya aku diagnose depression. Aku terlalu stress bila kebaikkan aku tak dihargai, malah dibiar sepi.

Aku pula jenis manusia yang sweet, so bila orang pilih kasih dan tak hargai, benda tu jadi turn point aku relaps dengan depression.

Lepas diagnose depression aku tekad, perkahwinan ni takkan kekal lama.

Jadi aku plan step by step untuk kukuhkan keadaan aku dari segi pendidikan dan ekonomi untuk aku dapat hak jagaan anak sepenuhnya..

Bermula lepas habis degree, aku tekad nak sambung master. Aku nak kejar cita-cita aku jadi lecturer. Masa tu aku betul-betul takde duit, tapi aku tekad pasti ada bantuan Allah buat aku.

Aku drive sendiri dari Kedah ke Johor untuk daftar kelas master. Masa tu anak baru sorang.

Pertama kali sampai selatan tanah air, tak tahu jalan semua, siap tidur dalam kereta depan mcd, sebab nak jimat duit, semua tu kenangan yang mendewasakan aku.

Time master, macam-macam job aku buat untuk tampung pengajian master aku.

Aku ingat lagi, ex aku suruh aku stop master sebab masalah kewangan. Aku menangis seharian, aku tekad bila aku dah mulakan aku perlu habiskan.

Aku siap cakap dekat dia, kalau kewangan jadi masalah untuk master aku, dia tak perlu fikir, aku tahu nak cari duit.

Dan lepas pada tu memang dia tak pernah kisah macam mana aku nak cekau bayar yuran master aku. Hoho.

Aku nak bebas dari dia dengan bergaya. Aku kena berpendidikan tinggi. Fighting dengan depression, pregnant anak kedua dan buat master, rasa macam nak gila.

Tapi sungguh aku cakap, Allah maha baik, smooth ja perjalanan aku sampailah aku grad..

Dijadikan rezeki Aku, sewaktu sem 2 master, aku dapat offer sebagai lecturer tetap di borneo.

Tanpa fikir panjang, atas sokongan keluarga aku, aku pergi lapor diri.

Masa tu aku tekad tinggalkan anak baru 8 bulan untuk sebuah perjuangan masa depan yang lebih baik. Sebab matlamat aku bila dah stable aku akan failkan perceraian.

Pengorbanan ni sekejap saja. Walaupun aku hidup di borneo berendam air mata, tapi aku yakin satu hari nanti kami bertiga akan bersatu jua.

Bila dah kerja dan hidup PJJ di borneo, ada juga ujiannya. Dan aku masih try hard buat terbaik supaya aku tak menyesal bila bercerai.

Walaupun kadang kala ada sulaman makian pada ex aku kerana aku terlalu tertekan dan hilang kewarasan (bila tak makan ubat lama).

Sampailah satu hari, aku tanya anak aku, di mana mama dan Baba nak berpisah, adakah Mimi setuju akan hidup tanpa Baba.

Anak aku yang berusia 8 tahun tu laju je jawab, dia tak kisah langsung takde baba, sebab baba jahat, bila Mimi sakit baba tak kisah pun, baba tak sayang Mimi.

Begitulah apa anak aku cakap membuatkan aku tekad, kali ni aku akan failkan perceraian.

Atas bantuan mak ayah dan keluarga aku, setelah 2,3 bulan berulang alik Borneo semenanjung, alhamdulillah esok insyaAllah Hari terakhir aku sebagai isteri.

InsyaAllah, aku akan dibebaskan dari sangkar tekanan jiwa. Dan aku sangat berpuas hati dengan apa effort aku untuk dia. Dah takde benda nak dikesali.

Doakan aku menang tuntutan nafkah anak sebanyak mungkin ya. Sebab ex Aku cakap dia nak bagi 300 je. Fikir sendiri lah 300 untuk dua orang anak Di zaman Malaysia Madani? Boleh makan Apa je. Astagfirullah.

Oh ya, ex aku sejenis lembu DICUCUK HIDUNG. Jenis taat berlebihan. So, korang nilai sendiri type suami macam ni. Haha..

Isteri Yang merdeka,

– Wafda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *