Mertua Maksum, dan Suami Yang Mulia

Ni perkahwinan aku yang ke 2, Aku berkahwin dengan member. Sepanjang kenal dia memang baik, bertanggungjawab pada keluarganya.

Aku setuju kawen dengannya sebab yakin dia baik, jaga solat, berbudi bahasa. Takde cinta2, konon yakin cinta datang kemudian.

Dia tunggak harapan keluarga sebab yang lain pemalas & hanya tahu buat hutang sana sini. Aku tak pandang tu semua sebagai masalah, terlalu husnuzon yang tu masalah diaorang @ keluarganya, bukan masalah dia.

Aku ade rumah, kenderaan & bisnes sendiri. Aku hanya nak suami yang baik.

Sebelum berkahwin dia beri kereta pada emaknya, belikan motor untuk emak, selesaikan bil air & elektrik. Segala persediaan untuk keluarga dia buat. Dia cuci kaki je masuk hidup aku. Aku ok je sebab pada ak harta boleh dicari.

Bulan pertama kawen bapanya dah mula mencuba, nak pinjam duit untuk buat modal niaga. Berniaga tak pernah untung, hanya hutang je bertambah sana sini. Emak pula tukang buat hutang sana sini untuk bantu abah.

Aku menantu yang tak masuk campur hal2 mengarut, kalau malas kerja sampai bila pon takkan ada hasil. Adik dia buat hutang dengan along, hutang orang kampung, mak dia drama2 pula suruh laki aku bayar. Ade duit berjudi, joli tak ingt bayar hutang.

Aku cuma jaga rumahtangga aku & bisnes aku je. Rupanya mereka benci pada aku yang tak bantu mereka lunaskan hutang, tak nak membela mereka. Diaorang cakap aku berkira, aku terlalu keras hati. Suami banyak kali cuba saiko aku supaya percaya mereka susah & perlu dibantu.

Aku diam & hanya bersuara bila dah semak dengar ayat dia banyak kali. Aku tanya dia, tahu makna tanggungjawab?

Bantu lain taww, bela biawak lain taww, ade duit beli dadah, main judi, joli macam orang kaya. Bagi duit sejuta pon takkan nampak apa la. Serabut sangat hidup aku dengar masalah diaorang yang berulang2.

Sebelum kawen aku tak setuju suami nak join bisnes aku. tapi suami cakap takkan ada masalah. Aku ni hanya nak hidup dalam redha suami & jaga rumahtangga sebaik mungkin. Suami tak pernah bagi nafkah pada aku, aku tak pernah suarakan.

Aku betul2 tak kesah bab duit. Tapi aku betul2 kecil hati bila dia mula tunjuk perangai tak sedar diri. Dia bersuara depan muka aku, semua hutang atas nama kau bayar sendiri.

Aku balas dengan senyum jekk, aku tak heran sebab selama ni memang aku dah biasa berdikari, setiap 1hb duit dah sedia dalam akaun untuk tolak aku hutang kereta, lori, rumah & asb. Aku dah mula nampak belang dia. Duit gaji dia semua simpan bank.

Hari isnin kami cuti, biasanya sarapan kat luar, aku cuba test dia. Kau tahu tak tanggungjawab suami tu apa? Kau yang sepatutnya bagi aku makan, bukan kau berdiam membiarkan aku tanggung segalanya.

Dia tarik muka & tunjuk marah, bawa motor kasar2, masuk semua lubang kat jalan raya, bila nak berhenti dia langgar divider, aku diammmm saje.

Aku terkilan sungguh dengan sikapnya, sedih sangat. Aku berdoa dalam hati mintak Allah berikan aku kesabaran untuk menyedarkan suami aku yang mulia ni.

Dengan orang lain sungguh lembut, baik budi pekerti, tapi dengan isteri berkira segalanya. Aku tak pernah kira berapa duit dia, dia bagi pada keluarga dia diam2 pon aku tak kesah. Tapi bila nak beli barang dapur, masa nak bayar dia elak, aku bayar je la.

Bagi dia aku isteri yang tak boleh berlebih kurang, terlalu tegas. Dia selalu cakap kenapa aku tak pernah faham dia. Aku balas dengan soalan je. Kau pernah sedar perbuatan kau pada rumahtangga? Dia berkeras suara jawab apa yang aku tak tahu? Semuanya aku tahu!

Aku senyum je dengar jawapan dia, aku jawab cari la ustaz, baik kau berubah sebelum aku berubah, kau tu buta hati. Aku tak nak bagi kau jawapan, cari la sendiri.

Aku layankan aje setiap perangai buruk, kasar yang dia tunjuk depan aku, lepas aku sound, aku buat macam takde apa masalah pernah jadi.

Aku layan dia sebagai suami tanpa pertikai apa yang dia tak buat untuk aku. Sampai dia bersuara pada aku, macam mana lepas marah aku boleh buat biasa, pujuk dia makan, layan dia kat tempat tidur, fikir apa yang patut untuk niaga.

Aku jawab segalanya Allah tahu, aku hanya jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri sebab aku nak Allah redha dengan aku. Aku bukan isteri yang sempurna tapi aku sentiasa niat yang terbaik untuk rumahtangga & jaga suami yang Allah anugerahkan pada aku ni.

Aku cuba sebaik mungkin jaga pergaulan & aurat untuk jadi isteri yang baik. Badan aku sakit2, dari awal kawen, tapi aku abaikan je. Aku mimpi pelik2, ngeri, meracau2 masa tidur. Nak tutup mata @ tidur pon takot sebab macam ada pintu masuk ke rumah hantu.

3 tahun lebih aku pendam rasa, zahir batin tersiksa. Bila dia mula menghina bapa aku, bersuara hal keluarga aku. Aku dah tak beri peluang.

Aku terus sekolahkan dia A-Z, aku senaraikan segala kekurangan, & keculasan dia pada aku selama ni. Aku nekad jika dia tak cari ustaz, aku nekad cerai! Dia tak pernah tengok aku mengamuk macam tu. Pak cik dia rekemankan ustaz yang dia kenal.

Dia masih tak tahu kenapa aku nak dia cari ustaz. Masa jumpa ustaz, aku ceritakan segalanya yang terjadi, apa aku lalui, kezaliman yang dia buat pada aku, campur tangan keluarga dia, Ustaz geleng kepala dengar semuanya, lepas tu ustaz sekolahkan dia.

Aku cari ustaz sebab dia rasa dia betul segalanya, dia berhak segalanya, dia berkuasa semahunya pada aku & rumahtangga. Dia layan aku sebiji cara bapa dia layan emaknya! Isteri kena patuh segalanya tanpa bersuara.

Depan ustaz aku cakap, aku nak suami yang benar & adil, bukan suami yang rasa dia sentiasa betul padahal culas zahir & batin. Kalau dia nak kuasa veto atas nama suami, baik aku hidup sendiri.

Masa tu aku tengok dia macam ade kesedaran sikit la, ade rasa bersalah. Rupanya tak lama le semua tu, ego dia tinggi melangit! Tetap cuba bodohkan aku supaya percaya tipu daya keluarga dia.

Dia cakap aku langsung tak beri peluang untuk keluarganya, Aku gelak aje layan perangainya, bagi aku peluang untuk bodohkan aku? memang tidak la.

Balik kampung kena jadi hamba, cuci pinggan macam kenduri kawen, tak boleh bersuara bila keluarga dia rembat kereta kau sesuka hati, dia langsung tak bela aku bila adik dia biadap dengan aku. Aku kena terima segalanya sebaik baiknya.

Aku tak layan semua tu, aku cuma layan apa suami nak makan & bersihkan apa yang patut je. Aku cuba jaga hati mertua, aku beri duit belanja sebab anggap tu mak bapa sendiri. walaupon aku tahu diaorang tak suka aku.

Aku memang diam aje, tapi sekali bersuara tu kata mati aku bagi. Aku pesan kat suami, beritahu abg kau, sekali lagi dia bawa kereta aku tanpa izin, aku report polis.

Aku tak suka layan kebodohan yang abadi, aku balik kg & hadap keluarga dia pon sebb masih pandang dia suami je. Tapi takde sesiapa boleh pijak aku sesuka hati.

Biras aku memang ikot je segalanya. Tapi masak sambil nangis, cuci pinggan pon nangis. Aku cakap kenapa biarkan diaorang pijak kepala. Kita isteri, bukan hamba.

Dah makan tinggal, dah lepak2 biar bini angkat cawan & pinggan sana sini. Aku memang tak berkenan cara hidup macam tu. Aku balik kg takkan lama pon 2/3 hari je. Boleh stress tengok raja2 dalam rumah tu.

Aku memang jauh hati dengan keluarganya sebab sikap & perangai kuku besi semuanya. bagi mereka harta aku patut dikongsi bersama, aku perlu tolong adik beradik bayar hutang2 yang ade. Aku pergi bercuti sana sini, tak boleh post apa2, status apa atas alasan keluarga dia tak suka.

Aku block & buang semua nombor keluarga dia. Aku pula kena hidup macam penjara, semata2 nak puaskn hati orang tu. Aku memang hidup nak cari bahagia, bukan diseksa macam penjenayah. Aku tak pernah mintak duit suami, jauh sekali susahkn keluarga dia.

Aku selalu sedih sorang2 sebab stress dengan sikap suami. Aku pon stress aku rasa diganggu sesuatu yang aku tak nampak. Aku nampak bayang hitam bergerak kat ruang tamu, sedangkan dalam rumah hanya kami berdua.

Aku tengah masak tiba2 ade suara cakap tolong saya, tolong saya, aku cari tak jumpa sesiapa pon.

Tapi aku tak syak apa2 la, suami pulak cakap aku halusinasi, tak cukop makan, tak cukop tidur. Bingung tambah stress bila kita bersuara orang tak percaya. Tapi aku tawakal je la, solat & doa.

Aku tetap cari jalan supaya suami paham hak aku. Aku tag kat fb, diam jek. Aku copy ayat2 motivasi & ilmu agama, dia buat bodoh juga.

Bagi dia segalanya dia tahu. Ego sangat2. Sungguh keras hati dia untuk nampak apa yang aku usahakan dalam rumahtangga. Aku akan usahakan sehabis daya untuk pertahankan rumhtangga.

Aku dah rasa sangat lemah semangat nak hadap rumahtangga & bisnes sebab dia selalu buat aku stress, mencabar kewarasan & kesabaran.

Suami tak pernah pujuk bila aku sedih/ menangis. Dia biarkan je aku pujuk diri sendiri.

Pada dia aku kuat, aku boleh atasi segalanya dengan mudah. Dia tak sedar hati aku hari2 hancur sebab dia. Aku sangat kecewa sangat dengan rumahtangga, rasa macam takde harapan untuk dapat bahagia. Rasa salah pilih orang, tapi macam mana nak patah balik.

Hmmmmm..

Dipendekkan cerita, rupanya kami kena sihir pemisah! Aku mula cantumkan segala gangguan yang aku hadap selama ni, segala tanda tanya yang mengganggu hidup aku sejak berkahwin dengan dia.

Aku tak pernh tuduh sesiapa, aku hanya berdoa mintak Allah beri kebahagiaan pada orang lain supaya tak cemburu pada aku. setiap kali sakit, aku berzikir supaya Allah beri kekuatan.

Aku terasa bila dicucuk jarum, tapak tangan & kulit tiba2 panasssss sangat2 macam seterika. Aku tak boleh kena hujan, rasa macam ade ulat dalam kulit ni bergerak2 satu badan, kepala sakit sangat2.

Nak tidur malam jadi trauma pada aku, sebab 5 saat je tutup mata dah masuk pintu lain,, muka yang ngeri2 sungguh. Susah sangat nak tidur malam. macam2 perkara pelik yang jadi.

Cuba berubat sana sini, ramai perawat yang surrender sebab tiba2 dah tak balas wasap, tak jawab call. ustaz suruh mandi air garam + limau, lepas tu aku tak boleh pijak lantai, rasa macam pijak duri.

Tak lama tu keluar kaca2 halus kat tangan & badan. Aku takot sangat2, tak boleh lari pon. Makin lama aku dah lali dengan permainan setan ni.

Dia cuba lagakan aku & suami. Aku cuba amalkan ayat2 yang ustaz bagi untuk melindung diri & dekatkan diri dengan Allah. Sebelum ni bismillah 5 pon aku tak boleh baca, tersekat kat dada ni macam ade tol taw. Sakittttt sangat rasanya.

Dia lawan lagi, macam2 rasa aku hadap, minum air yasin lepas tu muncul ulat sampah kat mulut botol air. Ngeri bila dibayangkan lagi. Hanya Allah yang maha berkuasa, yang maha mengetahui setiap perkara yang tidak kita ketahui. Aku yakin itu.

Alhamdulillah, bila ustaz suruh amalkan selawat tafjiriah, mula la segalanya terjawab. Aku dapat jawapan siapa yang ganggu rumahtangga kami. Aku dah terlalu penat & sakit hadap rumahtangga ni.

Yang buat aku lemah bila suami sendiri tak nak berjuang, tapi suruh aku je kuatkan diri & cakap dia takde apa2. Dia sangat2 pentingkan diri.

Aku nekad bercerai supaya aku tak gila hadap segala saiko syaitan yang datang. Sedih sangat bila fikir apa yang terjadi. Biar Allah saja yang membalas segalanya, aku cuma nak tenang sendiri.

– Dyna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *