Mertua Selfish

Assalamualaikum semua. Harap cerita ni dapat disiarkan. Saya Eka (Bukan nama sebenar) mengalami kemurungan akibat sikap mak mertua yang sangat selfish.

Saya dan suami berkahwin pada PKP 1.0. Namun perancangan selepas berkahwin untuk tinggal lebih lama di rumah keluarga saya tidak kesampaian apabila keluarga mertua mendesak untuk kami balik ke Kuala Lumpur dengan segera berikutan LOCKDOWN.

Saya dan suami terpaksa menumpang rumah mertua kerana tempoh PKP 1.0 sangat ketat dan kami tidak dapat mencari rumah sewa. Selama 3 bulan menumpang di sana hidup saya cukup tersiksa.

Untuk pengetahuan semua, saya bekerja sebagai Eksekutif dan suami bekerja kilang sebagai supervisor. Dalam tempoh PKP tersebut kami semua perlu WFH.

Sebulan pertama kami masih relaks dan suami pun WFH. Masuk bulan kedua, suami perlu bekerja di kilang semula maka tinggal lah saya di rumah mertua tanpa suami. Bermula la kesengsaraan saya sebagai menantu di dalam rumah tersebut.

Di hadapan suami, mertua cakap buat saja la kerja tu dalam bilik. Tak nak keluar pun tak apa. Tapi, selepas suami balik dia menyindir saya berkurung sahaja di dalam bilik seharian. Makan pun tak apa lagi nak jenguk masak apa kat dapur.

Saya hanya akan makan bila suami saya balik kerja. Sedangkan mak mertua saya sedar yang saya sedang bekerja bukan nya tidur sahaja seharian.

Masuk bulan puasa, setiap kali berbuka dan sahur saya seorang sahaja yang masak untuk semua. Setiap kali saya masak suami tak tahu saya masak, bila makan suami puji la cakap sedapnya lauk sape masak ni?

Mak mertua mencebik dan memberitahu anak-anak perempuan dia pun pandai jugak setakat masak macam ni aje. Kecik hati saya.. Bukan nak berterima kasih saya susah payah masak mana nak keje lagi.

Di dalam rumah tersebut ada lengkap ahli keluarga suami. Abang sulung, dan tiga adik perempuan. Disebabkan ada abang sulung dia, saya terpaksa berpakaian menutup aurat sepanjang masa di rumah dan juga setiap kali memasak.

Panas dia hanya Tuhan sahaja yang tahu. Mak mertua selalu menyindir saya dia kata panas sungguh tengok kau ni.

Saya ni bukan nya alim sangat. Tapi saya cuba untuk jadi hamba yang menurut segala perintah Allah. Jaga solat, jaga aurat. Saya juga nk tunjuk yang ibu bapa saya memberi ajaran yang sepatutnya.

Setiap pagi juga saya akan turun selepas solat subuh untuk kemas rumah, sapu segala sampah sarap walaupun rumah tu tak ada budak kecik tetap bersepah sebab adik2 ipar jenis suka sepahkan semua benda.

Saya letih setiap hari perlu buat semua tu. Tapi saya tak ada pilihan memandangkan saya hanya menumpang.

Saya dianggap orang luar setiap kali suami tiada di rumah. Mak mertua hanya berpura-pura baik sahaja di depan suami. Saya tahu mak mertua hanya pura-pura layan saya dengan baik di hadapan suami sebab takut suami tak bagi duit bulanan lagi pada dia.

Setiap bulan suami akan beri pada mak mertua RM1,000 sedangkan gaji dia cuma RM2,000. Jika terlambat beri duit setiap kali gaji, mak mertua akan cakap, jangan nak lebihkan bini saja. Sini lagi utama. Syurga dengan mak. Bukan bini.

Untuk pengetahuan, saya dan suami bercinta selama 11 tahun gara-gara mak mertua takut saya habiskan duit anak dia. Kami sebaya.

Sepanjang 11 tahun tu jugak suami langsung tak ada menyimpan duit untuk hantaran saya. Dan semasa nikah kami, suami beri duit hantaran yang dipinjam oleh seorang kawan namun harus dipulangkan kembali.

Tujuan pinjam duit tersebut adalah untuk menjaga aib suami. Dan hakikatnya saya berkahwin tanpa satu sen hantaran pn.

Mak mertua tahu akan hal ni dan menyindir saya. Dia kata kena faham la tanggungjawab suami lebih kepada orang tua dia. Tak kan nak harap duit hantaran puluh2 ribu. Sekali lagi saya kecewa.

Suami berkahwin dengan saya tanpa keluarkan duit satu sen pun. Segala perbelanjaan majlis kami saya tanggung seorang. Dan takdir tak menyebelahi saya apabila majlis terpaksa dibatalkan berikutan PKP.

Saya kerugian hampir RM10,000 kerana perunding perkahwinan saya tidak mahu pulangkan duit saya atas alasan saya batalkan last minute. Padahal bukan kehendak saya.

Selepas kerajaan umumkan PKPP, saya cepat2 ajak suami pindah sebab dah tak tahan. Segala deposit rumah dan barang rumah saya guna duit saya sendiri. Saya beli sedikit demi sedikit.

Suami pernah beritahu yang dia tak mampu nak pindah. Sebab gaji sikit sahaja. Saya yakinkan suami yang saya akan bantu dia untuk hidup bersama.

Namun, rumah kami tak jauh dari rumah mertua. 10 minit perjalanan sahaja. Sekali lagi saya hidup tak aman apabila mertua letak syarat kami perlu balik setiap minggu.

Saya stress sebab saya dah la kerja penat, jauh dan selalu kena pergi site. Waktu weekend tu saja la masa untuk saya rehat. Tapi terpaksa menghadap muka keluarga suami dan jadi orang gaji setiap kali balik.

Selepas beberapa bulan, saya disahkan mengandung. Alahan saya agak teruk juga. Tapi keadaan masih sama. Setiap kali balik ke sana, saya juga la yang terpaksa masak dan kemas semua benda. Mak mertua saya sangat selfish. Dia tetap nak kami balik setiap minggu.

Apabila kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri, saya dan suami ingin pulang ke kampung saya berikutan dah berbulan saya tak jenguk ibu bapa saya.

Namun, mak mertua sekali lagi buat perangai pentingkan diri apabila dia ikut kami pulang ke kampung. Semasa di kampung, mak mertua tidak mahu duduk di rumah keluarga saya dan ingin duduk di homestay.

Saya terpaksa menanggung kos homestay dia kerana suami tak cukup duit. Sudah la pula saya terpaksa ulang alik ke homestay untuk bagi mak mertua makan dan bawak dia berjalan-jalan di kampung saya.

Akhirnya mak saya kecik hati sebab saya dah berbulan tak jumpa dia tapi macam tak balik sebab tak spend time dengan keluarga pun. Saya dihimpit rasa bersalah dan akhirnya menangis semahunya.

Okay masuk bab lain pulak, mak mertua datang tidur kat rumah saya. Habis segala benda dan barang dia sportcheck. Apa sahaja yang saya beli dia pun nak. Padahal saya beli semua benda tu dengan duit saya sendiri.

Saya beli microwave dia pun beli minggu depan tu. Padahal pakai pun tak. Sampaikan mop lantai pun dia nak beli sama macam saya, and kalau boleh nak lagi hebat. Padahal mengemas rumah malas!

Serba serbi benda yang berlaku dalam hidup dia, dia samakan dengan saya. Asyik cakap saya ni sama macam perangai dia. Hakikatnya, jauh panggang dari api.

Dia sangat suka maki dan mencarut. Sama ada di media sosial mahupun depan2. Saya sendiri pun sudah berapa kali dimakinya. Tuhan saja tahu betapa hancurnya hati saya bila dimaki tanpa sebab yang munasabah.

Suami saya tak call dia hari-hari saya yang salah. Anak dia tak balik weekend saya yang salah. Padahal dia tahu anak dia bukan jenis nak call hari2 tanya khabar. Semua benda nak salahkan saya.

Selepas beberapa ketika saya pun bersalin. Alhamdulilah anak saya kacak. Berkulit putih ikut saya. Kemudian bermula lagi episod baru saya menderita dengan mertua.

Mertua konon nya nak jaga saya berpantang datang ke rumah saya. Di depan suami, dia sediakan semua benda. saya hanya duduk, cuci tangan dan makan.

Akan tetapi selepas suami habis cuti paternity, mak mertua saya biarkan saya buat semua benda sendiri termasuk lah masak, mandikan anak dan sebagainya. Dia cuma nak bermain dengan cucu.

Waktu mengandung 3 bulan, mertua pernah cakap yang suruh cari pengasuh siap2 sebab dia tak nak jaga cucu. Susah dia nak ke sana sini. Dan sewaktu 6 bulan pun dia masih bagitau benda yang sama.

Namun, setelah saya bersalin, mertua tak benarkan saya hantar anak saya pada orang lain sebab dia nak jaga. Saya cakap tak boleh. Jauh nak hantar sebab tak sehaluan dengan tempat kerja saya.

Sewaktu saya berpantang hampir setiap hari dia akan call dan cakap nak ambik anak saya dan daya hanya boleh tengok anak hujung minggu sahaja. Kejam kan?

Saya kemurungan dan terlalu takut untuk berpisah dengan anak saya. Sehingga ke hari ni saya masih kemurungan akibat mak mertua saya.

Mak mertua saya terlalu kejam dan pentingkan diri. Kepada Mak, berubahlah sebelum mati. Saya tak akan maafkan mak selagi perangai mak masih begitu. Menyalahkan orang lain atas keburukan perangai sendiri.

Sekian dari,

– Menantu yang Tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *