Aku straight to the point.
Aku dah kahwin dan ada seorang isteri yang sangat perfect. Luar dalam.
Alhamdulillah dikurniakan mertua yang sangat baik juga. Sanggup berkorban apa sahaja untuk kami.
Tapi, tak nama la confession kalau nak cerita benda baik saja kan.
Mertua aku ni bukan orang senang. Memang susah tapi takde la sampai mengemis.
Tapi, mertua aku ni memang jenis tidak ada kesedaran akan kepentingan menguruskan kewangan dengan betul.
Waktu muda, mertua aku ni dah kerja sebagai seorang pekerja di bawah satu syarikat. Tapi, sebab tak tahan dengan bos, terus berhenti tanpa ada plan kedua apa nak buat lepas berhenti.
Semenjak daripada tu, dia cuba meniaga tapi apa pun tak pernah jadi.
Kesian aku tengok.
Sampai sekarang, setiap perniagaan yang dia buat, memang tak menjadi. Kalau ada pun, sekadar kasi pagi makan pagi, kasi petang makan petang.
Jadi, bila dah kahwin ni, aku pun tak sampai hati tengok mertua aku macam ni.
Aku cuba bantu semampu yang boleh cuma mertua aku ni, ada satu sifat dia yang agak keras di mana dia tak nak dengar cakap bila benda berkaitan kewangan ni.
Berbuih mulut isteri cakap untuk selalu belajar tentang pengurusan kewangan. Lagi lagi lepas berniaga, mcm mana duit tu perlu disimpan dan macam mana nak spend lebihan.
Tapi, masih jadi dan jadi. Lepas niaga, habis. Tak tahu duit ke mana.
Dia suka betul bantu kawan kawan yang meniaga. Mana yang dtg dekat dia, confirm dia beli sampai habis duit. Adoi
Tapi, syukur sebab dia bukan jenis berjoli, isap rokok n sebagainya yang tak bermanfaat.
Cuma, duit tu habis beli ke barang niaga (yang kemudian dijual tapi still ada lebihan, sebab tak kira betul betul). So modal tak dapat balik, untung pun tak nampak.
Sekarang, isteri aku nak buat loan rumah atas nama dia sendiri dan bina rumah untuk parents dia ni.
Tapi, even isteri sanggup buat mcmtu pun, ayah dia still degil untuk taknak uruskan kewangan dengan betul dan kadang kadang sampai bertekak la juga.
Aku kesian kan dekat isteri.
daripada kecil, family susah.
Dah besar n kahwin, terpaksa berbelanja besar untuk senangkan parents dia.
Tapi, parents dia masih tak ambil pengajaran apa yang jadi dulu untuk berubah jadi lebih baik.
Niat dia sangat murni tapi aku takut akan makan diri dia satu masa nanti.
Aku pun boleh bantu mana yang boleh saja la. Setakat nak bagi duit semua tu takde masalah tapi kalau dah selalu sangat, mcm mana aku pula nak menyimpan untuk anak anak?
Bukan nak berkira tapi aku rasa agak sukar keluarga kecil aku ni nak bina simpanan jika ayah mertua aku ni terus mcmtu.
Bayangkan kalau dari segi makan, minum, pelajaran adik adik dan segalanya atas kepala isteri aku. Mau pecah kepala dia.
Jadi, nak taknak aku kena la bantu jugak serba sedikit. Takkan nak biar saja kat isteri aku terseksa sorang sorang.
Mak mertua aku pun tak tahu nak cakap apa dah sebab memang ayah mertua aku daripada dulu perangai keras kepala untuk tak urus kewangan betul betul.
Buat masa sekarang, aku cuma mampu suruh dia dengar video dekat YouTube saja tentang kewangan. Maybe dia boleh sedar sikit sikit.
Pengajaran di sini :
1. Jangan berhenti kerja kalau takde backup plan. Dan backup plan tu kena solid betul untuk boleh bagi anak bini makan selepas berhenti.
2. Belajar ilmu urus kewangan. Kalau tak susah orang sekeliling. Bukan diri sendiri saja tapi family semua akan terbabit.
3. Dengar lah nasihat orang walaupun orang tu lagi muda daripada kita.
tolong doakan isteri aku dimurahkan lagi banyak rezeki dari hari ke hari sebab selalu bantu family dia walaupun dia sendiri tak la berduit sangat.
Aku untung dapat isteri yang suka bantu parents dan mak ayah dia lagi untung sebab dapat anak yang sanggup korbankan macam macam untuk keluarga.
Sekian luahan.
– K (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit