Merdeka Seorang Isteri II

Untuk part I, (https://iiumc.com/merdeka-seorang-isteri/).

Harini mood aku agak panas, selepas membuat serangan berpandu pada seluruh sedara mara ex aku untuk minta nafkah anak. Nafkah anak yang patutnya dibayar sebelum masuk bulan baru, tapi dilengah lengahkan dengan alasan belum 31. Ewah, pampers susu ingat boleh beli hutang ke bro?

So, disebabkan aku tengah panas, aku mula mengingati semula momen-momen “merdeka seorang isteri”. Dan ini mungkin part terakhir and it should be long. Mari kita flash back semula sambungan kisah haritu.

Masa aku tulis confession haritu, aku dan ex aku dah berbincang untuk divorce secara baik mengikut seksyen 47. Hari kejadian, dengan penuh cantik bergaya macam orang nak pegi interview kerja punya dress up, aku pun melangkah penuh bahagia di mahkamah.

Masa aku sampai tu, ex aku dah sampai lebih awal. Aku ingat lagi mesej aku pada dia, “esok kita face one to one, tak perlu bawa sekampung”.

As expected, lelaki lembik, datang bawa sekampung. Sampai abang ipar (baca : muka jamban aku panggil) pun datang juga. Padahal takde kaitan langsung, atau mungkin nak tunjuk sokongan moral selalu abang ipar terbaik. Cehhh.

Aku masuk pejabat, aku tanya dia datang dengan siapa, lepastu pegawai yang incharge cakap sambil marah “dia datang sekampung, saya dah warning jangan masuk court pada keluarga dia”. Ok noted.

Bila dia bawa bala tentera, aku pun call mak ayah aku sebab mak ayah aku pesan dah, kalau mak pak dia datang bagitau, mak ayah nak pegi juga.

As expected again, keluarga dia memang jenis samseng banyak dan suka buat onar serta tidak menghormati mahkamah. Aku dah agak dah, komfem akan bergaduh giler. Tapi part ni aku cerita bawah sikit ye. Nak cerita apa berlaku dalam mahkamah dulu.

Sewaktu nama dipanggil untuk bicara, Hakim tanya ex aku “kamu setuju untuk ceraikan isteri kamu”, dengan muka tak bersalah dia membohongi hakim “saya tak setuju, saya masih sayangkan isteri dan anak-anak saya”.

Aku punya perasaan masa tu, memang rasa nak simbah asid je ke muka dia. Apa kurang ajar sangat buat u-turn celah ni. Kan dah berbincang elok, bercerai cara elok. Bila dia tak setuju, hakim “basuh” juga la dia, kalau masih sayang kenapa tak pujuk isteri, diam weih member. Sebab dia memang tak pernah pujuk get back pun. Aku jauh sekali la, memang dah tak hingin.

So, dengan rasa banyak pengetahuannya, dia cakap dekat hakim “saya nak minta hakim tubuhkan jawatankuasa pendamai”… Pastu hakim explain la sikit yang jawatankuasa pendamai ni kalau dua famili tu masih ok, tapi kes kamu ni saya tengok famili kamu keraih. Kan masa awal pihak mahkamah dan maklum famili tak boleh masuk, tapi famili dia keras tulur orang kata, depa masuk juga.

So bila time aku kena bicara tu memang aku cakap dekat hakim macam ni “saya nak minta tuan keluarkan keluarga pihak lelaki, ramai dalam court ni”. HAHAHA terus depa keluar dengan muka bengang dan maki hamun aku di luar court. Muehehehe. Kezaaah pula aku.

Dipendekkan, bila hakim tak bersetuju untuk tubuhkan jawatankuasa pendamai, aku minta dekat hakim untuk bagi ruang, aku bercakap dengan ex aku personally, tanpa kawalan keluarga dia.

So dalam bilik tu bergaduh la kami dua, memang aku emosi kawkaw la tak stabil. Kecik besar kecik besar ja aku nampak hipokriknya ex aku ni. Bila kami dah bergaduh sampai aku tinggi-tinggi suara, pegawai dalam tu pun dah geleng kepala, “memang syiqaq berpanjangan dah depa ni”.

So, pegawai tu suruh ex aku keluar dan diorang nasihatkan aku untuk tarik kes seksyen 47 dan buka fail fasakh. Mean, kena hire peguam la nokkkk. Aku bersetuju, dah hari yang sama juga aku tutup kes. Muka bangga weih ex aku, dia ingat dia menang sebab aku tarik kes. Dia tak tau aku nak buat kes lain pulak. HAHAHA.

Aku ingat lagi keluar dari pejabat tu dia cakap dekat ayah aku “wafda tarik kes (muka bangga minta sepakkan penalti ayah aku)”…, terus ayah aku jawab “dia memang tarik kes, sebab nak buat fasakh”. Diam member.

Di luar court tu, memang dua famili dah bergaduh giler dah. Dan itu adalah satu pergaduhan yang sangat bodoh. Langsung tak ilmiah. Bapak dia tak habis-habis duk canang anak dia bagus dan aku buruk.

Lepastu mak aku jawab lah, dah anak kami buruk ceraikan je lah, buat apa nak simpan. Take it easy pakdin. Pastu kak dia jawab, “ingat senang-senang ke nak cerai bila kahwin, ada hak lelaki yang perlu dipertahankan”.

Pastu ex aku pun tak habis-habis duk ulang cakap, dia nak pertahankan hak dia dulu sebagai suami, hak yang ramai orang tak tau. Ewah, kami dah agak dah, famili depa ni jenis kaki kikis, memang nak buat aku pressure sampai aku setuju tebus talak letuew.

Masa dua famili bergaduh kawkaw tu, kawan aku masuk dalam pejabat panggil aku, tapi dia brain wash aku dulu, dia pesan dekat aku jangan cakap apa pun, tu dalam pergaduhan yang paling bodoh pernah aku tengok katanya. Famili dia duk tak puas hati dengan hang ja, sebab nak tinggal anak depa dalam keadaan anak depa zero, tapi hang dah berjaya. HAHAHA.

So, sebelum keluar aku tanya pegawai dalam pejabat tu, nak buat macam mana ni nak relaikan pergaduhan luar sana, duk nampak boleh membawa kepada buletin TV4.

Ya lah, hang berhadapan dengan orang samseng kot even pakai kopiah. Pastu pegawai tu suruh aku call polis. Aku pun terus google number pejabat polis berdekatan dan polis sangat bagi kerjasama ya time tu. Cun pula depa memang tengah takde kes.

So, atas nasihat kawan aku, aku keluar dengan muka toya menahan mulut yang nak sembur depa (baca: menahan marah sampai darah tinggi 300) HAHAHA. Aku keluar dengan muka solehah habis, waro’ dan tawaduk orang kata. Memang bertambah bengang la pihak sana bila aku buat solehah.

Aku bukan apa, sebab depa duk rakam dan depa memang try hard provok nak bagi aku marah, tu aku buat polite gitu. Tapiiiiii, bila kak dia duk provok aku macam orang hilang anak tekak duk mengata aku penakut sambil jerit-jerit, maka dengan pantasnya aku terhempuk kepala kak dia dengan fail aku pegang.

Sorry sistur, duk geram lama dah. Terlepas jua. HAHAHA. Paling tak boleh brain, elok aku hempuk kepala kak dia, terus siren polis berbunyi. Lari berterabur famili dia. Habis kisah di court.

Balik rumah lepas kes tu, aku start cari lawyer. Alhamdulillah, atas recommendation, aku berminat nak hire sorang lawyer ni. So, esoknya terus buat appoinment untuk consultation buka file fasak.

Dipendekkan, selepas semua bukti ex aku culas tanggungjawab, masalah kesihatan mental aku yang mendapat sokongan doktor pakar, kami yakin kes aku boleh menang walaupun ambil masa yang agak lama untuk bicara fasakh.

Takpe, kita layan je proses, bukan nak menikah lain pun yang kalut-kalut. Misi kita nak keluar dari kehidupan dia dan keluarga dia, lambat sikit takpe asal misi accomplish gitue. Lebih kurang dua bulan berulang sarawak-kedah, akhirnya aku diceraikan.

Pihak ex aku pun hire peguam bela atas tuduhan aku, bak kata kengkawan aku, dia pun nak jadi duda dengan bergaya. Haruslah hire peguam jua. Tapi tu lah, kesanya harini, duit dah habis nafkah anak tertunggak. Ni part lain, part misi penjarakan bekas suami pulak.

Bila masing-masing ambil lawyer, semua lawyer je diskus. Then lawyer inform. Aku ingat lagi lawyer aku bagitau, lawyer dia duk pujuk dia untuk ceraikan aku seksyen 47 sebab depa takde point nak lawan,

Dan paling lawak bila disiasat lawyer depa ambil adalah lawyer sivil yang just ambil exam shariah, lawyer yang jarang buat kes shariah, tu pasal lawyer dia macam banyak benda tak tau.

Dipendekkan, satu hari lawyer ex aku hantar notifikasi, surat persetujuan untuk ceraikan aku seksyen 47 dengan syarat. Syarat dia aku tak boleh tuntut nafkah iddah, mutaah dan harta sepencarian. Harta sepencarian tu ada bezza ja sebijik weih, bukan BMW. Nak fight pun buang duit. HAHAHA.

Aku terus bersetuju tanpa fikir dua kali, sebab aku memang nak berambus dari hidup dia ja. Buatlah apa pun, asal aku merdeka dari kehidupan dia.

Tapi tuan-tuan, berbalik pada kisah awal tadi, kan depa cakap ada hak depa nak dipertahan, as expected memang depa nak duit. Datang pula surat layang ke dua dimana dia nak buat cerai khulu’. Dia minta 5k dengan alasan aku yang nak perceraian ni, bukan dia. Dan dia kawen dengan aku dulu berbayar katanya, so lani my turn untuk tebus talak.

Aku dah start hangin dah, melampau sungguh keturunan kaki kikis ni. Terus aku cakap dekat lawyer, proceed fasakh, lagipun probability tinggi kita boleh menang.

Sebelum tiba sebutan kes fasakh, datang pula surat layang ke tiga. HAHAHA, pihak ex aku bersetuju untuk ceraikan aku mengikut seksyen 47 tapi bersyarat. Selain syarat awal tadi, ada syarat tambahan, meh aku nak list syarat tambahan dia ;

-Aku tak boleh buat posting yang memburukkan keluarga dia dan dia di sosial media.

-Aku perlu buat permohonan maaf secara terbuka di media sosial bagi membersihkan nama dia dan keluarga dia.

-Aku perlu membuat permohonan maaf bertulis kepada dia dan keluarga dia dan buat akujanji tidak membuat hantaran bersifat memburuk, mengugut dan sebagainya.

-Aku tak boleh buat gangguan dan ugutan pada dia dan keluarga dia.

-Aku tak boleh block dia di wassap.

Ni lah 5 benda yang dinyatakan oleh pihak ex aku, dan dia terlupa satu hal, dia berhadapan dengan perempuan gigih.

Lepas baca syarat kali ke tiga ni, terus semua orang bengang dengan dia. Ex aku dan keluarga dia seolah-olah nak kaburkan mata netizen yang depa suci, dan play victim kata aku yang salah. Sedangkan dengan hidup makan ubat penenang tu aku, bukan depa.

Aku tanya pendapat kawan-kawan guaman dan lawyer aku, memang depa kurang bersetuju sebab pihak sana seolah nak permainkan aku sampailah satu hari lawyer seorang datuk ni call aku untuk consult, dari sini aku topap keberanian.

Lawyer tu brain wash aku gila-gila, dia siap ajar kalau ex you buat susah sangat, you tutup kes di kedah buka di sarawak, biar dia rasa macam mana berhabis duit nak fly attend court. Pastu lawyer tu juga tekankan pada aku, “you bagi kata dua ja dekat dia, nak cerai, ceraikan elok-elok, kosong-kosong, buat payah, proceed fasak, lagipun kes you boleh menang”.

Fuh, lepas kena brainwash kawkaw tu macam dapat suntikan keberanian baru, terus aku call lawyer aku cakap “saya tak setuju dengan semua syarat dia, saya bagi kata dua saja, ceraikan saya elok-elok atau proceed fasakh”. Titik.

Lawyer aku ambil maklum dan sampaikan pada lawyer dia. Di side dia, yang aku tau lawyer dia inform, depa duk pujuk dia untuk ceraikan aku sebab takde point kan nak lawan. Dari kalah dengan memalukan (baca: hal dalam kain pun akan aku buka habis), better ceraikan je lah pompuan aneh tu elok-elok. HAHAHA

Dua hari sebelum hari bicara, lawyer aku inform dia setuju nak ceraikan aku cara baik. Tapi aku agak kurang percaya, sebab dah kena scam kan awal dulu dia buat uturn. So, menghargai dia nak ceraikan aku, aku pun offer kalau ceraikan aku esok lusa, aku tak tuntut nafkah iddah, mutaah dan kereta bezza tu pun aku bagi dia (baca: loan dan kereta atas nama aku).

Alhamdulillah, hari kejadian, dengan mudahnya dia ceraikan aku dengan talak satu. Siap bab nafkah anak semua lawyer aku settlekan siap rekod.

Maka, dengan itu tamat sudah kisah aku, merdeka seorang isteri. Drama bab nafkah anak, serangan sosial media yang aku buat sampai dia pressure, ni kena buka page lain. HAHAHA.

Publishnya posting ni, bermakna aku pun dah tutup buku pasal jodoh. Dah, habis dah jodoh aku didunia. Takmau fikir dah. Nak fokus besarkan anak-anak, jadi single mom yang berjaya dan bergaya pula. Hehehe.

– Wafda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Sis punya cerita punya vivid sampai sy boleh terimagine terus suasana kt court tu. Share sat contact no lawyer tu. Rsnya mesti ramai isteri² terpenjara Kedah nk guna servis lawyer tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *