Salam reader sekalian.. Terima kasih jika luahan ini disiarkan. Harap sangat dapat nasihat dan kata2 bernas dari kalian.
Sesungguhnya aku hanya insan biasa yang da lama pendam and simpan aib mak mertua tapi kali ni cukup mengecewakan..!! Maaf jika luahan terlampau panjang.. Aku cuba ringkaskan cerita sepanjang 3tahun jadi 1 karangan.
Dulu masa tunang dengan suami kami ada gaduh besar kebetulan mil masuk campur buatkan hubungan lagi teruk.
Aku jenis suka berbincang lepas keadaan tenang cungkil punya cungkil suami kata mak dia ada petik nama aku and psyco suami buatkan jadi keruh dan last kami buat keputusan apa2 hal rumah tangga lepas nii tolong jangan libatkan mil.
Masa awal perkahwinan mil da mula cari silap aku sampai aku senyum tunjuk gigi semasa bergambar pon ditegur depan orang ramai suruh tutup sedangkan gigi aku putih dan teratur kot,
Bukan sekali malah masa tunang masa akad dan majlis sanding pon die kerap tegur jangan senyum tunjuk gigi depan orang ramai sampai suami dan adik2 dia tegur mil sendiri.
Rumah mil besar tapi bilik penuh dengan barang2 yang tak sepatutnya ruang tamu penuh dengan kutu dan najis kucing bila aku datang tidur di sana aku diberi bilik solat yang hanya muat2 letak tilam bujang sahaja.
Tilam pon tak bagi hanya sediakan bantal dan tikar, aku masih mampu senyum dan hormat mil sebab aku da diajar jangan cari buruk orang lain.
Dapur mil lantai berlendir ada pakej najis kering dan baru dicarpet yang da berhari2, pinggan2 mangkuk juga dalam sinki pakej berulat aku siap kemas dan cuci tanpa segan tapi cuma sekali sebab esoknya jadi lagi.
Rezeki aku disahkan mengandung seawal perkahwinan mereka masih lagi suruh aku tidur bilik surau beralaskan tikar walaupon aku sudah berbadan dua. Kami akan singgah tidur rumah mil bila hujung minggu sahaja sebab duduk jauh di perantauan,
depan suami mil akan tunjuk dia ambil berat tapi bila suami tiada macam2 mulut dia bercerita mengumpat pasal arwah ayah (FIL) dan sedara2 mara yang lain aku jenis tak suka dengar akan terus bangun bagi alasan dan berihat dalam bilik.
Masa aku mengandung mil pernah panggil aku PELAHAP.. Apa salah aku?? Hanya sebab masa mengandung aku habiskan 2 keping tosai terus dia kata aku pelahap!!!
Aku suka makan kaki ayam terus die kutuk kata nanti anak aku suka mencakar. Semua ni aku diam dan pendam tanpa bagi tahu suami. Suami banyak turut kehendak aku dan situ mil kerap puji anak die tak macam arwah fil.
Nak jadikan cerita mil plan nak jaga aku masa pantang aku suka dan terima sebab masih bersangka baik dekat mil.
Suami akan masak sebelum pergi kerja mil hanya keluar bilik tanya suami masak apa lepastu masuk perap dalam bilik semula sampai la setengah jam sebelum suami balik baru die keluar duduk depan dan minta aku bukakan siaran drama tv dia.
Pegang baby pon tak, sekadar keluar bilik untuk kencing dan makan. Ambil makan pon senyap2 macam pencuri taknak aku tahu, bila petang nampak aku tengah angkat periuk air panas dia cuma tanya “nak mandikan anak ke?” lepastu masuk dalam bilik semula.
Aku makan ke tak dia tak ambil peduli tapi tiap2 hari call sedara2 kata ada di rumah menantu, TOLONG JAGA MENANTU SEMENTARA TUNGGU DIA KUAT. Ayat ni sumpah aku tak boleh lupakan!!
Tuhan nak tunjuk lagi semasa dia dalam bilik ralat mengumpat pasal aku dekat phone aku dengar dengan jelas sepatah2 tapi aku diam dan pasang telinga hanya Allah jew tahu betapa kecewanyaa aku seronok dia cari buruk menantu jaja kat orang lain.
Bila dia perasan aku lalu cepat2 dia matikan panggilan buat2 bukak youtube ceramah agama. Memang jadi barah aku terus tak bertegur dengan mil dan dia buat drama nak balik awal siap ugut suami,
“Kalau rindu mak dan adik2 baliklah rumah tapi jangan bawa isteri kamu” siap tuduh kata aku sembunyikan baby letak dalam bilik sahaja sedangkan pintu bilik sentiasa terbuka.
Allah luluh hati aku baca terus aku menangis luah semuanya dekat suami sejak dari tu suami lebih percayakan aku dan dia sendiri mengaku mak dia memang suka mengumpat hal orang keliling dan juga pernah gaduh besar dengan adik arwah ayah sebab mereka cerita.
Sejak beranak aku tak pernah jejak kaki kat rumah mil yang kotor tu sebab taknak risikokan anak aku. Mil sampai sekarang tak boleh terima anak kami ikut iras aku. Sungguh dia cari pelusuk fizikal anak aku nak samakan kat anak dia.
Nak dipendekkan cerita aku mengandung anak ke2 masa balik kampung belah aku aku demam selsema dan ada gaduh besar gara2 aku suruh suami balik awal untuk tengokkan anak sebab aku tak sihat,
Suami bagaikan dirasuk balik mengamuk tiba2 hempap, cekik dan hampir2 nak tumbuk aku tapi aku melawan last2 suami tampar dan tolak aku nasib baik aku terduduk atas kerusi.
Mak aku masuk bilik tenangkan kami berdua sebab aku da menjerit macam orang gila panggil suami dayus sebab pukul isteri yang demam tambah lagi mengandung kot.
Suami seorang yang baran tapi selama ni gaduh kami banyak bertekak dalam phone sahaja tak pernah depan2 sebab ada anak then jika berbalah akan cool 1 hari esoknya salah seorang mengalah untuk berbincang baru sama2 minta maaf…
Sepanjang kahwin aib suami dan keluarganya aku simpan erat sangat tak ngadu dekat siapa2 mahupon mak aku sendiri.
Bila jadi kes suami naik tangan aku terfikir nak call mil fikir die mampu nasihat anak dia… tapi aku silap masa aku cakap anak dia tampar aku tengah tak sihat gara2 suruh balik cepat mil salahkan aku kata aku melawan.
Mil banding2 die dengan arwah ayah tak pernah kasar, die salahkan aku kaw2 weei.. Allah aku tergamam..Apakah tindakkan anak dia naik tangan tu tak salah??
Adakah permintaan jaga anak sebab aku tak sihat tuu salah???
Aku tak sanggup cakap lama dengan mil dia terus call anak lelaki dia acah2 dengar pihak anak dia mana betul tiba2 lepas suami cakap dengan mil dia keluar rumah bawa bag semua tinggalkan aku yang sakit ni dengan anak di rumah mak aku..
Perrghhh.. Terus suruh anak dia abaikan tanggungjawab sebagai suami demi ego…!!!
Aku mesej mil untuk minta dia nasihatkan anak lelaki dia, aku ugut nak buat report polis and cerai tapi mil cuma jawab “terserah laa pada kamu, macam ni la, mak dah dengar cerita kamu mak dh dengar cerita anak mak dan mak dah nasihat kau orang berdua.
Lepas ni mak tak akan masuk campur. Kau orang selesaikan sendiri. Mak tetap doakan anak menantu dan cucu mak. Pikir elok2.”
Senangnya berkata2 wahai mil yang sakitnya aku, yang kena pukulnyaa aku bukan kau bukan anak kau!!! Mil kata tak nak masuk campur tapi mil suruh suami tinggalkan kami anak beranak tanpa selesaikan masalah..Bukan suruh cool down ke apa.
Esoknya anak aku berjangkit demam selsema weii, malam2 budak tuu sesak nafas batuk2 esoknya hujan aku terkial sorang2 meredah bawa anak aku pergi klinik..
Suami? Entah aku memang tak ambil peduli gara2 dia lepas tangan macam tu terhasut dek kata2 mil. Mak aku call suami tak angkat, aku mesej mil luah rasa kecewa dan marah dek kata2 munafik die acah2 tak nak masuk campur.
Yang pasti mertua menidakkan dan aku siap cakap moga2 anak mil yang lain tak merasa apa aku rasa..!! Mungkin sebab ayat tu juga adik suami serang aku dan pertahankan mak dia kata buruk tuu datang dari suami sendiri bukan salah mil and suruh aku stop mesej mil siap block aku.
Suami tiba2 sampai malam tu kami masih tak bertegur. Hati aku terdetik nak baca whatsap mil dekat phone suami. Allah, Allah, Allah mil cukup batu api.
Dia kata kat suami jangan buat report polis sebab malu saja hal kecil nak diperbesarkan, dia tuduh aku kata aku berpura2 baik dekat mereka selama ni, dia tuduh lagi kata aku kuat cemburu halang suami jumpa kawan!!
Adik dia siap kata aku kaki putar pasal suami taknak pergi kaunseling, siap plan nak bersihkan rumah mil supaya in future boleh bawa anak aku duduk sana.. Tiada langsong mesej untuk suruh suami aku mengalah tiada langsung nasihat yang baik2 tentang isteri mengandung lagi demam.
Selepas aku mengamuk hantar mesej dekat mil sebelum kena block tuu la baru aku perasan dia ada mesej acah2 prihatin kat suami. Tapi sikit pon tak ambil tahu aku ni macam mana ok ke tak alah teruk ke tak …!!! Esoknya kami berdua talk dan pergi kaunseling dan sama2 minta maaf.
Laki aku kata dia tak sedar perbuatan dia masa hempap dan nak tumbuk aku semua tu die sedar bila lepas da naik tangan. Aku memang tak boleh lupakan..
Untuk mil pula aku sudah bersumpah aku tak nak dan takkan jumpa dia da..Aku tak izinkan suami aku hantar gambar anak2 aku dekat mil lagi.
Masa anak anak aku sakit anak aku membesa mil tak pernah ada..Die datang pon sekadar pegang anak aku untuk bergambar lepastu tiada peluk2 da die terus hadap phone sebab nak tunjuk gambar sedara2 yang dia acah2 rapat dengan cucu..!!
Aku tetap nasihatkan suami untuk tunaikan tanggungjawab sebagai anak tapi jangan libatkan aku dan anak aku..
Sebelum ni ko suruh anak ko bercerai balik uma tanpa anak bini kan.. Now Allah da makbulkan doa mil aku pon tak yah susah2 nak jaga hati siapa2 da. Buat baik tetap nampak buruk.
Kalau dari dulu tak suka kenapa setuju semata2 nak jaga hati anak sendiri tapi aniaya anak orang lain.
Aku ni cuma bernasib baik suami sendiri sedar dan nampak mil berdendam dengan aku. Dan aku menyesal sungguh cari dia masa gaduh hari tu. Tapi tu la nama pon takdir. Kalau tak sampai sekarang aku masih bersangka baik dekat mil..
Dari sini aku da nampak jika pape jadi pada kami mil laa orang pertama yang akan ambil kesempatan!! Tolong doakan aku kuat sahabat sekalian.
– Fafa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit