Meroyan Atau Mengada? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/meroyan-atau-mengada/).

Salam semua. Dah baca semua komen, takpe aku terima dengan hati terbuka dan maafkan, sebab mungkin salah aku juga tak terangkan betul-betul apa yang jadi.

Disini, aku nak jelaskan sebaik boleh. Dan ini kira penjelasan, bukan nak panjangkan cerita atau back up abang sendiri. Tak akan ada sambungan dah lepas ni.

1. Aku tak kahwin lagi? Salah, aku dah kahwin, bahagia, suami baik sangat Alhamdulillah kita orang pun bahagia. Ye, aku belum ada pengalaman mengandung atau beranak, Tetapi apa yang aku tulis sebelum ni, bukan sekadar memandai,

Tapi berdasarkan pengalaman mak/ kakak2/ saudara mara aku yang rata-rata beranak ramai, ada jugak seorang dua yang ada anak special, tapi tak pernah lagi meroyan tahap kakak ipar aku yang sikit-sikit guna alasan depression.

2. Kenapa senang sangat aku tuduh dia tak beriman? Satu, sebab dia sebagai isteri pun suka marah-marah suami, kasar, macam tak bersyukur ada suami. Memang itu perangai dia yang abang aku kata sangat susah nak ubah.

Jangan cakap tunggu kahwin dulu baru aku faham, aku dah kahwin dah pun. Dan aku tak pernah tinggikan suara atau biadab pun dengan suami aku sebab aku hormat dia.

Korang kena faham, keluarga aku kuat agama, keluarga dia pulak setahu aku kurang bab agama. Tengok saja dari bezanya cara penerimaan dia dan abang aku, kita dah tau tahap agama/ iman/ redha pada qada dan qadar seseorang tu.

Sampai depress, anxiety menerima berita anak istimewa yang mungkin penyebab kau ke syurga, sangat sangat memalukan.

Abang aku dengan mudah terima dengan redha dari awal. Nampak beza kan bila agama bukan pegangan utama dalam hidup seseorang? Dia tak nak ke syurga mudah dengan cara jaga anak tu?

3. Abang aku tak bertanggungjawab? Salah. Perangai main game tu lama dah ditinggalkan. Kerja pun dah elok. Hidup dia untuk family dia sahaja. Dia suami dan bapa yang bertanggungjawab. Setiap kali balik rumah kita orang, dia lah yang mandikan anak.

Mesti korang akan cakap, setakat benda2 asas tak payah la disorak, tapi ramai je yang asas pun tak mampu buat kan? Kerja rumah dan kewangan tu aku tak tau lah sebab tak duduk sekali, nanti cakap lebih, dimarahnya pula. Kakak ipar aku pun tak pernah mengadu.

4. Anak kedua siapa jaga? Siapa lagi kalau bukan abang aku yang korang kutuk tu dan keluarga aku? Apa sumbangan perempuan tu selain dari meneran, lepas tu bayar duit sikit ke pembantu. Pembantu pun harap orang lain carikan.

Dia ingat dia boleh ganti kasih sayang dia dengan duit? Mentang la Allah rezekikan dia dengan kerja elok, ekonomi bagus, boleh la dia berlagak dengan nikmat duit dia sekarang. Dia fikir sakit mental dia, dia tak fikir darah daging dia sendiri kehilangan kasih sayang seorang ibu?

Budak tu keluar masuk hospital dari hari pertama, siapa yang kena bertanggungjawab? Abang aku jugak dengan pembantu dia. Jangan tipu lah, kalau korang pun sakit hati tengok tugas hakiki seorang ibu merawat anak, bapa pulak kena galas?

Korang kalau pergi wad, tengok siapa jaga? Ibu kan? Aku tak pernah lagi tengok orang terdekat aku anak masuk hospital, ibunya buat tak endah sampaikan pembantu pulak kena bermalam dekat wad.

Perempuan tu pergi kalau perlu je atas sebab2 tertentu dia diperlukan. Itu pun datang dengan muka depression nya.

5. Mengikut kata abang aku, mak perempuan tu sendiri dah putus asa dengan anak dia. Agaknya dia pun malu dengan anak dia yang perangai tak endahkan anak sendiri. Nampak kan siapa bermasalah sekarang?

Depression sekali pun, tengok lah anak kadang-kadang. Korang masih rasa kakak ipar aku tak zalim kan?

Semua orang dah tak mampu dan tak ingin doa dia berubah dah, kalau anak sakit pun tak mampu lembutkan hati dia yang keras dan busuk tu, apa je yang boleh ubah dia? Tunggu anak Allah ambil baru nak menyesal agaknya. Nauzubillah..

5. Dalam meratib depression, anak pertama dia jaga bagai menatang minyak yang penuh. Tapi anak lain kau campak buat tak wujud? Tak rasa bersalah ke?

Oh lupa, tak boleh personal, nanti dituduhnya kita tak faham sakit mental. Walaupun terang-terang salah dari segi agama tak redha dengan ketentuan Allah SWT dan abaikan anak. Tunggu je la balasan Allah SWT atas kekufuran nikmat wahai perempuan….

6. Aku tak faham mental illness? Salah. Aku baca banyak rata-rata, orang yang war2kan postpartum depression sepatutnya risau anak dia diapa-apakan, bukan buang anak macam binatang.

Apatah lagi anak special, yang sangat memerlukan sokongan ibu, tapi ibunya pulak tak boleh berfungsi. Kalau rasa diri tu gila tak boleh terima anak, kenapa dari awal tak pergi jumpa psikiatri?

Lepas dah ditinggalkan, baru nak terhegeh jumpa ambil ubat anxiety? Sebab nak tunjuk dia betul dan guna alasan depression je kan atas perangai dia yang tak endah anak tu?

Pernah dengar tak, orang gila pun sayangkan anak dia. Perempuan tu dengan selambanya minta maaf, dan mengaku dia berdosa sebab belum mampu terima anak yang dia sendiri keluarkan dari rahim dia, jauh sekali nak sayang lah kan?

Dah sedar diri tu bergelumang dengan dosa, tak reti bertaubat? Tak reti nak minta maaf dengan orang sekeliling yang dah banyak dia susahkan akibat dia tak dapat terima anak?

Kitorang cuba beri sokongan moral pada dia sebulan pertama. Tapi tak nampak langsung perubahan perangai. Agaknya dia malu ada anak tak normal.. Mungkin dia rasa dia terlalu hebat untuk ada anak sebegitu.

Ramai lagi orang lagi hebat dari dia, yang ada anak OKU, lagi teruk keadaannya, yang mampu terima. Kita pun tau, kasih sayang ibu tu sepatutnya semulajadi walau apa pun keadaaan anak. Ni serupa iblis.

7. Alasan memualkan, sampai dah nak masuk setahun lebih budak ni, tetap guna alasan depression. Katanya dia tak mampu tengok atau dekat dengan baby sebab pernah ada bisikan untuk buat bukan-bukan masa pantang.

Lepas dah lama ni, guna alasan panic attack pulak bila dekat dengan budak tu. Sampai menggigil, cemas katanya. Kononnya, doktor dia yang nasihatkan elak dari dekat dengan budak tu sampai dia pulih.

Dah kalau tak belajar dekatkan diri, hatta pandang pun tak nak, macam jijik sangat kau dengan anak kau sendiri, dah bila nak terbit kasih sayang?

Dia kata perlukan masa, yang dia sendiri tak tahu sampai bila dia akan pulih. Tengok gaya, sampai budak ni besar dan mahu makan bertahun-tahun pun masih meroyan dan macam tu jugak la gamaknya.

Jadi atas sebab ni lah kitorang sokong keputusan abang aku sebab abang aku sendiri tahu dia tak akan berubah dan tak akan sayang anak sendiri.

Sekarang perempuan tu hadap lah orang (suami..ibu sendiri..) salahkan dia, panggil dia gila, tak ada iman. Bergantung dekat ubat lebih dari pegangan iman dan tauhid. Berbuih semua nasihat dah.. tak jalan juga..

8. Apa abang aku buat untuk rawat bekas isteri dia? Soalan ni sepatutnya tak ditanya pun. Dah abang aku nak fikir kebajikan anak dia, kerja dia, nak fikir perempuan tu punya perangai tak tentu hala lagi.

Aku sebagai isteri boleh cakap, jadi perempuan tu jadi lah orang yang menenangkan, bukan menyusahkan suami kau yang memang dah terduduk. Nak orang fikir pasal diri dia sahaja tak boleh juga.

Ye, memang dia usaha pergi psikiatri sendiri. Tapi perlu ke kita nak bersorak sebab dia pergi psikiatri tapi tak endahkan anak?

Jadi, aku harap hentilah kecam abang aku. Dia dah cuba terbaik. Dan bekas kakak ipar aku memang tak akan berubah selagi dia sendiri tak sedar dia sedang buat dosa yang sangat besar dengan tidak endahkan anak. Sekian.

– Dina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Kata beriman tapi mengutuk kak ipar bagai takde iman. Kau ni sejenis manusia munafik, ingat orang munafik masuk syurga ke? Kau tak diuji dengan ujian yang kakak ipar kau rasa sebab tu kau sembang kencang. Bawak la bertaubat sesungguhnya pintu taubat masih terbuka untuk orang munafik macam kau

  2. Aku nak ckp lagi sekalj je. Doa orang teraniaya ni dimakbulkan Allah. Kau aniaya orang, adalah balasan kau nanti. Jaga jelah laki kau elok2, dan doa banyak2 yg satu hari kau takkan diuji dgn ujian sama mcm kakaknipat kau yg kau hina2 dan sebar aib dia. Selagi kau,mak abg dan keluarga kau boleh lagi minta maaf, pergilah minta ampun maaf. Nanti dia dah takde, korang nak angkut dosa banyak2 ni kat akhirat ke? Org mcm ni pun ada. Lepas tu mengaku kuat pegangan agama. Allahu

  3. Abang awak fail sebab tak backup isteri. Before kahwin lg sikit2 gaduh cite kat mak awak. Tu awal2 dah bg bad impression pada mak awak dan family awak. Then lepas kahwin masih sibuk bercerita masalah dgn isteri. Cite kt mak kt adik isteri punya perangai. Dia x fikir nak marahkan or nasihatkan isteri dia bentukkan isteri dia. Dia sibuk nak mengadu domba kt mak. Then bila dah cool down boleh pulak dia baik dgn isteri tu.. pastu kiss2 and fuck isteri. Pastu repeat lagi bergaduh.. then blk rumah mak awak and mengadu..pastu dah cool blk semula rumah isteri dan fuck..last2 isteri beranak..tak nak tolong isteri..perangai depan family baik beriman..perangai depan isteri entah2 mcm lelaki xt guna. Pastu bila isteri anxiety or mengamok.. senang je bla dari rumah dah balik rumah mak tido ciun ketiak mak tu then mengadu perihal rumah tangga kt mak.. pastu mak awak yg tak berilmu beriman tu pun suggest tinggalkan je isteri tido dekat rumah mak dan cerai je la lagi bagosss. Laat2 cerai.. bestkan seronok..selamat anak aku.. yg perempuan tu menantu jerrrrr org luar.. xyah fikir dia.. biar laa mamposs kt dia..then tiber isteri tu minta2 maaf abang awak cair dan kesian..terus ajak masuk bilik kiss2 fuck2 terus rujuk blk andd repeat lg gaduh and repeat lg ngadu kt mak..

    Sambil2 tu sempat lg buat anak dpt anak pulak anak istimewa..kesian perempuan tu kahwin dgn keturunan abg awak yg ada masalah2 genetik kan. Kan awak ckp family awak ada yg ada anak istimewa.. sah… tu dari genetik keturunan family awak…

    Sebenarnya… Awak dan family awak semua pun xde iman dan kene bertaubat sebab xreti bersyukur dan x boleh terima ahli keluarga baru yg bermasalah. Sibuk nak cari kesalahan tambahan dia. Dan sibuk mengeji mengata dia dan x berlapang dada . Sila berubah dan bertaubat.. terutama abg awak.. kene minta maaf kt isteri dia..bnyk pengabaian dan selfish.

  4. Sry la cara pnjlasan awk lain org lain pola pemikiran
    Yes tak dinafikan skrang ad jga eh llki biawak hidup but x smua…
    Dn ya if awk dh nikah so awk pun tau kn? Tanggungjawp suami dlm islam?
    Oh ya dlm islam smmangnya dua bnda yg wjib wife laksana kn melayani suami dan melahirkan slbihnya totally kerja suami … Trletak pada wife tu nk tlg atau x ☺️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *