Mertua Aku Tak Solat

Hai semuanya, Aton disini. 1st sekali aku nak bagi disclaimer siap siap yang aku ni nak confess pasal mertua aku.

Siapa siapa yang rasa benda ini menjengkelkan boleh la tekan button back dan swipe down timeline anda laju laju cari content yang lebih bermanfaat.

Aku sudah berkahwin, suami aku asal dari negeri yang kebanyakannya orang baik menjaga agamanya. Ulama’ pun ramai datang dari sini. Hehe..

Kalau belah keluarga aku alhamdulillah, ayah aku sendiri orang masjid, memang kami diberi didikan sebaiknya.

Sebelum kahwin aku rasa aku akan beruntung bakal dapat merasa ada suasana keluarga mertua yang menjaga agama, kut dapatlah sembang tazkirah agama sambil sambil menunggu waktu solat ecewahh..

Tapi tak. Mertua aku tak solat. Adik beradik suami aku pun tak solat. Walhal surau dekat sangat sangat dengan rumah. Azan jelas berkumandang 5 waktu.

Awal kahwin dulu aku pernah hadiahkan mak mertua aku telekung, tak tahu la mana dia simpan sekarang, adakah sudah jadi kain buruk lap kaki? Aku tak pernah nampak dia duduk atas sejadah.

Aku sebagai menantu, walaupun aku solat. Tapi kadang aku malu dengan keluarga ini.

Aku nak cerita bila mana kami bertandang kerumah orang, sesungguhnya aku yang rasa sangat malu sebab mereka ini tak kisah main terjah kerumah orang time azan,

Kelam kelibut keluarga tuan rumah tu nak sambut tetamu lagi, nak melayan lagi lepastu bila nak solatnya.

Bukan apa korang ni kalau tak nak solat sekalipun, hormatlah orang lain yang nak solat. Janganlah datang time masuk waktu. Ya, aku yang pada ketika itu join sekaki menyinggah, rasa sangat malu.

Sampaikan keluarga mertua aku ini pernah lah duduk rumah orang ini sampai masuk waktu solat seterusnya. Tapi tak minta izin nak tumpang solat pun.

Aku yang malu malu ni kena la tanya tuan rumah nak tumpang solat, tapi takde sapa pun nak ikut aku sekali, aku tarik suami aku sekali.

Aku ni malu tau sebab keluarga ni dah la tak solat, lepastu duduk rumah orang lama lama sampai ke malam macam tiada adab. Kesian dekat tuan rumah.

Pernah sekali tu, kami di rumah orang, tiba tiba azan maghrib. Mertua aku bangun untuk minta diri nak pulang. Aku macam, aik tak nak solat dulu ke sekejap?

Maka aku pun cakap kat mertua aku yang aku nak 10 minit sekejap solat. Bila aku dah siap solat, diorang semua dah tunggu aku di kereta. Aku macam seriuslah mereka ini? Maghrib maghrib atas jalan.

Aku rasa tuan tuan rumah ini perasan je keluarga mertua aku tak solat, sebab ada ketika kami di rumah orang, tuan rumah tu tanya direct kat aku (sebut nama aku) offer aku nak solat tak. Tapi tak offer kat mertua aku tu.

Ye aku kena jaga solat. Satu, kerana kita hidup ber Tuhan, itu tiang agama, aku takut kalau aku tak solat, aku tak berjaya.

Kedua, aku ingin menjaga maruah ibu dan ayah aku yang mendidik aku. Aku tak nak la orang kata, ‘dari emak, sampai ke anak, sampai ke menantu satu keluarga tak solat’.

Eh hello, saya tak ikut perangai mertua saya. Saya anak didikan ibu dan ayah saya. Ibu ayah saya ajar saya solat.

Apa aku boleh buat? Berikan cadangan..

– Aton (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Assalammualaikum sis, sama sgt dgn situasi sy. sy dh kawin hampir 15thn…. saya pun buat mcm sis buat,, tny tuan rumah nak tumpang solat. sy bukanlah baik sgt, cuma segan. kita doakan yg terbaik utk mereka ya.

  2. ok dah tu…teruskan je..xyah cakap ape2…nanti jadi keruh..buat je contoh…kalau keluarga sendiri boleh juga nk cakap2..keluarga mertua xperlu la…mungkin boleh la sekali ajak..bagi lepas tanggungjawab..kalau xberani..doa la…itu la selemah-lemah iman…

  3. Sama mcm situasi aku..
    Aku pun dulu beria belikan telekung bagai..
    Lepastu, bila lama2 tgk diorg xde nk berubah pun, pg mana2 mmg x kan stop solat..pagi pun bangun pukul 8, puasa pun kdg2 ye kadang2 tak..
    Last2 aku jaga solat aku n pasangan aku je la..
    Bukan kerja aku nk paksa2 orang lain solat ke apa..
    Asalkan aku tunjuk contoh sbgi org islam yang aku jaga solat sudeh..
    Dia nk buat ke tak, di luar bidang kuasa aku…
    Cumanya kadang2 (mungkin bisikan syaiton jugak) aku geli jugak kalau diorg beli ayam/daging..sbb terpk “kalau solat pun tak jaga, makanan2 ni diorg jaga ke tak eh”
    Tapi, kalau aku x tau, aku anggap je la “makanan dr rumah org islam tu halal” so, aku bismillah, ngap..
    Ok tu je komen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *