Assalamualaikum. Terima kasih jika confession ini disiarkan.
Asalnya aku nak post dalam wall aku je. Tapi mungkin akan jadi perbalahan dengan kawan-kawan yang pada aku kebanyakannya agak ekstrim bila berkata tentang agama, termasuk suami aku sendiri. Jadi aku pilih untuk buat confession di sini.
Baru-baru ni ramai yang post pasal “Husna perampas suami orang”, “Husna tergedik-gedik”, “Husna harap je pakai tudung tapi perangai nauzubillah”. Sebelum tu dalam drama Nur pun ada juga komen yang hampir serupa. “Ustaz Madi langgan pelacur”, “Ustaz Madi makan duit budak tahfiz”, “Ustaz Madi tu harap je ustaz”. Dan dengan itu, ramailah pembela agama mencela pengarah serta kru drama yang kononnya telah menanam secara senyap yang imej-imej orang beragama itu buruk perangainya. Kata mereka, kita mengajar orang awam untuk bersangka buruk dengan orang alim, mengajar anak gadis yang tidak menutup aurat supaya kurang rasa berdosa atas alasan ‘yang pakai tudung pun bukan baik sangat’.
Macam ni lah.. bagi aku, imej watak islamik yang baik pun memang dah berlambak ada di dalam drama melayu sebelum ni. Watak Qadeeja dalam drama Nur watak bertudung, watak Nur dalam Nur Kasih juga bertudung, Watak Syamsul Yusuf dalam filem Munafik yang lengkap berjubah juga watak yang islamik. Banyak lagi watak-watak lain di dalam drama yang unsur-unsur keislaman itu berjalan seiring dengan penampilan imej yang dibawa. Watak perempuan seksi yang liar pun dah berlambak. Watak mat rempit yang berpakaian tak senonoh, sama tak senonohnya dengan perangai yang dilakonkan pun bertimbun di luar sana. Tapi kenapa mesti nak triggered bila watak yang imejnya konon islamik tetapi perangai syaiton dilakonkan di kaca tv?
Jujur aku katakan, dalam soal mempamerkan perwatakan di dalam drama, adalah lebih baik kita sebagai penonton bersikap neutral. Ya, kita tidak suka orang memperlekeh agama kita, imej islamik kita. Tapi adakah itu cukup untuk menafikan yang realitinya tak sebegitu rupa?
Aku sarankan korang follow page-page NGO, kauselor, rumah-rumah kebajikan yang banyak share tentang kisah-kisah pedofilia, kisah-kisah sexual grooming, kisah dera kanak-kanak, kes cabul di tempat kerja dan sebagainya. Berpuluh cerita yang aku baca, dan kebanyakkannya mangsa akan kata:
“Tak berani bagitau, takut orang tak percaya sebab dia (pemangsa) orang alim”.
“Dah cuba bagitau mak, tapi mak kata tak mungkin sebab ayah imam masjid”.
“Kat luar mak pakai tudung labuh, cakap lembut je tapi dalam rumah mak mencarut-carut dengan kami adik beradik.”
“Bos saya memang ilmu agama dia tinggi, banyak bagi tazkirah. Tapi bila saya berdua dengan dia, dia akan raba saya.”
Dan mangsa akan terus menjadi mangsa kerana di dalam otak mereka, orang tak akan percaya mereka-mereka yang ‘islamik’ ini akan melakukan perkara sedemikian. Tambah buruk lagi jika mangsa ini memang seorang yang bermasalah baik dari segi penampilan mahupun perwatakan. Ye la, siapa nak percaya cakap perempuan yang free hair bila dia kata bos yang selalu bagi tazkirah meraba dia kan? Sama macam korang la yang tak suka bila orang tunjuk watak orang bertudung/berserban ni sebagai orang jahat.
Tolong jangan ada yang komen menyalahkan mangsa dalam hal ini. “Padanla muka dia kena raba. Siapa suruh tak tutup aurat?”, “Kucing mana yang nak tolak ikan depan mata oii..”, “yang budak ni dah tau bapak macam tu, pandai-pandailah jaga diri.”
Victim blaming. Crime apologist. Sebab?
Mangsa tu penampilan dia tak elok. Pemangsa tu penampilan dia islamik.
Dari cara korang jawab tu pun, korang secara automatiknya mengiyakan yang orang alim pun tak semuanya baik. Dah tu kenapa nak triggered bila watak macam tu dibawa oleh pengarah filem? Truth hurts. Kebenaran itu pahit. Aku tau korang nak pertahankan agama tapi tak perlu sampai menghumban semua yang tak elok itu kepada mangsa keadaan dan orang-orang yang kurang didikan agama.
“Tapi tak elokla pengarah filem buat macam tu. Nanti apa kata orang bukan islam yang tengok.”
Heh, ada ke yang bukan islam tengok drama melayu pukul 7, waktu Maghrib, macam korang melayu penegak agama tu? Tok imam lepas berjemaah pun duduk kedai makan, sembang pasal orang-orang yang cuba menentang Islam tapi rokok dihujung jari. Maaf kalau ayat aku macam menjatuhkan bangsa aku sendiri. Tapi aku terpaksa guna ayat kasar. Aku sayang bangsa aku. Aku sayang agama aku. Dan sebab itu aku tak malu bila ada yang mendedahkan perkara-perkara realiti sebegitu. Aku tahu kita bangsa yang kebanyakkannya masih dalam penafian. Tolong buka mata, buka minda.
Aku tak pernah sekalipun bersangka buruk kepada mereka yang berimej islamik. (Yang pasal tok imam hisap rokok tu aku cerita realiti kat kampung aku je. Aku hormat diorang lagi.)Bahkan aku sangat-sangat menghormati mereka kerana aku tau penampilan aku masih jauh lagi dari menutup aurat sepenuhnya dan perwatakan aku masih tidak seiring dengan ilmu agama yang mak bapak aku dah bagi . Aku suka dengan penampilan dan perwatakan Mufti WPKL, aku malu dengan Misz Nina yang telah berhijrah sehingga menjadi contoh kepada wanita lain, aku juga suka dengan mereka-mereka yang berjaya mencari Islam di dalam diri mereka.
Jadi aku minta satu sahaja. Kalau betul kau nak pertahankan Islam, tanam sifat-sifat dan ajaran Islam itu di dalam diri kau sendiri. Bilamana kau sendiri tahu yang kau bukanlah seperti apa yang ditonjolkan di kaca TV, kau tak akan terasa dan tersinggung walau seinci pun. Ini tidak, kata Islam itu indah, Islam itu suci, bila kena kondem sikit, keluar semua caci maki. Tak perlu lantang mencaci untuk tunjuk kau betul. Bila kau sendiri hilang kewarasan saat menegakkan Islam, macam mana orang nak percaya Islam itu sebenar-benar agama?
Kalau kau di tempat yang betul, kau tak perlu marah.
Kalau kau di tempat yang salah, kau tak layak marah.
Sekian.
– Ray
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit