Meroyan Anak Itu Wujud

Assalamualaikum. Tujuan saya menulis ni sekadar meluahkan sesuatu yang tak mungkin orang lain boleh faham melainkan yang alami perkara ni.

Lately,apa yang saya nampak,ramai yang menulis tentang ‘luar nikah’,tetapi dari side anak. Tak dinafikan,bila nampak je perkataan ‘luar nikah’ akan ada satu perasaan dan mindset negatif tentang golongan ni. Jadi,sebagai salah seorg daripada golongan ‘ni’ saya nak bukak mata korang diluar sana tu luas2 terutamanya anak2 tidak sah taraf.

Saya sebagai ibu,jauh disudut hati saya untuk lepaskan anak sendiri kepada orang lain. Jika diberi pilihan,sejujurnya saya sanggup kehilangan semuanya hanya untuk mendapatkan hak saya sebagai seorg ibu. Tetapi demi menyelamatkan maruah anak bila dah meningkat dewasa kelak,saya rela lakukan apa sahaja asalkan maruah anak saya terbela. Dan tidak terlintas dalam fikiran saya mengabaikan tanggungjawab sebagai seorg ibu,melupakan anak yg dikandung 9 bulan 10 hari. Pada bulan pertama selepas saya dipisahkan dengan anak,saya menangis. Betul meroyan anak tu wujud. Saya alami sendiri. Tetapi lama kelamaan saya berfikir hidup perlu diteruskan. Hari demi hari saya kuatkan diri demi masa depan dan tak lupa,saya masih mengikuti perkembangan anak dari jauh. Sampai satu tahap,bila saya berjalan keluar dan ternampak baby yg lebih kurang umur dengan anak saya,saya minta izin pada ibu bapa baby untuk pegang,dukung baby tersebut. Perasaan ketika pegang baby tu,susah saya nak gambarkan. Gembira,sebak bercampur baur.

Jadi kepada anak2 luar nikah diluar sana,tak perlu ada rasa negatif kepada ibu kandung kamu,sebab Allah sebaik2 perancang. Ibu mana yang tak sayang anak. Sebagai seorang ibu,apa saja sanggup dikorbankan demi anak. Tiada apa yg lebih berharga selain anak yg dikandung sendiri. Dan yang paling penting,kepada golongan ni,tak perlu peduli kata orang,sebaliknya teruskan kehidupan. Bina kehidupan baru. Buktikan kepada semua orang yang golongan ni tak hina pun sebenarnya. Pandangan serong yang diberikan tak menjejaskan kehidupan kami sebagai golongan yang dianggap hina ni.

Dan kepada yang memberikan semangat dan kekuatan kepada golongan kami,semoga Allah permudahkan jalan hidup kamu semua. Mungkin ada yang persoalkan kenapa saya tak jumpa anak saya terus,untuk pengetahuan semua,anak saya berada di selatan tanah air dijaga oleh keluarga angkat. Dan saya berada di salah sebuah universiti yg terletak di ibu kota melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kedoktoran dan memasuki tahun ke-3.

Doakan kejayaan saya,dan anak. Semoga kami kuat untuk menjalani kehidupan harian sebagai ibu anak yg terpisah.

– Ibu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit