Mertua Dari Neraka

Assalamu’alaikum semua.. Nama aku Wina (bukan nama sebenar) berusia 37 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.

Kehidupan aku dan suami serta keluarga ALHAMDULILLAH tersangatlah bahagia…

Ok, di sini aku ingin meluahkan segala-galanya. Aku sudah tidak tahu pada siapa yang ingin aku luahkan apa yang terbuku di hati aku selama ini.

Keluarga mertua aku. Adik beradik suami aku mempunyai enam orang dan dia merupakan anak yang sulung 3 lelaki 3 perempuan.

Adik lelaki yang kedua sudah berkeluarga dan menetap di Johor. Adik perempyan yang ketiga baru saja berkahwin dan kini menantikan ‘orang baru’ dalam kehidupan suami isteri.

Sementara tiga orang lagi tinggal bersama mak mertua aku. Abah mertua aku sudah 5 tahun meninggal dunia.

Ini kisah mak mertua aku. Tiada niat di hati aku untuk membuka aibnya, tetapi perasaan ini semakin membuak-buak untuk aku membuka segala penceritaan berbentuk ‘penderitaan’ di dalam page ini.

Selepas kematian abah mertua, perangai mak mertua aku sudah berubah.

Daripada seorang mak mertua yang baik, kini mak mertua yang jahat. Di situ aku lihat perubahannya semakin ketara.

Hidup aku dalam rumah mertua, bagaikan hidup di alam ‘neraka’.

Setiap hari apabila suamiku berada di rumah, mak mertua aku berpura-pura berlakon baik terhadapku di hadapan suami. Seolah-olah macam tak ada apa yang berlaku.

Tapi bila suami aku pergi kerja, mak mertua aku menyeksa aku dengan bermacam-macam cara. Baju-baju dan segala seluar yang dipakai olehnya dibaling kepadaku.

Bukan setakat itu saja, aku dipaksa membasuh baju dengan menggunakan berus. Padahal aku tahu, dekat rumah mak mertua aku itu ada mesin basuh. Tapi dia sengaja tak bagi aku gunakan.

Bila adik beradik ipar duai aku balik, mak mertua aku suruh aku masak macam-macam. Masak ayam gulai masak lemaklah, sayur kobis goreng dan bermacam-macam lagi.

Tetapi yang paling aku kecil dan terasa hati, bila lepas makan, mereka akan biarkan macam itu saja.

Mujurlah ada adik ipar perempuan yang bongsu itu ingin membantu tetapi hajatnya itu dihalang oleh mak mertua aku. Sampai hati!

‘Kesengsaraan’ yang aku lalui ini berlarutan hinggalah hari-hari yang berikutnya.

Suatu hari, mak mertua aku menyuruh aku membersihkan semua lantai. Padahal aku sudah penat masa itu. Kebetulan aku baru selesai memasak.

Dalam hati aku berkata ‘tidakkah dia merasa kasihan kepadaku sedangkan dia tahu aku mengandung’?.

Pada sebelah petangnya, semasa suami aku balik dari kerja, aku ingin memberitahu suami dan aku membuat keputusan untuk mengajak suami berpindah rumah. Rumah yang lebih jauh.

Jauh dari keseksaan mak mertua aku. Tetapi, keputusan aku itu dihalangi oleh suami dengan alasan bahawa nanti mak mertua tinggal seorang diri dan tiada siapa yang akan menjaganya.

Suami aku asyik jaga perasaan maknya sahaja. Perasaan aku sebagai isterinya macam mana? Adakah dia fikir? Penat penat! penat!

Keesokan paginya, mak mertua aku ‘menghadiahkan’ segala macam penderaan.

Nasi lemak yang aku buat untuk sarapan dia, sengaja mak mertua aku taburkan ke atas lantai. Tidak cukup dengan itu, dia menyeksa aku dari segi fizikal dan mental.

Malah wang dan segala perbelanjaan dalam rumah yang diberikan oleh suami aku habis digunakan oleh mak mertua aku.

Aku tidak pasti wang hasil gaji suami yang bertugas sebagai pekerja syarikat swasta yang digunakan oleh mak mertua aku ingin untuk apa.

Aku ingin bertanya tetapi aku bimbang akan dimarahi oleh mak mertua aku. Aku sedar yang aku ini cuma menantu.

Setiap hari, aku selalu berdoa semoga ALLAH S.W.T. membuka pintu hati mak mertua aku untuk berubah.

Aku ingin mohon maaf jika confession aku ini agak tunggang-langgang sedikit penulisannya.

Sebenarnya, ada banyak lagi penderitaan yang aku lalui ketika berada dalam ‘neraka’ mak mertua aku ini. Tapi, nanti tak terhabis pula penulisan aku ini dan jadi novel pula ceritanya.

Semoga cerita ini akan menjadi pengajaran yang di ambil oleh kita semua dan jadikan ia sebagai iktivar dan panduan untuk semua pembaca setia ruangan ini. IN SHAA ALLAH.

– Menantu Yang Terluka (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *