Mertua VS Menantu Perempuan

Hye, Assalamualaikum semua, Saya ada terbaca confession seseorang nama nya Liya, (https://iiumc.com/mertua-expectation-vs-realiti/),

Berkenaan dengan buat baik dan cuba ambil hati ibu mertua pun, tetap tak diterima baik juga, dan anggap menantu tu masih seperti orang luar.

Ceritanya hampir sama yang berlaku dengan saya juga, bezanya saya dah berkahwin hampir 10 tahun, Walaupun dah lama jadi menantu dalam keluarga suami, saya masih juga rasa kekok dengan ibu mertua saya.

Masa awal perkahwinan, saya jangka, mertua dan saya akan jadi sangat akrab. Sebab ibu mertua saya pernah kata, anggap sahaja dia ibu saya, sebab ibu dan ayah saya dah tiada.

Bila setahun dua jadi menantu dalam keluarga suami, baru lah nampak warna sebenar kehidupan dengan keluarga suami, apa yang diangan kan tak seindah yang saya fikir.

Saya pelik dengan ibu mertua saya, Saat ketiadaan anak-anak dia yang lain di rumah, hanya ada saya dan suami saja, dia layan saya dengan sangat mesra, berbual macam-macam, cakap baik – baik dengan saya. Bila ada beli apa-apa makanan, dia akan panggil saya ajak makan sekali.

Tapi bila anak-anak dia semua ada, dia layan saya dingin saja. Terus tak tanya-tanya dah makan ke belum, tu belum lagi saya tengah makan, tiba-tiba dia tegur,

Jangan habiskan tinggalkan orang belakang, sedangkan orang lain semua pun dah makan, dan saya takde lah makan banyak mana pun. Cara dia tegur tu dengan nada sinis tau.

Kadang-kadang nampak air muka dia macam tak suka saja saya duduk makan.

Sejak kejadian tengah makan ditegur tu, tiap kali balik kampung suami, saya jarang makan dekat rumah mertua, kadang suami tanya saya dengan anak-anak dah makan ke, saya jawab dah walaupun sebenarnya belum.

Saya cuma bagi anak-anak saja makan. Saya akan ajak suami keluar pergi kedai, saya akan beli roti dan biskut-biskut, simpan dalam bilik, malam semua dah lena baru saya makan roti buat alas perut (dah bertahun saya masih buat macam ni, dan suami tak pernah tau)

Bila duduk dapur pula, bila tanya ada apa-apa boleh tolong tak, ibu mertua kata siap dah semua, tak perlu susah-susah lah, balik jauh-jauh penat, berehat saja.

Kalau tolong pulak, buat itu ini salah, potong macam tu salah, serba serbi tak kena pada mata dia.

Kami sekeluarga jarang sangat balik kampung, bila dah lama tak balik, ibu mertua bising, cakap macam-macam, kata rindu cucu-cucu lah apa semua. Dah lupa orang tua ke, hmm. .

Tapi bila balik, kami macam tetamu tak diundang pula, saya betul-betul tak faham, bila tak balik kata rindu, bila balik macam tak suka pulak. Ibu mertua saya bukan nak pegang main pun anak saya, Selalu dia akan pegang anak kakak ipar atau adik ipar saya saja.

Itu belum lagi semua anak-anak dia balik berkumpul, kami akan di bagi bilik stor untuk tidur, walaupun kami yang paling awal dulu balik,

Ibu mertua akan kata, bilik-bilik yang ada semua dah sedia untuk anak-anak dia yang lain,

walhal suami saya anak yang lebih tua, mungkin dia lebihkan anak dan menantu dia yang lain yang kaya dan bekerjaya, kami ni anak menantu biasa-biasa saja, tambah pula saya hanya suri rumah sepenuh masa yang jaga anak-anak saja,

Walaupun 2, 3 hari lagi baru anak dia yang lain tu balik, sanggup dibiarkan kosong saja bilik-bilik tu.

Saya tak pernah tanya pun suami, tak pernah terasa hati ke isteri dengan anak-anak dia dapat layanan hambar macam tu dengan ibu dia. Tapi saya tau, suami saya terasa bila tengok air muka dia,

Ada juga dia tanya, tak mengapa ke saya dengan anak-anak tidur dekat bilik stor yang lembab dan berbau.

Saya jawab okay saja janji ada bilik sebab saya segan tidur dekat ruang tamu, lagi pula saya menyusu kan anak yang masih baby. Susah nak jaga aurat nanti. Tak mengapa lah bilik stor pun.

Pernah juga saya terasa hati sampai menangis saya, terasa sangat seperti orang luar. Layanan ibu mertua dengan keluarga saya berubah-ubah. Saya pun tak faham kenapa.

Bila layanan kurang baik yang saya dapat dengan ibu mertua saya, saya memilih untuk menjadi seorang yang pendiam bila dirumah mertua.

Saya akan buat hal saya, jadi diri saya sendiri saja, sepatah yang ditanya, sepatah lah saya jawab. Dah tak risau atau ambil pusing akan segala hal dan layanan kurang menyenangkan yang saya dan keluarga saya terima.

Saya terima apa saja layanan, dan saya hormat Ibu mertua saya, cuma yang pasti Ibu mertua tak kan pernah sama seperti Ibu sendiri yang melahirkan kita.

Kata-kata ibu mertua dulu yang dia sayang menantu perempuan sama macam sayang anak sendiri, itu semua kata-kata dibibir saja, hakikatnya tidaklah sama seperti yang diungkapkan.

Tapi saya selalu pesan pada suami, jangan lupa tanggungjawab dia pada Ibu Ayah dia,

Dulu suami selalu tinggi suara bila bercakap dengan ibu dia, saya selalu marahkan suami, berdosa cakap tinggi suara dengan ibu, lama kelamaan suami saya dah tak macam tu, cakap makin lembut dengan ibu dia, Alhamdulillah..

Betul apa yang confessor nama Liya sebelum ni kata, Jaga saja keluarga kita. Jangan terlalu ambil hati.

Yang ada ibu mertua tersangat baik tu, Alhamdulillah Syukur….

Apapun jalankan tanggungjawab kita supaya hormat dengan orang tua, tak kira siapa pun.

Bahagia dengan cara kita.

– Kyra (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *