‘Mereka’ Datang Membantu

Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Maafkan saya jika jalan cerita yang saya sampaikan ini agak tidak koheren ayatnya.

Sekadar ingin berkongsi kisah misteri yang pernah berlaku zaman saya remaja. Mungkin, sekadar kebetulan atau sudah diatur Yang Maha Esa. Dia Yang Maha Tahu.

Mak saya ditakdirkan sakit terkena sihir. Sana sini kami pergi berubat. Saya kebetulan sering berada di tempat kejadian apabila perkara yang tak diundang berlaku.

Pernah satu malam, mak mengadu sakit tangan. Waktu tu kami berdua sedang menonton tv. Saya buat tak tahu aje. Berat sangat badan ni nak tolong mak.

Mak panggil lagi minta tolong urutkan tangan. Saya dengan malasnya bangunlah untuk bantu mak. Saya urut, sambil saya baca ayatul Kursi.

Mula je sentuh, dengan bacaan, mak menjerit sakit. Apa lagi, berlarilah saya panggil ayah.

Mak pernah pengsan tiba². Ayah dan adik-beradik saya yang lain dapatkan mak. Saya perlahan² bangun nak pergi ambil wuduk.

Tiba mak yang pengsan tadi tu terus cakap, “haaaa, nak pergi mana tu?”.

Saya tipu lah, saya cakap nak pergi buang air. Mak cakap, “yeke ni. Tak payah nak ambil² wuduk.” Terus saya tak jadi ambil wuduk. Hmmm.

Kejadian di dapur. Antara asar dan maghrib.

Saya sedang mesin cili kering. Belakang saya berdiri, ada meja makan dlm keadaan melintang. Mak duduk di hujung meja berdekatan saya.

Ayah duduk menghadap belakang saya. Jika saya pusing ke belakang, saya akan memandang tepat pada ayah. Boleh bayangkan tak?

Sedang saya syok sangat mesin cili, ayah panggil saya. Saya berhenti sekejap lalu pusing menghadap ayah. Saya tengok mak dah menangis mendayu².

Jadi halus je suara mak.

Ayah bagi isyarat mata yang mak tak sedar. Saya baca Ayatul Kursi.

Baru je saya baca sebaris ayat, dengan kuat mak menepuk meja lalu menoleh, pandang tepat ke mata saya. Mulutnya mengomel tak taulah cakap apa. Tenaga jantan entah datang dari mana.

Dengan raut muka bengis. Kuat gila sampai saya terkejut dan tak boleh nak baca lagi. Ayah suruh saya teruskan juga.

Saya duduk menghadap mak. Gigil² saya baca nak habiskan ayatul Kursi tu. Akhirnya mak sedar.

Ada satu malam, semua orang dah masuk bilik kecuali saya dan mak. Tak ingat drama apa kami tonton waktu itu.

Tiba saya rasa mengantuk sangat. Saya pun masuk bilik dan tinggal mak sorang2. Selang beberapa minit lelapkan mata, ada ‘orang’ kejutkan saya.

Dia tolak bahu kanan saya. “hoi bangun, mak kau tu.” Saya terjaga. Saya lihat tak ada sesiapa pun dalam bilik saya.

Yang saya ingat, masa ‘dia’ kejutkan saya, dalam tidur saya jelas kelibat remaja lelaki seusia saya ketika itu kemas berambut pendek.

Bila saya bangun, saya dengar suara garau sedang mengerang sakit. Cepat² saya keluar pergi tengok mak.

Kelihatan mak sedang duduk bersila, mata pejam, dan mengerang sakit seperti kena cekik. Saya takut untuk dekat.

Saya terus ke bilik utama kejutkan ayah dan ke bilik abang saya. Ayah dan abang uruskan mak. Sehingga sekarang saya terbayang lagi wajah ‘dia’ yang kejutkan saya. Allah Maha Mengetahui.

Lama juga untuk mak sembuh. Mak saya diuji dengan perkara sebegini. Dilarang menyampaikan ilmu agama. Apabila tiba waktu kelas, macam² jadi.

Tapi mak tak pernah putus asa. Mak tetap juga teruskan kelas. Kata mak, tiada apa yang mampu patahkan semangatnya untuk sampaikan ilmu Allah.

Masa mak tak sedar seperti dirasuk, dia pernah tersenyum² melihat saya. Mak cakap kat ayah waktu tu, “bagus budak ni. Kau tanya lah apa amalan dia buat.” saya cakap saya tak amal apa² pun.

Yelah zaman remaja kan banyak bermain². Tapi satu je rutin saya waktu itu, saya hanya amalkan bacaan ayatul Kursi 17 kali sehari. Wallahu a’lam bish-shawabi. Itu semua asbab. Dengan izin Allah jua.

Ok ini last, saya pernah bermimpi, seorang nenek datang dalam mimpi saya. Bersanggul kemas, berkebarung labuh hingga ke betis, berkain, bertongkat, wajahnya tidak ditunjukkan. Hanya nampak dari sudut tepi tubuh badannya.

Dia pesan, “pesan kat mak kau tu, berubat2 juga, solat2 juga, doa untuk diri sendiri jangan lupa.”

Esok harinya, saya duduk borak dgn mak. Saya cerita pada mak bahawa saya telah bermimpi.

Seorang nenek yang kenalkan dirinya dengan nama Nek Putih dari Pulau Upeh telah menyampaikan pesanan, minta mak doa untuk diri sendiri agar sembuh. Bila mak dengar je cerita saya tu, mak terdiam.

Termenung beberapa saat. Mak cakap, mak selalu doakan untuk keluarga sampai mak lupa untuk diri sendiri. Perlahan2 akhirnya mak sembuh sepenuhnya. Dengan izin Allah.

Alhamdulillah. Saya pula terus diuji perkara² sebegini. Kadang kala tak kuat, menangis.

Bila difikirkan semula, perkara lepas yang berlaku, bukan kebetulan. Kemungkinan mengasah diri menjadi tabah.

Maaf sekali lagi dengan susunan cerita. Terima kasih sudi baca.

Saya dah google dah. Pulau Upeh tu terletak di Melaka.

– Uwan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *