Mereka Yang Tersakiti. Bukan Kau, Aku, Atau Dia

Salam kenal & Hai, nama aku Tun.. mula sekali aku nak mintak maaf jika penulisan aku agak terabur, aku tak pandai menyusun kata-kata.

Aku seorang ibu mempunyai 4 cahaya mata, 2 lelaki 2 perempuan. Aku nak bercerita mengenai hidup aku sendiri.

Sebenarnya dah lama aku nak meluah di sini tapi aku ambil masa begitu lama. Sebab aku tak tahan dengan kecaman, dalam masa yang sama aku penat memendam sendiri. Cuma sejak-sejak kes retis cerai berai ni, aku nekad untuk menulis. Ambillah sebagai iktibar.

Aku percaya Allah mengatur terbaik untuk kita. 2015 aku tangkap suami aku bercinta dengan seorang yang sangat aku kenal dan rapat, dalam kalangan ahli kelurga aku sendiri. Aku berbincang dengan kedua-duanya.

Aku kenalkan suami aku sebagai “si kau” dan “si dia” adalah kenalan aku.. dah nampak bayangnya tajuk ni? Ya.. SUAMI. Si kau masih berstatus suami pada aku.

Ok berbalik pada cerita tadi, pada masa kejadian si dia di tingkatan 4. Korang nak cakap si kau pedo atau apa terpulang pada korang nilaikan sendiri. Aku cuba singkatkan kisah ni semampu aku.

Aku memang dah rase ada yang tak kena dengan si kau dengan si dia ni. Macam mana boleh bercinta? Si dia ni rajin datang ke rumah aku bertandang sebab rumah nenek belah bapaknya dekat dengan rumah aku.

Aku memang dari si dia kecik dah rapat dengan aku. Dan si kau ni memang rajin mengusik. Usikan bukanlah pegang-penang dari sini si dia tertarik dengan si kau. Dari cerita yang aku dengar dari si kau dan si dia.

Asalnya si dia ni rajin vc si kau tanpa aku tahu. Alasannya boring. Dan si kau hanya melayan dan tanpa memberi tahu aku sebabnya aku dah banyak kali pesan pada si kau jaga batas pergaulan.

Si dia ni bukanlah seorang yang sosial itu yang aku tahu. Tapi yang sangat aku terkejut masa aku tanya si dia. Masa vc kau macam mana dan jawapan si dia. Aku macam dengan kau. Maksudnya tak bertudung.

Allah.. aku tak mampu berkata apa khilafnya aku, aku yang memberi ruang. Si kau macam mana? Dah depan mata lihat jela. Ya si kau tidak menidakkan.

Selepas di tolak dan di tambah berbincanglah kami di pejabat agama. Dan kami ambil keputusan masing-masing berubah ke arah ke baikan dan bertaubat akan perbuatan masing-masing.

Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan semuanya bagai tiada apa berlaku, aku dan si dia dah menghadkan masa bertandang di rumah. Si kau dan si dia tak bertegur sapa sehinggalah setahun 2022.

Ya.. mereka menjalingkan hubungan kembali dan mereka melakukan perbuatan tidak senonoh di rumah aku, masa ketiadaan aku dan anak-anak. Mana aku pegi? Si dia akan mainkan peranan di sini.

Dari kes pertama memang si dia akan buat aku percaya untuk keluar rumah dan tido di rumah mmy aku. Caranya bagai mana?

Di ajaknya kami berkumpul ramai-ramai untuk acara makan-makan di rumah mmy aku, sebab mmy aku orang tua yang tinggal jadi suasana di rumahnya adalah port kami berkumpul. Bila aku dah tido rumah mmy dia akan tidur die rumah neneknya.

Kisah dorang seorang ahli kelurga aku tak tahu. Termasuklah dari pihak si dia dan si kau. Masa ni yang aku fikirkan hanyalah bawak diri dan anak-anak.

Ya. Aku hilangkan diri dari semua orang, aku tumpang rumah kawan di 1 daerah yang lain. Aku tukar numb, kau putuskan hubungan dengan semua orang. Makan kami anak beranak. Si kau masiu bank in duit seperti biasa. Dari situ aku tampung.

Tak lama sebulan lebih aku kelur dari rumah si kau berhubung dengan anak sulung aku. Ketika inilah yang aku katakan. Kesakitan yang di tanggung aku, dan si dia, bukanlah kesakitan yang sebenar. Akan tetapi mereka anak-anak yang menanggung kesakitam ini.

Lupa aku nak maklum. Pada tahun 2015 tu aku di sahkan sakit biapolar type 1. Selepas tahu mereka ada hubunga, aku sakit teruk. Rakan aku yang syorkan ke psy setelah 4bulan aku di sahkan ada sakit mental.

Berbalik kisah tadi, si kau merayu-rayu aku balik pada anak sulung dan si kau sediri berjumpa dengan mmy aku dan ceritakan ap terjadi kecuali hal terlanjur. Teka apa jadi? Seluruh kelurga si dia serang anak sulung aku sebab tak dapat berhubung dengan aku.

Mereka salahkan aku sebab merahsiakan hal ini dan cuba menjadi wali seperti dapat menyelesaikan sendiri itu dan ini.

Kelurga si dia tak salahkan si dia langsung alasan si dia teranaye pada kejadian pertama dan kejadian ke dua berlaku kerana cintanya si dia pada si kau. Dan si kau sudah tentu di salahkan juga.

Yang buat aku terkilan. Apa dosanya anak-anak aku? Apa dosa mereka perlu tanggung kenikmatan yang si dia dan si kau lakukan? Mereka hina si kau aku tak peduli.

Tapi mereka menyumpah kau dengan menyatakan “takkan selamat keturunan si kau, perangai semua merosakkan keluarga” keturunan si kau tu 4org cahaya mata aku. Selepas kejadian jika berkumpul tak lekang ya dari bibir mereka betapa tersakitinya si dia.

Akhir kata si dia dah melangsungkan perkahwinan pada pertengahan tahun lepas. Dan si kau masih memujuk aku. Kes kami masih berjalan di pejabat agama. Aku tak menceritakan kes terlanjurnya mereka. Atas permintaan keluarganya si dia. Sbb takut suami si dia tahu kisah hitam si dia.

Anak-anak? Mereka selalu bertanya aku “mak tak boleh ke maafkan abah, terimalah abah” mereka tak tahu apa terjadi.

Tapi masa kejadian ke 2 si sulung tahu apa terjadi kecuali kes terlanjur. Itupon sebab kelurga si dia serang anak sulung aku, dan dari situ si sulung tahu kisah abahnya seorang yang merosakkan ekorsistem hubungan kekeluargaan.

Ada 1 hari si sulung tak tahan terdengar perbualan fmly si dia mengutuk abahnya pada tokmmy (mmy aku) si sulung ajak aku balik dan menangis dalam kereta bersaksikan 3 orang adik yang lain apa yang si sulung cakap?

“Kenapa dorang cakap abah macam tu? Sedangkan si dia tu dah bahagia ada kelurga, kenapa dorang buat mak macam tak dengar? Kenapa mak tak melawan abah bukan orang yang begitu dan begini?”

Akhir kata si sulung pada hari itu “mak tolong la akak nak keluarga kita, walau mak terima atau tak abah. Abah tetap abah akak dan adik-adik. Jangan biarkan dorang cakap abah akak yang sakit mak. Akak mampu bercakap dan jadi kurang ajar depan mereka demi abah”.

Ya Rabbb.. saat ini aku begitu rapuh, bagaimana aku nak jelaskan abah mereka memang salah. Walau si dia goda abah mereka macam mana sekalipun, untuk si kau yang dah dewasa mampu berfikir. Namun si kau tewas dengan nafsunya.

Ya aku dah kurang berkumpul dengan mmy aku dah maklumkan kesihatan aku, hanya mmy yang tahu aku adalah pemegang kad oku pesakit mental.

Aku maklumkan pada mmy aku syg mmy, tapi aku taknak emosi mereka sakit seperti aku. Cukuplah aku yang pertama dalam fmly dan yang terakhir membawa gelaran ini. Jadi selagi mampu elak. Akan aku elak dari berjumpa si dia mahupun si kau.

Berkumpul ramai-ramai? Apabila keadaan si sulung sendiri bersedia baru aku bawa. Atau aku akan pergi sendiri tanpa mereka (anak-anak).

Kalian aku mohon kalian doakan anak-anak aku kuat dan selesai dengan cepat kes pejabat agama. Ada tergantung ke cerita aku? Rasa macam takda. Lega rasanya dapat meluah di sini. Terima kasih semua. Sudi baca kisah aku.

– Tun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *