Assalamualaikum dan hi semua. Terlebih dahulu aku nak kenalkan diri sikit lah. Aku gunakan kata ganti “aku” supaya selesa sikit. Cerita yg akan aku kongsikan ni sedikit sebanyak akan mempengaruhi hidup korang lepas ni (bagi yg tak percaya mereka wujud). Aku sebenarnya masih seorang pelajar di sebuah unerversiti di Sepang, Selangor dan berumur 22 tahun.
Kesemua cerita ni aku dapat sejak aku kecil yang mana diceritakan oleh walid (ayah aku). Masuk tahun baru ni, genap 50 tahun umur walid. Masa aku kecil dalam umur lebih kurang 6-7 tahun, walid mmg selalu masuk hutan. Biasanya bertiga. walid, uncle n dan uncle m. uncle m ni merupakan org kuat arwah mat kari. kepada yang tak kenal arwah mat kari, cuba tanya ayah or atuk korg.
Arwah mat kari ni seorang yang sangat tinggi ilmunya, maksud aku kat sini bukan degree atau master. orang sekarang panggil benda ni ‘ilmu batin’. siapa ada belajar silat mungkin tahu. suatu masa dulu arwah mat kari ni ada madrasah dkt kuala linggi, Melaka. aku pernah pergi madrasah ni. masa aku kecil dulu. ada satu masjid putih dan banyak pondok. madrasah ni mmg betul betul dkt pantai. kalau org melaka boleh laa try jalan tengok. berhampiran ada bukit supai.
Diceritakan juga yg tapak madrasah ni merupakan tempat turunnya parameswara sebelum dia berehat di bawah pokok dan tempat hang tuah berpencak silat suatu masa dulu. macam kita semua tahu, melaka ni mmg tersohor dulu. kalau tanya mat salleh pun dia tahu. dorang tak kenal malaysia tapi kenal melaka. pelik kan? aku akan cerita pasal hang tuah ni kalau post ni dapat sambutan. huhu
So bermula lah cerita, uncle m ni dapat banyak ilmu dari arwah mat kari. time arwah hidup dulu, walid sempat berkawan dgn arwah bersama sama dgn uncle n dan uncle m. aku nak cerita yg mereka berempat ni ( sorang lagi org kuala lipis) jumpa dgn orang bunian dekat atas bukit berhampiran kuala lipis, pahang.
Orang bunian ni wujud. banyak versi yg menjelaskan asal usul org bunian ni. tp yg aku percaya, org bunian berasal dari zaman nabi musa lagi. masa nabi musa gunakan tongkatnya untuk membelah laut dulu, ada satu golongon yg tak dapat ikut nabi musa lari bersama. so dorg ni mohon dkt Allah supaya mereka ni ‘dihilangkan’. dengan berkat doa nabi musa, Allah pun makbulkan permintaan tu dan dari situ bermulalah keturunan org bunian. dikatakan oleh org yg nampak mereka ni, susuk tubuh dorg mcm kita juga, manusia biasa. cuma dkt bibir belah atas takda belahan (mcm sumbing tp takda kesan jahitan). dan diceritakan juga golongan bunian ni semua kacak dan cantik belaka dan ada yg kata kalau kita curi kupiah org bunian ni, kita boleh jd halimun.
Dalam perjalanan dari KL ke kuala lipis ni, tiba tiba uncle m ni bersuara dalam kereta ‘ depa suma pakat kirim salam ni’. masa walid cerita ni aku cam bapak ah, power betul sampai mcm tu sekali. sesampainya dkt kuala lipis, lepas pick up org kuala lipis tu (masa ni arwah mat kari dah meninggal) dorg pun drive ke kaki bukit tu. disebabkan selalu sgt walid cerita pasal masuk hutan, dia skip part ni. yg dia bgtau cuma dalam hutan ni, bila malam, hutan tu sebenarnya cerah bersuluhkan cahaya bulan. dorang boleh nampak semuanya dgn jelas. bermulah pendakian ke puncak bukit. sampai di puncak, mereka pun bentang tikar dan duduk bersila berempat.
Mulalah upacara untuk berjumpa dgn org bunian ni. aku nak ingatkan yg semua ni bukanlah ilmu hitam atau perkara yg sewaktu dengannya. uncle m ni bagi aku seorang yg mempunyai anugerah disebabkan amalan amalan harian dia. selepas 30 minit dgn procedure untuk berjumpa org bunian ni, lutut walid dan uncle n pun ditepuk sebagai isyarat untuk standby. lalu mereka pun berbincang untuk mendapatkan harta org bunian tu. ‘Mereka’ pun berlalu.
lepas 1 jam setengah mcm tu, lutut walid dan uncle n ni sekali lagi ditepuk lalu uncle m menunjukkan sesuatu ke arah hutan yg gelap tu. selepas meneliti, walid nampak 4 org bunian mengusung sebuah peti. mereka berempat ni memerhatikan 4 org bunian tu menuju kearah mereka. lebih kurang selepas 10 minit memerhati, mereka nampak segerombolan org bunian siap dgn api dan kayu tengah kejar 4 org yg bawa peti tu td. jadi walid dan 3 org lgi pun bangun dan gulung tikar mereka td lalu mula menuruni bukit tersebut dan pulang.
apa yg aku cuba sampaikan dkt sini, MEREKA WUJUD. Banyak lagi cerita yg aku nak cerita tapi tak cukup masa. Kalau korg suka baca dan nak tahu lg pasal benda benda ni, aku akan tulis lagi kalau ramai yg minta dan kalau aku ada masa lapang (sekarang aku gaduh dgn gf aku, doakan dia lembut hati terima aku balik) dan kat sini juga aku nak minta korang sedekahkan al fatihah untuk arwah mat kari. dan untuk pengetahuan korg walid, uncle n dan uncle m masih sihat. Be safe guys :)
– Danial N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit