Assalamualaikum. Terima kasih kerana membaca luahan saya. Saya ada adalah menantu sulong (kak ipar).
Sepanjang saya jadi menantu dan kak ipar dalam keluarga tu saya tak pernah tahu apa yang dorang cakap pasal saya.
Cuma saya ada dengar sipi sipi je dan saya jenis malas nak ambil port. So saya hanya berdiam diri tanpa mengadu dengan suami.
Senang cerita suami saya ni anak mak. Sebelum ni pernah sekali mengadu dengan suami apa yang mak dia buat kat saya, tapi sebaliknya saya yang disalahkan balik.
So start dari situ sampai la sekarang sepanjang usia perkahwinan 4 tahun saya tak pernah mengadu apa2 yang keluarga dia buat kat saya. So suami saya ingat saya dengan maknya baik2 saja.
Saya cepatkan cerita ya, baru2 adik ipar (lelaki) kahwin, dan isteri adik ipar ni tahu semua yang mak dia kata belakang dekat saya, maksudnya dah bermacam dorang gosip pasal saya dan suami,
So si isteri adik ipar ni tengah geram dekat suaminya dia pun cerita habis la apa yang suami dia duk kata kat saya apa yang mak dan kakaknya duk kata kat saya.
Macam2 la, memang mula tu saya marah dan saya cuma mendengar tanpa membalas apa2. Saya pendam saya tak bagitahu suami apa yang adik ipar sampaikan.
So saya teruskan hidup seperti biasa, saya tak ambil port dan tak nak ingat apa yang disampaikan. Saya cuba lupa apa yang saya dengar.
Lepastu hari demi hari saya makin rapat dengan isteri adik ipar, segala apa yang suami dan mertua saya cakap pasal saya semua dia cerita, dan dia bercerita pasal tak puas hati dengan suami dan mertua, bermacam macam la dia kutuk sini sana.
Saya pun dengar lah luahan dia, dalam masa yang sama dia selit2kan supaya saya cerita apa yang saya tak puas hati. Tapi saya masih diam.
Dah selalu sangat jumpa, setiap kali jumpa ada ja dia nak cerita apa yang mertua dan suaminya cakap pasal saya.
Yalah saya pun manusia biasa tak lari dari perasaan benci dan marah. Saya pun jadi marah dan masih pergi jumpa mertua walau dlm keadaan saya tengah sakit hati. Saya simpan lagi.
Lepastu saya ada la cerita sikit dekat dia yang mertua saya buat sebelum ni kat saya. Sikit je dalam 3 cerita ja saya betul2 tak puas hati.
Tapi lepastu saya dengar dari suami saya yang mengatakan saya ni duk mengutuk mertua diam2. Dan mertua saya terasa. Tapi suami saya tak marah cuma dia tanya ada cerita apa2 ke dekat isteri adik tu.
Saya mengaku saya ada cerita. Dan apa yang sakit hati suami saya cakap isteri adik ipar tu dah tokok tambah apa yang saya cerita kat dia. Dan mertua pun nampak saya jahat sangat sekarang ni.
Isteri adik ipar pun sekarang tengah nampak baik sebab dia orang baru, saya tak tahulah apa niat dia buat saya macam ni.
Apa yang dia kutuk mertua saya tak mengadu pun kat suami. Tapi apa yang saya cakap pasal mertua dia mengadu dekat suaminya cakap saya ni tak suka kat dorang.
Sekarang ni suami cakap kalau takda apa2 nak sembang lebih baik diam. Sebab isteri adik nya jenis yang putar belit cerita. Sekarang saya dan mertua dan adik2 ipar memang tengah dingin tak bercakap sangat.
Tindakkan saya sekarang ni hanya berdiam dan takkan masuk campur lagi dalam hal dorang. Saya pilih untuk berdiam sebab saya tahu kalau saya cakap sekarang saya nampak jahat.
Tapi sekarang hati jiwa mental saya betul2 terganggu. Hanya Allah ja tempat saya mengadu.
Setakat sini saja, sambil taip saya menangis taktahu nak gambar perasaan sekarang macam mana. Terima kasih sudi membaca.
– Nor (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Susah ape kak oi, cakap jela balik apa yang adik ipar tu kutuk depan muka mertua tau.. esok terus buat, masa kumpul ramai2 tu haa cakap je.. biar terkedu adik ipar toksik tu..